Pages

Showing posts with label karya. Show all posts
Showing posts with label karya. Show all posts

Jun 6, 2015

Aku Mahu Menulis

Bismillah.

Aku mahu menulis.
Aku fikir.
Tulisanku akan menyesakkan jiwa.
Aku takut.

Andai akhlak dan adab itu bukan perkara utama.
Pasti banyak madah hati sudah aku luahkan.

Aku bukan pejuang kebenaran.
Namun.
Tetapi aku mahu melihat islam diletakkan pada tempatnya.

Bukan Islam, tapi islam.
Bukan kata nama, tapi kata kerja.
Bukan pada fizikal, tapi pada ruhnya.

Aku melihat islam mekar subur di bumi si jahil,
Aku melihat islam asing di bumi sendiri.

Aku dilema.

Tapi aku tahu
Aku perlu menulis.
Dengan izin Allah.

Bismillah.

Oct 20, 2008

Mencari Jalan Pulang

Bukan mudah mencari

sesuatu yang tak pasti

tanpa disertakan dengan

semangat yang kental

serta istiqamah dan tawakal.


Memang

bukan mudah untuk mencari

sesuatu yang tak pasti

terutamanya tentang sifat diri

semuanya tersembunyi di dalam hati.


Hati

seketul daging di dalam diri

yang memulakan semua kebaikan

juga tak lupa kezaliman

yang menghancurkan harapan.


Sinar iman memancar ke hati

hanya menunggu masa

membersihkan noda-noda diri

yang selama ini diselubungi

kejahilan, kezaliman dan kepincangan.


Terpulang

yang empunya diri

memimpin ke arah syurga

atau menjunam ke dalam neraka

mengikut wahyu Ilahi

atau menurut kata hati

dibantu bisikan tersembunyi

yang beraja di seketul daging

yang bernama hati.


Tetapi manusia

tak pernah menginsafi diri

hanya dunia yang dikejar

meninggalkan yang kekal di sana

tanpa menghiraukan malang yang akan menimpa diri

mengejar harta duniawi

untuk mendabik dada

konon dialah yang terhebat.


Tanyalah diri sendiri

mampukah memikul tanggungjawab yang diberi

sedang diri terkontang-kanting

mencari keredhaan Ilahi…



Sep 20, 2008

Kehinaan seorang manusia

Aku manusia hina

Penuh dengan rahsia

Satu pun tak ku lepaskan

Demi menjaga air muka


Aku manusia hina

Penuh dengan kesilapan

Walaupun sering kali sedar

Begitu mudah aku lupakan


Oh, mengapa aku sentiasa hina

Adakah memang aku hiha

Atau aku yang menjadikan

Diriku hina


Hina sungguh manusia itu

Leka dalam kesedaran

Lalai dalam keasyikan


Tak adakah ruang untuknya

Untuk kembali menjadi mulia

Hakikat asal manusia dicipta

Dengan kuasa Allah yang Maha mulia


Tapi layakkah manusia itu

Terlalu banyak kehinaannya

Hina dalam kedamaian

Hina dalam kesatuan


Oh, aku memang hina

Biarkan aku yang hina

Jangan digusar hati mu yang mulia

Untuk manusia hina seperti aku


Esok lusa aku akan pergi

Jangan ditangisi pemergianku nanti

Kerana tak layak

Untuk insan ini

Kasih dan simpati

Insan yang berhati murni


Biarkan ia pergi

Biarkan ia menyendiri

Jangan diganggu kata hatinya

Biar ia sepi sendiri


Betulkah begitu

Tak adakah jalan untuknya lagi

Kenapa mudah ia berlari

Mengasingkan diri

Megindahkan mimpi

Melayar sepi


Bukankah ia akan kembali

Kepada penciptanya nanti

Di suatu hari yang pasti

Ditanya apakah amalnya di sini

Bagaimana mungkin

ia melarikan diri

hanya kerana kehinaan dirinya


Bukankah Dia menciptakan ia

dengan satu martabat yang mulia

meninggikannya di antara

yang tertinggi

Bagaimana mungkin ia mengatakan dirinya hina sekali

Hanya kerana amalnya di sini


Wahai manusia

Tidakkah dikau percaya

Akan rahmat Rabbul Izzati

Akan keluasan lautan kasihnya

Seumpama kasih ibu

Kepada anak kecilnya


Usah ditangisi masa yang lalu

Kerana ia amat berharga

Menjadi pedoman yang berguna

Selagi dikau hidup di dunia

Sedarlah diri hai insan yang mulia

Kerna hidupmu amat bermakna


 
Copyright (c) 2010 Fakir Muhammad. Design by WPThemes Expert
Themes By Buy My Themes And Cheap Conveyancing.