Pages

May 8, 2010

Jangan Terjebak dengan Assobiyah Melayu

Bismillahhirrahmannirrahim.

Ini adalah sambungan dari post Islam MemartabatkanMelayu, hasil nukilan Dr. Hadfizi, penulis buku Jejak Risalah
Nusantara. Seperti kaum Quraisy, kaum Melayu dimuliakan dengan Islam. Tanpa Islam, maka Melayu akan kembali ke
belakang.

Sekali lagi aku nak bawa satu lagi pengajaran dari sejarah orang melayu dan hubungannya dengan Islam.

Orang melayu bukanlah satu bangsa yang besar dalam sejarah. Dia bangsa yang kerdil sehingga datangnya Islam. Dunia melayu diapit oleh dua tamaddun hebat dan tua iaitu tamaddun Hind (India) di sebelah barat dan tamaddun Sin (Cina) disebelah timur. Kedua-dua tamaddun gergasi ini telah berusia ribuan tahun ketika bangsa melayu hidup dalam kelompok-kelompok suku kaum yang terpisah. Kehidupan mereka serba mudah dan rengkas. Mereka tidak punya sistem pemerintahan yang 'elaborate'. Kepala kampung atau desa hanyalah seorang penghulu atau tuk bathin atau sesiapa sahaja yang 'ditua'kan.

Sistem pemerintahan orang melayu yang tersusun dan bersistem hanya terbit kira-kira 600 tahun yang lalu apabila seorang ketua berpangkat penghulu di sebuah kampung nelayan bernama Parameswara diangkat menjadi Sultan. Sudah menjadi peraturan pada zaman itu kedaulatan sesebuah negeri hanyalah dengan pengiktirafan sebuah kuasa luar yang kuat dan berpengaruh. Persoalannya di sini siapakah kuasa luar yang kuat dan berpengaruh itu yang telah mengiktiraf kedaulatan Melaka. Kedaulatan ini kemudiannya diiktiraf pula oleh daerah-daerah persisiran pantai di Selat Melaka seperti Siak, Rokan, Kampar dan Inderagiri sehingga Melaka menjadi sebuah negeri yang makmur dan mula menunjukkan attribut sebagai sebuah empayar. Melaka pertama kalinya terlepas dari cengkaman Siam yang menuntut Melaka supaya saban waktu menghantar wakil mengadap Raja Ayuthaya mempersembahkan ufti berupa bunga emas. Bagaimana transformasi ini boleh berlaku - dari sebuah kampung nelayan kepada sebuah negara berdaulat dan bermaruah.

Transformasi ini dicetuskan oleh sebuah kuasa besar dunia yang berpusat di Tanah Besar Asia iaitu Cina yang meletakkan dirinya sebagai 'The Middle Kingdom' yang bertanggungjawab untuk mendatangkan kemakmuran kepada dunia luar. Delegasi-delegasi dikirim ke sebarang laut di bawah pimpinan seorang wira laut yang tidak asing lagi iaitu Admiral Zheng He atau 'Cheng Ho' (sebutan orang melayu). Zheng He adalah seorang muslim berasal dari Yunnan (wilayah Cina Selatan) dari keturunan Han (yang beragama Islam). Admiral Muhammad Zheng He telah datang mengunjungi Melaka dan menyampaikan pesan Maharaja Yung Le dari Dinasti Ming yang hebat itu. Parameswara dijemput ke kota terlarang (the forbidden city - Beijing pada hari ini) untuk mengadap Maharaja Yung Le untuk diberi beberapa darjah dan lambang-lambang kebesaran selayaknya kepada seorang pemimpin bagi sebuah negara yang berdaulat.

Tuk Penghulu Parameswara di angkat menjadi Sultan dan dianugerahkan darjah kebesaran, diberikan payung berwarna kuning (sehingga warna kuning menjadi warna diraja), di samping pelbagai hadiah. Maharaja Yung Le juga mengirim 400 orang tukang bangunan untuk membantu Melaka membina masjid-masjid menurut rekaan seni bina Cina.

Wahai adek-adek dan anak-anakku. Bangsa melayu menjadi gah dengan Islam dan lambang-lambang kebesaran orang melayu adalah anugerah bangsa Cina yang lebih dahulu memeluk Islam.

Hari ini kita disibukkan untuk mengembalikan sentimen ke'bangsa'an bangsa melayu kita. Sedangkan siapalah melayu kalau tidak ditopang oleh kekuasaan Empayar Cina yang peneraju-poeneraju adalah umat Islam. Bukan sahaja Zheng He seorang muslim, bahkan sudah ada tanda-tanda sejarah yang menunjukkan Maharaja Yung Le juga besar kemungkinan beragama Islam. Yang pasti permaisuri beliau Empress Ma sudah jelas seorang muslimah.

Sekali lagi jangan terpedaya dengan seruan-seruan berbaur assobiyah atas alasan ini hanya 'wasilah' untuk mendaulatkan Islam. Ditilik dari sejarah kita mewarisi Islam dari dua jurusan iaitu jurusan barat dari Tanah Arab dan Benua kecil India dan dari jurusan timur iaitu Tanah Besar Cina. Pada saat Rasulullah SAW masih hidup sudah ada umat Islam di kalangan bangsa Cina sejauh GuangZhao (Canton) dan Nanjing.

Kalau kita disebukkan dengan penonjolan assobiyah melayu maka kita akan kembali bertolak ke belakang. Sedarlah kehebatan bangsa melayu adalah kerana dinobatkan oleh bangsa lain yang lebih dahulu merasai nikmat Islam iaitu Bangsa Cina dan India.

Bukankah lebih baik kita mengembalikan kegemilangan Islam dengan meninggalkan karat-karat Jahiliyah yang ingin dibangkitkan oleh golongan yang keliru? Bukankah lebih baik jika kita habiskan tenaga dan fikiran kita untuk kembalikan mengislahkan orang melayu, Cina, India bahkan manusia seluruhnya di sekeliling kita tanpa mengira siapakah bangsa dan keturunan mereka. Jika ini kita lakukan maka semua orang akan terbela sebagaimana terbelanya masyarakat melayu Melaka di tangan seorang yang berbangsa Cina.

Sesungguhnya adek-adek dan anak-anak ku tidak ada satu tamaddun Islam pun di dalam sejarah yang dibina di atas kebangsaan Arab atau ketuanan Arab. Semua tamaddun Islam bermula dari Madinahnya sehingga Dimasq, Baghdad, Andalus, Istanbul, Kaherah dan Baitul Maqdis dibina di atas kedaulatan Islam. Siapakah Salman al-Farisi? Siapakah Shuhaib ar-Rumi,. siapakah Bilal dari Habsyah? Siapakah Salahuddin al-Ayubbi? Bahkan siapakah ulama-ulama perawi hadis yang tersohor, Imam Bukhari, Abu Daud, An-Nasaa', Ibnu Majah? Kita akan insaf bahawa mereka ini semua berbangsa muslim yang menenggelamkan semua identiti bangsa kelahiran masing-masing.

'Kami adalah bangsa yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam. Barangsiapa mencari selain darinya, maka tidak akan menambah padanya selain kehinaan.'

Dr Hafidzi Mohd Noor

Mar 22, 2010

Terima Kasih 'Tikus Ujian'

Bismillahhirrahmannirrahim..

Assalamualaikum..

Bagi mereka yg pernah membawa usrah, maka pasti ada diantaranya pernah menggeleng-geleng kepala, ada yg tersenyum sendiri dan pasti ada juga yg berkata "Astaghfirullah. Aku dah menzalimi mereka," terkenangkan pengalaman membawa usrah yg pertama.

Kenapa? Kerana usrah yg pertama itu ibarat lapangan latihan utk murabbi2 baru, maka anak2 usrahnya lah yg menjadi tikus2 ujiannya. Alhamdulillah, ada yg mampu membawa usrahnya dengan berkesan dan ada juga yg kadang2 belum lagi terasa ukhuwah di antara anak2 usrah.

Mesti juga diingatkan, usrah itu mungkin baik di pandangan si murabbi, tapi hambar dan kosong pada pandangan mutarabbi (orang yg diusrahkan).

Kenapa boleh jadi begitu? Bagaimana nak tahu usrah itu berkesan atau tidak?

Kita tahu rukun usrah ada 3: Ta'aruf, tafahum dan takaful. Hendak tahu sama ada usrah itu berkesan atau tidak, lihatlah pada 3 indikator ni. Kalau di antara anak2 usrah masih wujud jurang, maka si murabbi masih perlu melihat kelemahan usrah yg dibawa.

Teringat kata2 akhi Husaini: "Nak tahu usrah tu usrah sebenar atau tidak, tengok diorang bergaduh atau tidak."

What?

Hubungan di antara ahli2 usrah sepatutnya lebih rapat dari hubungan adik-beradik. Kenapa ana kata begitu? Hubungan di antara ahli2 usrah dibina atas kesedaran pada perlunya kembali kepada Allah, iaitu satu kesedaran yg suci. Jika matlamat sudah jelas, maka hubungan di antara ahli2 usrah itu semestinya sudah tiada keraguaan di antara mereka. Hatta, jika ahli usrah mahu meminjam duit pun lebih sanggup diberi berbanding saudara kandung. Kerana apa, sebab dia tahu rakan usrahnya itu tak akan mengkhianati dia. Itu kalau usrah itu berkesan la.

Jadi, apa kaitan ngan "bergaduh"?

Menurut kata akhi Husaini, maknanya hubungan itu sudah ibarat adik-beradik, sering bertengkar antara satu sama lain. Tapi bertengkar tidak bermakna tidak sayang. Jika kita lihat sering kali adik-beradik bergaduh kerana tanah atau alasan2 yg lain, sedangkan adik-beradik yg sama pernah bergomol mesra sewaktu kecil dulu. Tapi jika ahli2 usrah, perasaan sayangkan saudaranya melebihi dirinya atau itsar; satu akhlak islami yg sudah hilang di kalangan masyarakat Islam sedunia (nanti ana sentuh pasal itsar).

Alamak, kenapa jadi formal dan informative sangat post ni.. huhu

Well, kalau ana fikir-fikir balik usrah pertama yg ana bawa:

1. banyaknya gelak2.. haha
2. selalu ana bawak analogi dalam usrah, sebab senang nak bagi faham
3. topik yg ana cover: aqidah kepada Allah dan akhlak Islami
4. sorry2, tak sempat bawak antum semua jalan2..
5. ana pernah belanja antum makan kan? kan?
6. mutabaah amal ana tak tekankan sangat. maklumlah, masih muda2 lagi.. haha
7. kita tak banyak ikut program kan? apa da naqib dia nih..
8. apa lagi ye? oh, ana sangat sayang antum semua..

Kesimpulannya, anak2 usrah ana ada yg terus stay dalam tarbiyah, dan ada juga yg tercicir..

Yang stay, alhamdulilah ada yg menguruskannya.. Bagi yg tercicir, mungkin kerana salah ana atau kerana sedar berat sangat tanggung-jawab ini, usah risau, mungkin antum tak suka ana, tapi insyaAllah antum suka org lain.. so, biar la org yg antum suka mentarbiyah antum.. (prioriti dalam berdakwah)

Ana bukan super murabbi malah tak layak digelar murabbi lagi, tapi insyaAllah, apa yg ana tahu dan sedar, ana hendak share sama2 dengan antum2 semua.. Sebab ana sayang antum semua, bak kata seorang ikhwah:

"Kalau antum masuk ke neraka, ana akan terjun ke neraka utk tarik antum masuk syurga."

P/S: Post kali ini khas utk anak2 usrah pertama ana. FH, M, A, W, F, Z, A, R, S, Y. Mantap2 la antum semua. Moga kita berjumpa lagi, kalau tak di program2, mungkin di akhirat kelak. Moga antum menjadi saksi kerja2 ana. Amin..

Feb 25, 2010

Perkara paling penting tapi sering kita lupakan..

Bismillahhirrahmannirrahim..

Niat. Semudah itu sahaja. Perkara paling penting tapi sering kita lupakan.. lepas tu kita bising2.

Kita pergi kedai mamak, niat untuk makan atau bersembang dengan kawan2. Lepas makan kita sambung balik kerja kita.

Kita baca buku2 pelajaran (ya, yang tebal 300 muka surat tu!) untuk mendalami subjek yang kita ambil. Lepas dah 'muak' nak baca, kita tutup buku dan buat kerja lain.

Tapi pernah tak dalam setiap tindakan kita, kita secara sedar dengan akal kita, kita berniat? "Aku pergi kedai mamak, makan 2 keping roti canai, minum teh tarik dan sembang2 dengan kawan," atau "Aku nak baca 10 muka surat hari nih sebab aku tak faham apa yg professor ajar kat kelas."

Oh, jangan salah faham. Ana bukan mengatakan niat itu penting sehinggakan setiap perkara yang kita lakukan perlu kita sedar kita berniat/berhajat. Kenapa? Kadang2 kita tak sedar pun kita dah makan atau kadang2 kita tak sedar pun kita dah menyakitkan hati orang lain.

Minda separa sedar atau subconscious mind, tapi itu cerita lain. SubhanAllah.

Apa yang ana cuba tekankan ialah kita akan diuji berdasarkan apa yang kita niatkan.

"Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu."

Riwayat Imam Bukhari dan Muslim

Andai kata kita mengatakan kita belajar kerana Allah, maka pasti kita akan diuji kerana itu. Andai kata kita berkerja kerana Allah, pasti kita akan diuji kerana itu. Sepertimana kita mengatakan kita beriman kepada Allah, maka Allah pasti akan menguji kita.

"Alif laam mim… Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan ”Kami telah beriman” sedangkan mereka tidak diuji?? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta” (Al-Ankabut: 1-3)

Jika manusia yang berlajar kerana Allah itu sedar dia memang belajar kerana Allah, pasti dia tidak akan meniru atau menipu dalam pelajaran. Jika manusia yang berkerja kerana Allah itu sedar dia memang berkerja kerana Allah, pasti dia tidak akan mengambil rasuah, khianat dan pecah amanah.

Ilmu dan harta itu adalah rezeki yang Allah kurniakan kepada manusia tanpa mengira agama, iaitu tauhid rububiyyah. Bagi muslim pula, setiap rezeki mempunyai berkah, iaitu ia membawa manfaat bukan sahaja kepada orang yang menerima rezeki, tetapi juga orang di sekelilingnya.

Jadi adalah logik jika Allah ingin menguji muslim itu jika apa yang akan dia dapat akan memberi mafaaat kepadanya. Even the smallest matter, if we do it for Allah, He will test it out.

Jadi usahlah mengalah wahai sahabat2 ana sekalian dalam apa yang kita lakukan. Jika anda diuji, itu menandakan Allah masih memberi perhatian kepada hidup anda. Alhamdulillah. Bukankah itu yang kita, muslim, mahukan?

P/S: Berdasarkan pengalaman sendiri. Huhu.. A thought before we end, "even we have 100 reasons to cry, we still have 1000 reasons to keep us smile."

Dec 8, 2009

Bingkisan Kisah Untuk Sahabat

Assalamualaikum.

Post kali ini ana dedikasikan utk seorang sahabat ana yang sudah lama menyepi. Bukan niat utk memberi nasihat kerana ana sedar siapalah ana utk memberi nasihat kepadanya; cuma ana teringat bahawa Mukmin itu kasih dan kisah akan saudaranya, maka ana rasa bertanggung-jawab utk melakukan sesuatu utk membantu.

Ya akhi,

Jika kemurungan anta adalah kerana suasana jahiliyah lebih kuat,
Tidakkah anta ingat Mus'ab bin Umair juga dihantar ke Madinah ketika pengaruh jahiliyah masih kuat di sana,
Kerana ana yakin keingina terhadap Islam di sana masih tidak hilang,
cuma memerlukan anta mengoptimumkan peluang dan cara.

Jika kemurungan anta adalah kerana suasana dakwah yg menekan,
sehingga membantut segala kreativiti minda dan kelembutan hati anta,
maka ingatlah, Usman bin Affan juga pernah ditekan ketika hujung pemerintahanny,
bersangka baiklah, kerana itu antara sifat penting seorang pendakwah.

Jika kemurungan anta adalah kerana seorang wanita,
sesungguhnya lelaki yg baik utk perempuan yg baik; dan perempuan yg baik utk lelaki yg baik,
dan Allah tahu siapa yg terbaik utk kita.

Jika kemurungan anta adalah kerana anta merasakan beberapa tahun hidup anta adalah sia-sia,
maka ingatlah, setiap perkara yg berlaku adalah ujian, dan ada hikmah di sebaliknya,
kerana Allah tidak menjadikan setiap sesuatu itu sia-sia,
hatta nyamuk dan lalat ada peranannya,
semuanya adalah utk memudahkan anta menjalankan tanggung-jawab anta sebagai khalifah,
kerana mungkin sahaja Allah nak mengajar anta sesuatu, dgn ujian tersebut,
yg Allah tak ajarkan pada kami semua.

Kita kata kita belajar kerana Allah,
maka Allah akan uji kita dgn ujian gagal dalam ujian, mungkin,
kalau kata belajar kerana Allah, utk timba ilmu,
mana yg kita nak capai: kejayaan dalam ujian atau keberkatan dalam ilmu?

Tetapi ya akhi,
jika kemurungan anta adalah kerana gagalnya ana dalam memenuhi janji anta,
utk membantu anta di sana,
maka maafkanlah ana ya akhi,
sesungguhnya ana mempertimbangkan keadaan mengikut marhalah,
bukankah bagus kalau anta di sana dan ana di sini,
supaya perkembangan dakwah itu lebih luas dan tidak tertumpu sahaja,
kerana ana tersangat lah yakin bahawa anta mampu melakukannya.

Ya akhi,
sesungguhnya, kemurungan anta adalah kemurungan kami,
malah kami lebih murung daripada anta,
"di manakah saudara kami?"
tangisan anta adalah tangisan kami,
malah kami lebih banyak menangis daripada anta,
"kenapa kami gagal membantu?"

Maka ya akhi,
janganlah tanggung beban itu seorang diri,
kami bersedia menumpangkan bahu utk anta,
seperti mana apa yg kita buat di Kenangan Bersama Mu dahulu,
sepertimana yg pernah kita janjikan dahulu,
janganlah bersendirian lagi ya akhi,
kerana kami sangat merindui sahabat kami yg dahulu,
bersama-sama menegakkan Islam di muka bumi ini.

Maafkanlah ana atas kesilapan ana,
sesungguhnya ana tidak menjangkakan akan terjadi begini,
kerana ana tak mampu melihat masa depan,
dan kerana ana yakin anta mampu melakukannya bersendirian di sana.

Afwan ya akhi, afwan ya akhi, afwan ya akhi,
Kembalilah,

Sesungguhya, kami sedia menanti.

Aug 10, 2009

Hebatnya Si Cacat

Bismillahhirrahmannirrahim..

Takbir diangkat melebihi paras kepala.. Bacaan dalam solatnya begitu kuat sehingga terganggu kekusyukan jemaah di surau itu. Ana yg sedang berzikir selepas solat sunat qabla asar terfikir berbagai cara2 yg berhikmah utk menegurnya.

Takbir yg keterlaluan sememangnya dilakukan segelintir rakyat Malaysia. Sebut sahaja gaya, macam2 gaya ada. Gaya menyauk, gaya Ultraman dan macam2 gaya lagi. Dikhuatiri gerakan tangan yg berlebihan itu akan membatalkan solat. Ana tak mempunyai ilmu tentang itu, tapi pernah juga mendengar ceramah dari pelbagai ustaz yg menceritakan soal yg sama.

Selesai beliau habis solat, baru ana perasan bahawa tangannya cacat, tidak boleh bergerak seperti manusia normal. Patutlah, guman ana dalam hati.

Tiba2 ibrah kejadian ini menyentak hati ini. Sedangkan si cacat pun sentiasa menjaga waktu solatnya dan berjemaah di surau, inikan pula kita yg normal. Sepatutnya kita wajib lebih hebat lagi.

Kita dikurniakan sepasang tangan utk menyentuh, sepasang kaki utk berjalan, sepasang mata utk melihat, sepasang telinga utk mendengar, akal dan hati utk menilai. Sejauh manakah yg telah kita gunakan deria2 kita utk merasa penciptaan maha hebat Allah? Sejauh manakah kita melihat kebesaran penciptaan Allah? Berfikir dan mengambil ibrah dari penciptaan-Nya? Bukankah anggota2 ini akan ditanya oleh Allah di hari pembalasan kelak sedangkan lidah kita dikunci rapat? Mampukah amalan kita memberi jawapan yg sepatutnya?

Ya Allah, si fulan ini telah melihat yg tidak sepatutnya.

Ya Allah, si fulan ini telah melangkah kaki ke tempat2 maksiat.

Ya Allah, si fulan ini telah mendengar orang2 mengumpat.

Ya Allah, si fulan ini tidak bersyukur dengan nikmat2 mu.

Astaghfirullah.. La illah illa anta. Subhanaka inni kuntum min zolimin.
Tidakkah kita sedar? Tidakkah kita mahu berfikir?

Subhanallah. Maha Suci Allah yg telah menyedarkan hati ini dan menghidupkannya.

Jul 24, 2009

Sekadar Pemberitahuan

Bismillahirrahmannirrahim.

Assalamualaikum kepada semua pembaca. Maafkan diri ini kerana menyepi untuk sekian masa. Ana rasa sangat bersalah terutamanya mereka yg follow blog ini. Ana bukan seseorang yg sering berkongsi kisah keluarga, tetapi disebabkan ia menjadi asbab kepada kelambatan gerak kerja ana, maka terpaksa ana ceritakan untuk menguraikan khilaf2 di hati semua.

Ana diuji dengan ujian yg belum pernah ana hadapi sebelum ini.

"Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang2 yg sabar."

Parents ana dua-duanya dimasukkan ke hospital, bermula dengan ibu ana (23/6) dan kemudian ayah ana (26/6). Tanggungjawab ketua keluarga berpindah kepada adik ana yg kedua (baru habis spm) kerana ana masih di INTEC untuk Summer sem.

Agak kelam-kabut bagi ana kerana ana mengambil killer subjek (bagi ana) iaitu Calculus II, dan ana akan ada test akhir. Maka, habis sahaja exam terus ana balik ke rumah.

Maka, usrah dan daurah termasuklah blog ini terpaksa ana stop sebentar memandangkan adik ana tak mampu menanggung beban tersebut, menjaga ibu-bapanya, menjaga adik-adiknya terutama Nasri sedangkan fitrah wanita bukan perlu memikul beban tersebut. Malah ana bersyukur kerana ada adik seperti Mardhiah kerana sanggup menangguhkan pelajarannya selama satu semester untuk menjaga ibu-bapanya.

Dan dari situ, baru ana tahu betapa susahnya beban sebagai ketua keluarga ini, menjaga ibu-bapa, mententeramkan perasaan adik2, menguruskan hal-ehwal keluarga dan segalanya. Alhamdulillah, adik ana yg bongsu seperti memahami keadaan keluarga. Tidak banyak menangis, malah apabila ditanya mana ibu atau ayah, dia akan menjawab "Sakit."

Alhamdulillah, parents ana dah keluar hospital pada hari yg sama (3/7) tetapi masih kami adik-beradik yg menghantar diorang utk ke hospital dan ke sekolah.

InsyaAllah, gerak kerja ana termasuklah blog ini kembali kepada normal cuma mungkin waqi' yg berbeza. Wassalam.

P/S: InsyaAllah ana akan berlepas ke Rutgers University, New Brunswick, State University of New Jersey waktu 11.30 malam pada 23hb Ogos 2009 di KLIA. Kenduri selamat akan diadakan di rumah opah ana di Bota, Perak pada 8hb Ogos dan jemput sesiapa yg berdekatan untuk hadir.

Jun 4, 2009

Kejayaan Seorang Dai'

Bismillahhirrahmannirrahim..

Memetik kata2 Ustaz Hasrizal dalam bukunya Aku Terima Nikahnya: Bercinta Sampai ke Syurga mengenai erti kejayaan diri,

"Setiap kita mengukur kejayaan pada sejauh mana kejayaan peribadi dapat dipindahkan kepada insan tersayang."

Bagaimana pula dengan seorang dai'? Apakah kayu ukur bahawa seorang dai' itu berjaya?

Kes 1:
A belum mengikuti usrah. Apabila kawannya B mengajak dia ikut usrah dengan menyatakan usrah itu adalah benda yg ter'best' kat dunia nih, so A pun ikut usrah. Apabila mengikuti usrah, A mendapati pengetahuannya mengenai ISLAM bertambah, dari seorang yang jahil kepada yang tahu. (Note: A mengikuti usrah yg 'hidup'.)

Kes 2:
Apabila A menjadi orang yg membawa usrah, A sedaya upaya mentarbiyah anak2 usrahnya. Diajaknya mereka ber'rehlah, berdaurah, ber'tamrin dan bermacam-macam 'ber' lagi. Lalu, menjadilah anak2 usrahnya seorang Muslim yg tahu.

Kes 3:
Apabila anak2 usrah A mula membawa usrah, A mula memantau perkembangan usrah anak2 usrahnya. Segala masalah di'syura'kan bersama, dan segala aktiviti dijelaskan objektif dan kesinambungannya.

Dalam kes pertama, A mengukur kejayaannya apabila mendapati dia lebih baik dari semalam dan dia berubah dari seorang yg jahil kepada yg tahu. Dan kejayaannya itu adalah kayu ukur biasa yg orang umum pegang iaitu apabila hari ini lebih baik dari semalam.

Dalam kes kedua, A mengukur kejayaannya apabila berjaya menghasilkan remaja/rijal yg soleh dari kalangan anak2 usrahnya. Dan bagi naqib A, kejayaannya diukur apabila dia berjaya menjadikan A seorang rijal yg musleh dan mahu bergerak menghasilkan rijal2 seupamanya.

Dalam kes ketiga, A mengukur kejayaannya apabila anak2 usrahnya menjadi rijal2 yg musleh dan mahu bergerak utk mendukung dakwah Islamiyah ini.

Kalau kita perhatikan, ketiga-tiga kes mempunyai satu titik persamaan iaitu orang yg mengajak (dai') menjadi qudwah hasanah (contoh tauladan yg baik) kepada orang yg diajak (mad'u).

Jika tiada qudwatul hasanah dalam diri B (dalam kes pertama), tak akan A akan ikut usrah. Kalau B berakhlak buruk, mesti A akan berkata,

"Perangai pun lebih kurang sama dengan aku je, teruk, ada hati nak ajak aku ikut usrah."

Betul tak?

Jika tiada qudwatul hasanah dalam diri A (dalam kes kedua), tak akan anak2 usrah A akan berasa 'siqah' (betul ke eja nih??) atau percaya dengan A, sampai boleh diajak kemana-mana berhari-hari. Kalau tidak, mesti anak2 usrah A cakap,

"Naqib kita nih betul ke tak, ajak orang je arah pembaikan, tapi dia sendiri keluar dating dengan awek dia."

Mungkin terlalu kontradik, tapi korang tau la kan apa yg ana maksudkan. Nampak tak bagaimana persepsi orang kepada seorang dai'?

Dalam kes ketiga, A dan anak2 usrahnya mestilah mempunyai qudwatul hasanah kepada anak2 usrah mereka, kalau tidak, tak akan menjadilah usrah tersebut apabila kepercayaan hilang dan usrah dipenuhi dengan syak-wasangka.

Firman-Nya:
"Wahai orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Itu sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan.
(as-Saff: 2-3)

Dan kejayaan seorang dai' itu sebenarnya apabila dai' tersebut berjaya membawa pembaikan kepada orang lain (mad'u) , menyentuh hati mereka, sehingga mereka terasa dan YAKIN indahnya Islam, dan mahu bergabung dan bergerak utk perjuangan ini.

Dan kayu ukur tersebut tidak harus sampai di situ sahaja, kerana tujuan sebenar tarbiyah ialah untuk menghasilkan rijal2 yg soleh dan musleh. Dan usrah, qudwah hasanah, tamrin, daurah dan lain2 lagi adalah salah satu wasilah utk tujuan itu.

Bayangkan, dari satu usrah menjadi 2 rijal (soleh & musleh), dan 2 rijal tersebut membawa usrah, lalu menjadi 1+2+2=5 rijal soleh wa musleh. Dan ia akan bertambah-tambah sehingga mencecah .... (sila gunakan series yg anda belajar dalam matematik) sehinggalah akhirnya Islam berjaya tertegak di muka bumi ini dan menjadi qudwah hasanah kepada penduduk dunia iaitu Ustaziatul Alam. Sila rujuk ISK utk penjelasan lanjut. (Tak faham boleh tanya ana.)

Wallahu'alam.

May 27, 2009

Daieyah Zainab al-Ghazali - Permata Dakwah Yang Berkilau Di Era Jatuhnya Islam

Zaynab al-Ghazali bukanlah seperti wanita biasa. Seperti Aisha Abdul Rahman, beliau merupakan rakyat Mesir dan mempertahankan hak-hak wanita Islam berdasarkan apa yang diyakini beliau sebagai fahaman Islam yang betul. Beliau dilahirkan di Al-Bihira pada tahun 1917 di dalam keluarga yang terhormat, keturunan Umar al-Khattab dan al-Hasan bin Ali bin Abi Talib. Ayah beliau juga merupakan lulusan al-Azhar.

Beliau lebih terkedepan sebagai pejuang dan aktivis Islam daripada seorang yang ulama’. Sewaktu mudanya, beliau aktif dalam pergerakan feminis, dan menyertai Kesatuan Wanita Mesir (Egyptian Feminist Union) yang diasaskan oleh Huda as-Syarawi pada tahun 1923. Beliau telah keluar daripada persatuan itu disebabkan tidak bersetuju dengan idea dan landasan perjuangan gerakan pembebasan wanita. Pada umur 18 tahun (1936), beliau mengasaskan Persatuan Wanita Islam untuk menguruskan hal-ehwal dan akitiviti-aktiviti wanita berlandaskan ajaran Islam dan tujuan ke arah Islam.

Ikhwan Muslimin yang diasaskan oleh Hasan al-Banna pada 1928 mempunyai perancangan untuk mengasaskan sayap wanita di dalam pertubuhannya. Hasan al-Banna telah meminta beliau untuk mengetuai bahagian wanita dalam Ikhwan Muslimin. Beliau dan persatuannya menolak tawaran ini tetapi menyatakan persetujuan untuk memberikan kerjasama. Setelah Ikhwan Muslimin dibubarkan pada tahun 1948, Zaynab al-Ghazali telah berbaiah kepada Hasan al-Banna pada tahun 1949 untuk menyokongnya dan bersama memperjuangkan sebuah daulah Islam. Malangnya Hasan al-Banna telah gugur syahid tidak lama setelah itu. Kesedihan hati Zaynab telah tercoret dalam bukunya yang masyhur, Hari-hari Dalam Hidupku. Beliau menyambung perjuangan dan mengotakan baiahnya kepada pemimpin Ikhwan Muslimin yang menggantikan Hasan al-Banna iaitu Hasan al-Hudhaibi. Beliau menyertai dan bersama dengan ahli Ikhwan Muslimin terutama apabila Ikhwan Muslimin diharamkan dan mereka terpaksa bergerak secara rahsia di bawah pemerintahan Jamal Abdul Naser sekitar tahun 1950-1960an. Dalam satu temuramah dirumahnya di Heliopolis, Mesir pada tahun 1981, Zainab al-Ghazali berkata:

“Islam telah menyediakan segala-galanya untuk lelaki dan perempuan. Islam memberikan wanita semuanya-kebebasan,hak ekonomi,hak politik,hak social, hak awam dan juga hak persendirian. Islam telah memberikan hak-hak wanita di dalam keluarga lebih daripada persatuan dan agama lain. Wanita boleh berkata tentang kebebasan wanita dalam masyarakat Kristian,Yahudi dan juga masyarakat pagan, tetapi dalam masyarakat Islam adalah satu kesilapan besar untuk berkata tentang kebebasan wanita. Wanita Muslim perlu mempelajari Islam supaya mereka tahu Islam telah memberikan mereka semua hak-hak mereka.”

Inilah intipati pemikiran Zainab al-Ghazali berkenaan dengan status wanita seperti yang selalu diluahkan dan disampaikan beliau dalam ceramah-ceramah beliau dan juga karya-karya beliau di dalam majalah al-Da’wa, dimana beliau merupakan editor sebuah ruangan untuk pembangunan rumah tangga Muslim yang sebenar. Perkara utama dalam perjuangan beliau adalah pentarbiyahan, iaitu untuk memberi kefahaman Islam di dalam pemikiran wanita, mendidik mereka tentang hak-hak dan tanggungjawab mereka dan mengubah masyarakat untuk membina sebuah daulah Islamiah yang berpandukan al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw.

Zainab al-Ghazali meyakinin bahawa Islam membenarkan wanita untuk bergiat aktif dalam hal social, memegang jawatan, memasuki politik dan juga memberi pendapat. Beliau percaya Islam membenarkan wanita memiliki harta, menguruskan perniagaan dan apa sahaja yang mereka mahu dalam perkhidmatan masyarakat Islam. Beliau berpendapat tugas utama wanita Muslimah ialah menjadi ibu dan isteri. Oleh itu, tiada tanggungjawab lain yang boleh mengatasi tanggungjawab ini. Jika wanita itu mempunyai masa luang untuk menyertai aktiviti kemasyarakatan setelah tugasnya sebagai ibu dan isteri telah dipenuhi, maka dia boleh berbuat demikian kerana Islam tidak melarang perbuatan tersebut.

Zainab al-Ghazali sangat meyakini tanggungjawab agama dan social apabila berkahwin. Pada perkahwinan beliau yang pertama, suami beliau tidak bersetuju untuk membenarkan beliau bergiat aktif dalam perjuangan Islam. Dengan sebab itu, beliau telah meminta cerai daripada suaminya kerana pra-syarat yang diletakkan oleh beliau sebelum berkahwin adalah membenarkan beliau memperjuangkan Islam. Suami beliau yang kedua memahami semangat dan gagasan perjuangan beliau dan melibatkan diri dalam penulisan untuk menyokong beliau dan sama sekali tidak menghalang beliau dari perjuangan. Didalam buku ‘Hari-hari dalam Hidupku’ (Ayyam min Hayati) beliau mengisahkan bagaimana suami beliau walaupun sangat bimbang akan diri beliau tetapi terus menerus menyokong perjuangan suci beliau. Zainab al-Ghazali juga menekankan beliau tidak akan mengabaikan tanggungjawab kepada suami dan keluarga beliau walaupun beliau Amirah sayap wanita Ikhwan Muslimin. Tanggungjawab beliau yang berat itu menyebabkan beliau perlu bekerja pada waktu yang panjang di pejabat beliau dan aktiviti bersama Ikhwan Muslimin. Setelah kematian suaminya yang kedua, beliau masih di dalam penjara. Beliau merasakan tanggungjawabnya terhadap perkahwinan telah selesai dan beliau bebas untuk mengorbankan seluruh masanya untuk perjuangan Islam.

Sebagaimana pejuang-pejuang Islam yang lain, beliau juga kecewa dengan revolusi Mesir 1952 yang didokong mereka pada mulanya dan akhirnya pejuang Islam telah dikhianati oleh Jamal Abdul Naser. Zainab al-Ghazali menyatakan bahawa rejim Jamal Abdul Naser adalah musuh kepada Islam. Setelah beberapa tokoh Ikhwanul Muslimin ditangkap dan dihukum mati dan ramai dipenjara, beliau mendahului pergerakan untuk menolong isteri, janda dan keluarga pejuang yang telah dibunuh dan dipenjarakan. Walaupun dipenjara, beliau meningkatkan usaha tarbiyyah secara rahsia diketuai oleh pimpinan Ikhwan Muslimin. Dalam tahun 1962, beliau dapat berhubung dengan Sayyid Qutb melalui dua orang adik Sayyid Qutb dan menerima tulisan beliau berkenaan perjuangan Islam dan tafsir al-Quran dan hadith serta syariah Islam. Beliau juga menerima sebahagian dari buku yang dikarang oleh Sayyid Qutb dalam penjara yang kemudian diterbitkan dengan judul Ma’alim Fit-Tariq (Petunjuk Sepanjang Jalan).

Tulisan dan petunjuk daripada Sayyid Qutb di dalam penjara dan juga ayat-ayat al-Quran akan dipelajari dalam satu kumpulan terdiri daripada lima hingga sepuluh pemuda yang berjumpa pada waktu malam di rumah Zainab ataupun tempat lain. Perbincangan, pandangan dan pendapat diutarakan di dalam pertemuan tersebut. Dengan persetujuan Sayyid Qutb dan pimpinan Ikhwan Muslimin, keputusan untuk menjalankan program tarbiyyah selama 13 tahun sepertimana zaman Rasulullah saw di era Mekah. Apabila tempoh ini berakhir, maka studi dan kajian akan dibuat adakah sekurangnya 75% daripada rakyat Mesir sudah yakin dengan keperluan adanya daulah Islam dan membangunkannya. Jika ianya terjadi maka gerak kerja menubuhkan daulah Islam akan dilakukan dan jika belum lagi mencapai tahap tersebut, program pentarbiyahan akan dilakukan semula selama 13 tahun lagi sehingga sehingga rakyat bersedia untuk membina daulah Islam, menerima pakai undang-undang syariah Islam dan menegakkan hukum Islam berpandukan al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw.

Apabila kerajaan Mesir berasa curiga dengan perkumpulan rahsia dan matlamat mereka ini, Ikhwan Muslimin diserbu pada tahun 1965. Ikhwah dan akhawat pergerakan Ikhwan Muslimin semuanya ditangkap dan dipenjarakan. Zainab al-Ghazali adalah salah seorang daripada mereka. Jemaah wanita Ikhwan Muslimin dibubarkan. Beliau dibicarakan bersama sahabiah yang lainnya pada tahun 1966 dan dihukum penjara seumur hidup dengan kerja berat. Satu hukuman yang tidak masuk akal bagi seorang wanita. Namun pada tahun 1971 beliau telah dibebaskan apabila kematian Jamal Abdul Nasir dan Anwar Sadat mengambil alih tampuk pemerintahan. Setelah itu, beliau terus sahaja meneruskan perjuangan beliau tanpa mengenal penat lelah dalam mendaulatkan Islam dibumi Mesir.

Beliau merupakan wanita yang terkemuka setelah jatuhnya khilafah Islamiah di Mesir. Beliau tidak mempunyai anak dan segalanya hidupnya diserahkan kepada perjuangan Islam. Beliau juga menjadi sanjungan dan pendorong kepada perjuangan wanita di seluruh dunia. Beliau dihormati oleh kawan dan lawan, malah disegani oleh tokoh-tokoh ulama’ kerana perjuangannya yang luar biasa.

Zainab al-Ghazali kembali ke rahmatullah pada hari Rabu 3 Ogos 2005 di kala umur beliau 88 tahun. Ternyata umur yang panjang yang dianugerahkan Allah pada beliau telah digunakan tanpa sia-sia sedikitpun, semuanya dikorbankan demi menegakkan agama Allah yang mulia. Beliau terus menjadi idola dakwah kepada pejuang-pejuang Islam di seluruh dunia. Beliau juga menjadi bukti kukuh bahawa sebenarnya Islam mampu membina wanita yang berjuang untuk Islam. Sejarah hidup beliau persis hidup srikandi di teratak Rasulullah saw. Jadi tidaklah salah jika kita menggelarnya sebagai Ummul Mujahidah pada masa kini. Moga Allah mencucuri rahmat yang melimpah ruah kepada beliau dan menjadikan beliau di kalangan para siddiqin, amilin dan mujahidin.

Sumber: Dakwah.Info

May 16, 2009

Teristimewa Buat Adikku: Mardhiah, Adibah & Hanisah

Adikku Mardhiah, Adibah & Hanisah yg kusayang,

Sesungguhnya kejadianmu terlalu indah tercipta daripada tulang rusuk Adam yang bengkok untuk dilindungi dan disayangi, bukannya diciptakan daripada kepala untuk disanjung dan dipuja, bukan pula diciptakan daripada kaki untuk dipijak dan dijadikan hamba sahaya. Lantaran daripada keindahan ciptaanmu itu, kau umpama sekuntum bunga yang mana harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu. Adakah semudah itu kau ingin menyerah diri pada sang kumbang?

Renungkanlah pada keindahan bunga mawar yang unggul terjaga berpagarkan duri sebagai bentengnya. Dari kejauhan keharumannya mencuri perhatian. Kilauan warnanya yang memancar indah menjadi tarikan. Namun, lantaran pagaran duri yang berbisa itu, sang kumbang tertunduk kagum terhdap keindahan yang terjaga hingga ia berfikir beberapa kali sebelum mendekatinya.

Adikku Mardhiah, Adibah & Hanisah yg kukasihi,

Akuilah hakikat kejadian dirimu yang menjadi pelemah keimanan lelaki. Seandainya pakaian malu kau tinggalkan daripada tubuhmu dan perbatasan aurat kau pandang sebarangan, jadilah dirimu hanya sekuntum bunga yang indah tapi sayang tidak berduri. Kau tidak layak dimahkotakan sebagai si mawar berduri. Sesungguhnya Utusan Allah ada mengatakan tentang bahaya dirimu,

"Tidak ada fitnah yang lebih besar setelah wafatku selain daripada fitnah yang berpunca daripada wanita." Adakah kau mahu menjadi penyebab terhadap terhumbannya lelaki ke neraka?

Ingatlah duhai adikku sayang,

Ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya kecuali atas urusan yang diizinkan. Sesuatu yang tertutup itu lebih indah dan berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah. Yang tertutup itu indah! Alangkah baiknya jika kau memelihara keindahan dirimu sebagai hadiah yang kudus, suci, mahal dan berharga buat kumbang terpilih yang telah dijanjikan Allah buatmu.

Indahnya hidup ini andai melayarinya dengan bernaungkan keredhaan Allah, bertunjangkan ilmu dan kebenaran, bersulam akhlak penuh menawan. Sesungguhnya, wanita solehah menjadi idaman insan soleh bernama Adam.

"Wanita yang baik itu adalah untuk lelaki yang baik."

Ya Allah, hiasilah adik-adikku Mardhiah, Adibah & Hanisah dengan keindahan akhlak, kesopanan budi pekerti, kehalusan dalam berbicara dan jadikanlah penyeri syurga-Mu. Ameen.

Dari seorang abang kepada adik-adiknya yang disayangi dan dikasihi..

Diadaptasi dari novel Tautan Hati: Fatimah Sharha Mohd. Noordin
Novelis Sayembara Novel Remaja Jubli Emas DBP 2006


P/S: Abang tergelak bila ingat syarat2 ayah untuk bakal suami korang.. haha

May 13, 2009

IMPIAN Part 2

Sambungan IMPIAN Part 1..

Bismillahhirrahmannirrahim.

Sedikit demi sedikit diri ini mula mahu untuk bergerak. Bergerak untuk menyedarkan para sahabat yang lain bahawa hidup ini bukan sekadar untuk mengejar sekalung ijazah sahaja, malah tanggung-jawab yang lebih dari itu.

Hujung minggu mula dihabiskan untuk mengikuti daurah dan tamrin, sedangkan kawan-kawan di bilik sama ada balik kampung atau duduk beristirehat di bilik. Apabila mengenang saat itu kembali, alhamdulillah Allah membuka hati ana untuk menghabiskan masa hujung minggu dengan daurah dan tamrin daripada duduk berehat sahaja. Kalau tidak, tentu ana tidak menyedari kebesaran nikmat hidayah ini.

Namun, ana juga manusia, Ana tidak terlepas dari melakukan kesalahan, dan sesungguhnya ana lemah apabila diuji. Meskipun sudah bergerak, ana masih leka dan lalai dari segi pengaturan masa. Masa tidak digunakan dengan sebaiknya, malah dihabiskan untuk benda-benda berfaedah.

Meskipun ana menyedarinya dan cuba utk mengubahnya, kelemahan ini kian ketara dari hari ke hari.

Ya, ana pernah futur. Ana akuinya, dan sesungguhnya perasaan apabila futur itu ibarat segala yang ada di dunia ini seperti tidak ada makna lagi. Bak kata pepatah, makan tak kenyang, mandi tak basah dan tidur tak lena. Ana rasa sungguh gelisah, takut, sedih; takut jika memikirkan bila diri ini mati dalam keadaan yang futur.

Alhamdulillah, suatu nikmat berterusan yang diberi oleh Allah kepada ana menjadikan ana bangkit dari kefuturan kepada rasa izzah sebagai seorang Muslim, dan nikmat itu ialah sentiasa komited dengan kehadiran dalam usrah.

Ana tak tau kenapa, tetapi ana sanggup untuk menghabiskan 1-2 jam dengan usrah (yang ana ikut) walaupun esok ana ada test atau quiz. Muka2 akhi Saif, akhi Faiz, akhi Haq, akhi Naufal, akhi Amershukri, akhi Ammar(walaupun sempat sekejap je ngan dia), akhi Azlan, akhi Firdaus, akhi Iqram, akhi Izzat, akhi Wan Anas, akhi Syafiq menjadikan ana bersemangat kembali, ibarat charger bateri yang hampir kehabisan tenaga. Lebih mudah difahami utk dikatakan ana takkan mampu bergerak tanpa kehadiran dan sokongan mereka. Terima kasih ya ikhwah.

Ikhwah, apabila mengenang saat kita mula berusrah bersama, ana sentiasa merasakan manisnya usrah ini. Saat kita sama ber”rehlah” ke Bukit Cerakah sentiasa ana kenang dan abadikan dalam hidup ana. Walaupun objektif rehlah tu tak la tercapai sangat(byk habiskan byk masa dengan memasak & makan), tapi satu perkara yang pasti, ukhuwah kita menjadi sangat rapat, ibarat satu simpulan tali yang teguh.

Saat kita bersama di program Keindahan Bersama-Mu tidak dapat ana lupakan, janji dan lafaz yang kita ikrarkan sentiasa terpahat dalam diri ana. Saat kita menghantar akhi Ammar fly ke Korea, akhi Faiz dan akhi Amer ke US, akhi Saifullah ke Korea, akhi Wan Anas dan akhi Azlan ke Australia, dan akhi Haq ke New Zealand sememangnya tak dapat ana lupakan. Saat2 kita saling berpelukan sebelum antum turun ke balai perlepasan, kesedihannya sangat ana rasakan.

Sesungguhnya doa ana sentiasa bersama kalian ikhwah, agar antum akan terus bergerak, menanam benih-benih ’islam’ di hati mereka yang sekeliling antum. Ana sentiasa berdoa agar antum tidak futur, tercicir atau keluar dari jalan dakwah ini. Ana tak nak lagi ada lagi ikhwah kita yang tercicir, cukuplah sekali kerana perasaan kesedihan itu tak dapat ana gambarkan.

Ya Allah, Engkau mengetahui bahwa hati-hati kami ini telah berkumpul di tempat ini karena mengasihi-MU; bertemu untuk memenuhi perintah-Mu; bersatu untuk memikul beban da'wah-Mu. Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu. Maka eratkanlah ya Allah atas ikatannya, maka eratkanlah ya Allah atas ikatannya, maka eratkanlah ya Allah atas ikatannya, dan kekalkanlah kemesraan di antara hati-hati ini. Tunjukkan kepada hati-hati ini akan jalan-Mu yang haq. Penuhkan hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung padam. Lapangkan hati ini dengan limpahan iman dan keindahan tawakkal kepada-Mu. Hidupkan hati ini dengan ma'rifat tentang-Mu. Dan jika Engkau mentakdirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-MU. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.

Uhibbukafillah ya ikhwah.
 
Copyright (c) 2010 Fakir Muhammad. Design by WPThemes Expert
Themes By Buy My Themes And Cheap Conveyancing.