Pages

Apr 17, 2009

Islam Memartabatkan Melayu

Bismillahhirrahmannirrahim.

This is a nice sharing of knowledge. Siapa ada masa boleh hayati. Banyak lagi sebenarnya ilmu berkenaan bahasa ibunda kita ni yg kita sendiri tak tahu. Tanpa Islam, orang melayu tidak bermakna dan seolah2 menjadi bangsa yg kuno sahaja. Hasil kedatangan Islam telah mengangkat martabat orang Melayu di Malaysia dan di kawasan Nusantara.

So we should be proud to be a Muslim more than proud of being a Malay.

Wassalam.

Di antara beberapa bidalan bahasa melayu yang rosak, setelah tulisan jawi ditukar ke rumi adalah:

a. merah padma, bukannya merah padam...merah padma adalah merah samar umpama kelopak teratai (seperti pipi seseorang itu akan 'blush' apabila malu atau 'embarassed'. (Maaf, ya? Sebab tidak dapat cari perkataan bahasa melayu yang sesuai.) Merah padam itu sebenarnya salah dan tidak betul...

b. 'melepaskan batuk di tangga' sebenarnya adalah 'melepaskan bato' di tangga'. Bato' itu adalah alat penyedok yang perlu apabila kita mahu mencucur air ke kaki sebaik tiba di tangga rumah. Jadi maksudnya, buat kerja sambil lewa. Bidalan ini menegur sikap yang sambil lewa, melepaskan alat itu yang sepatutnya diletakkan kembali pada tempayan berisi air, supaya orang lain yang datang kemudian, dapatlah mencuci kakinya pula. Bukan tercari-cari atau mengotorkan tangga sebab mahu ambil bato' itu...

Wujud melayu kerana Islam dan ini terserlah pada tulisan (jawi) dan bahasa komunikasinya.

Bila du'at (pendakwah) datang ke nusantara mereka terpaksa mencari bahasa perantara dakwah yang sesuai. Maka di antara bahasa-bahasa yang maju ketika itu (kurun ke 7 - 13) ialah bahasa Jawa dan sanskrit, Tetapi bahasa-bahasa ini sarat nilai-nilai hindu dan Buddha. Sedang al Quran 'mubin' jelas dan tidak boleh disampaikan dengan makna-makna yang ambiguous. Maka bahasa yang paling murni ketika itu ialah bahasa melayu kerana ia bahasa tahap rendah, tidak ada kosa kata dan perbendaharaan kata yang membawa nilai-nilai falsafat dan keagamaan. Bahasa melayu adalah seperti bahasa Arab kuno - yang miskin dari nilai-nilai agama dan filsafat tdk seperti bahasa Persia, Yunani, Greek dan Romawi.

Lalu bahasa melayu yang miskin itu diperkasa dengan istilah-istilah al Quran. Di antara istilah yang membanjiri bahasa melayu ialah kalimah-kalimah berkaitan aqidah. Istilah iman tidak boleh diterjemahkan ke dalam istilah sedia ada. Iman bukan 'percaya' kerana iman membawa maksud 'tasdiq bil qalbhi, taqrir bil lisan' (membenarkan dengan hati, mengucapkan dengan lisan) dan komponen ketiga yang penting ialah amal bil jawarih (amal dengan anggota badan). Aqidah itu sendiri menjadi sebahagian dari bahasa melayu. Aqidah ialah 'aqaid' atau ikatan. Aqidah bukan sekadar pegangan atau kepercayaan tetapi ikatan yang bersifat hablum minallah dan habluminnas. Dari sinilah datangnya perkataan 'ikat' - dari 'aqaid ataupun aqidah.

Pendakwah Arab/muslim mengamati di dalam bahasa melayu ada perkataan 'takut' - tetapi takut tak boleh boleh digunakan untuk merujuk kepada 'taqwa'. Sebab takut membawa pada perasaan mahu menjauhkan diri. tetapi taqwa membawa seseorang semakin hampir dengan Allah. Maka taqwa pun diterima pakai sebagai istialh bahasa melayu.

Dalam bahasa melayu juga ada istilah berserah atau pasrah. Tetapi pasrah atau berserah boleh membawa maksud berserah kepada nasib tanpa melakukan sesuatu. ia tidak sama dengan tawakkal yang membawa maksud berikhtiar bersungguh-sungguh kemudian menyerahkan segala urusan kepada Allah. Lalu istilah tawakkal pun diadaptasi menjadi istilah bahasa melayu.

Ada beberapa perkataan yang tidak berubah iaitu 'surau' dan sembahyang atau 'seumayang' (Aceh). Surau adalah berhala sembahan orang melayu. Di situ mereka berkumpul untuk acara keagamaan zaman hindu. Gigihnya para pendakwah sehingga mereka menyampaikan Islam di tempat-tempat sembahan orang melayu. lalu surau tadi bertukar menjadi musalla, meunesah, langgar, madrasah pada hari ini. Di dalamnya mereka melakukan upacara 'sembahyang (sembah nenek moyang). Lalu sembahyang tadi bertular menjadi solat. Perkataan sembahyang masih kekal digunakan tetapi membawa maksud solat.

Di dalam solat ada satu perbuatan namanya 'sujud' dan 'ruku'. Di dalam bahasa melayu ada perbuatan tunduk dan 'sembah'. Sujud dan ruku' bukan sekadar tunduk. Tunduk ialah perbuatan menyembah kepada sesuatu - ia boleh jadi tunduk kepada Allah (khalik) boleh juga jadi tunduk kepada makhluk. Di dalam Islam tunduk kepada makhluk adalah syirik. Sedang sujud dan ruku' hanya kepada Allah. Lalu sujud dan ruku' menjadi sebahagian dari istilah bahasa melayu.

Ketika hendak solat mesti bersih dari najis. Najis dan kotoran tak sama. Kotoran tidak semesti najis dan tidak membatalkan solat. Lalu najis menjadi istilah bahasa melayu.

Jika kita lihat orang melayu mempunyai beberapa perkataan untuk menggambarkan perasaan mereka spt - 'marah', 'geram', 'benci', 'suka', 'cinta', 'ghairah' dan sebagainya. Kesemua perasaan ini adalah naluri ataupun instinct untuk kelansungan hidup. Perasaan-perasaan ini jika tidak dikekang boleh mendatangkan kemusnahan hidup kerana ia bersumberkan nafsu. Apabila Islam datang maka diperkenalkan beberapa konsep atau perkataan yang tidak ada dalam kamus kehidupan orang melayu seperti 'sabar', 'ikhlas', 'tawadhu', 'redha', 'syukur'.

Baik, mari kita tanyakan apakah perkataan yang semakna dengan sabar dalam bahasa melayu. Kita tidak akan menemui istilah yang menyamai makna 'sabar'. Kita boleh kata 'tahan kemarahanmu', 'tahan nafsumu', tahan rasa sakit'. Perkataan-perkataan ini tidak membantu. Menahan rasa sakit, menahan rasa marah. menahan kehendak nafsu hanya menambahkan rasa sakit, meningkatkan rasa marah dan menyebabkan nafsu semakin meluap-luap. Tetapi apabila disuruh bersabar, - rasa sakit semakin hilang, rasa marah semakin reda, dan nafsu yang bergejolak semakin tenang. Ini adalah kerana sabar adalah satu kebiasaan jiwa yang redha kepada Allah yang dipupuk seiring dengan solat 'Carilah pertolongan Tuhanmu dengan solat dan sabar - dan itu amat payah kecuali bagi orang-orang yang kyushu'.

Kemudian kita lihat pula perkataan ikhlas - Apakah dia agaknya perkataan yang seakan-akan membawa makna ikhlas dalam bahasa melayu. Nescaya kita tidak akan menemuinya. Kerana setiap perbuatan atau pertolongan dalam budaya melayu sebelum Islam membawa maksud dan tujuan tertentu. Pertolongan diberi dengan niat untuk mendapat imbalan. Tetapi apabila Islam datang, orang melayu dididik supaya ikhlas dalam pemberian, ikhlas dalam pertolongan kerana mengharapkan ganjaran, pahala dan keredhaan Allah SWT.

Bagaimana pula dengan tawadhu'. Tawadhu bukan membawa maksud merendah diri. Budaya merendah diri memang kaya pada orang melayu. Sebab itu ada perkataan 'hamba', 'tuan hamba', 'patik yang hina' (patik ni anak anjing yang baru lahir!), Duli yang Maha Mulia, sembah patik di atas batu jemala (duli ialah debu yang melekat pada kaki raja). Tawadhu tidak bererti tunduk menghina diri. Tawadhu bererti tidak meninggi diri kerana sedar setiap insan adalah dari Adam dan Adam dari tanah. Dan 'tidak ada lelebihan Arab di atas ajam, kelebihan ajam di atas Arab (sabda Rasulullah SAW), Yang paling baik di kalangan kamu ialah yang paling bertaqwa (al-Quran). Dengan adanya sifat tawadhu - raja dan rakyat jadi setaraf, yang mulia ialah yang taqwa kepada Allah. Lalu bertukarlah kata-kata 'pantang melayu derhaka kepada raja' kepada 'raja adil raja di sembah, raja zalim raja di sanggah'.

Ada satu lagi perkataan Arab yang belum menjadi istilah melayu iaitu 'tasammuh'. Perkataan 'tasammuh' ini tidak dimasukkan dalam perkataan melayu kerana mungkin tidak ada keperluan itu dalam sejarah. Tetapi ianya sudah menjadi suatu keperluan pada hari ini.

Sumber: Dr.Hafidzi - penulis buku Jejak Risalah Nusantara

0 comments:

 
Copyright (c) 2010 Fakir Muhammad. Design by WPThemes Expert
Themes By Buy My Themes And Cheap Conveyancing.