Pages

May 27, 2009

Daieyah Zainab al-Ghazali - Permata Dakwah Yang Berkilau Di Era Jatuhnya Islam

Zaynab al-Ghazali bukanlah seperti wanita biasa. Seperti Aisha Abdul Rahman, beliau merupakan rakyat Mesir dan mempertahankan hak-hak wanita Islam berdasarkan apa yang diyakini beliau sebagai fahaman Islam yang betul. Beliau dilahirkan di Al-Bihira pada tahun 1917 di dalam keluarga yang terhormat, keturunan Umar al-Khattab dan al-Hasan bin Ali bin Abi Talib. Ayah beliau juga merupakan lulusan al-Azhar.

Beliau lebih terkedepan sebagai pejuang dan aktivis Islam daripada seorang yang ulama’. Sewaktu mudanya, beliau aktif dalam pergerakan feminis, dan menyertai Kesatuan Wanita Mesir (Egyptian Feminist Union) yang diasaskan oleh Huda as-Syarawi pada tahun 1923. Beliau telah keluar daripada persatuan itu disebabkan tidak bersetuju dengan idea dan landasan perjuangan gerakan pembebasan wanita. Pada umur 18 tahun (1936), beliau mengasaskan Persatuan Wanita Islam untuk menguruskan hal-ehwal dan akitiviti-aktiviti wanita berlandaskan ajaran Islam dan tujuan ke arah Islam.

Ikhwan Muslimin yang diasaskan oleh Hasan al-Banna pada 1928 mempunyai perancangan untuk mengasaskan sayap wanita di dalam pertubuhannya. Hasan al-Banna telah meminta beliau untuk mengetuai bahagian wanita dalam Ikhwan Muslimin. Beliau dan persatuannya menolak tawaran ini tetapi menyatakan persetujuan untuk memberikan kerjasama. Setelah Ikhwan Muslimin dibubarkan pada tahun 1948, Zaynab al-Ghazali telah berbaiah kepada Hasan al-Banna pada tahun 1949 untuk menyokongnya dan bersama memperjuangkan sebuah daulah Islam. Malangnya Hasan al-Banna telah gugur syahid tidak lama setelah itu. Kesedihan hati Zaynab telah tercoret dalam bukunya yang masyhur, Hari-hari Dalam Hidupku. Beliau menyambung perjuangan dan mengotakan baiahnya kepada pemimpin Ikhwan Muslimin yang menggantikan Hasan al-Banna iaitu Hasan al-Hudhaibi. Beliau menyertai dan bersama dengan ahli Ikhwan Muslimin terutama apabila Ikhwan Muslimin diharamkan dan mereka terpaksa bergerak secara rahsia di bawah pemerintahan Jamal Abdul Naser sekitar tahun 1950-1960an. Dalam satu temuramah dirumahnya di Heliopolis, Mesir pada tahun 1981, Zainab al-Ghazali berkata:

“Islam telah menyediakan segala-galanya untuk lelaki dan perempuan. Islam memberikan wanita semuanya-kebebasan,hak ekonomi,hak politik,hak social, hak awam dan juga hak persendirian. Islam telah memberikan hak-hak wanita di dalam keluarga lebih daripada persatuan dan agama lain. Wanita boleh berkata tentang kebebasan wanita dalam masyarakat Kristian,Yahudi dan juga masyarakat pagan, tetapi dalam masyarakat Islam adalah satu kesilapan besar untuk berkata tentang kebebasan wanita. Wanita Muslim perlu mempelajari Islam supaya mereka tahu Islam telah memberikan mereka semua hak-hak mereka.”

Inilah intipati pemikiran Zainab al-Ghazali berkenaan dengan status wanita seperti yang selalu diluahkan dan disampaikan beliau dalam ceramah-ceramah beliau dan juga karya-karya beliau di dalam majalah al-Da’wa, dimana beliau merupakan editor sebuah ruangan untuk pembangunan rumah tangga Muslim yang sebenar. Perkara utama dalam perjuangan beliau adalah pentarbiyahan, iaitu untuk memberi kefahaman Islam di dalam pemikiran wanita, mendidik mereka tentang hak-hak dan tanggungjawab mereka dan mengubah masyarakat untuk membina sebuah daulah Islamiah yang berpandukan al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw.

Zainab al-Ghazali meyakinin bahawa Islam membenarkan wanita untuk bergiat aktif dalam hal social, memegang jawatan, memasuki politik dan juga memberi pendapat. Beliau percaya Islam membenarkan wanita memiliki harta, menguruskan perniagaan dan apa sahaja yang mereka mahu dalam perkhidmatan masyarakat Islam. Beliau berpendapat tugas utama wanita Muslimah ialah menjadi ibu dan isteri. Oleh itu, tiada tanggungjawab lain yang boleh mengatasi tanggungjawab ini. Jika wanita itu mempunyai masa luang untuk menyertai aktiviti kemasyarakatan setelah tugasnya sebagai ibu dan isteri telah dipenuhi, maka dia boleh berbuat demikian kerana Islam tidak melarang perbuatan tersebut.

Zainab al-Ghazali sangat meyakini tanggungjawab agama dan social apabila berkahwin. Pada perkahwinan beliau yang pertama, suami beliau tidak bersetuju untuk membenarkan beliau bergiat aktif dalam perjuangan Islam. Dengan sebab itu, beliau telah meminta cerai daripada suaminya kerana pra-syarat yang diletakkan oleh beliau sebelum berkahwin adalah membenarkan beliau memperjuangkan Islam. Suami beliau yang kedua memahami semangat dan gagasan perjuangan beliau dan melibatkan diri dalam penulisan untuk menyokong beliau dan sama sekali tidak menghalang beliau dari perjuangan. Didalam buku ‘Hari-hari dalam Hidupku’ (Ayyam min Hayati) beliau mengisahkan bagaimana suami beliau walaupun sangat bimbang akan diri beliau tetapi terus menerus menyokong perjuangan suci beliau. Zainab al-Ghazali juga menekankan beliau tidak akan mengabaikan tanggungjawab kepada suami dan keluarga beliau walaupun beliau Amirah sayap wanita Ikhwan Muslimin. Tanggungjawab beliau yang berat itu menyebabkan beliau perlu bekerja pada waktu yang panjang di pejabat beliau dan aktiviti bersama Ikhwan Muslimin. Setelah kematian suaminya yang kedua, beliau masih di dalam penjara. Beliau merasakan tanggungjawabnya terhadap perkahwinan telah selesai dan beliau bebas untuk mengorbankan seluruh masanya untuk perjuangan Islam.

Sebagaimana pejuang-pejuang Islam yang lain, beliau juga kecewa dengan revolusi Mesir 1952 yang didokong mereka pada mulanya dan akhirnya pejuang Islam telah dikhianati oleh Jamal Abdul Naser. Zainab al-Ghazali menyatakan bahawa rejim Jamal Abdul Naser adalah musuh kepada Islam. Setelah beberapa tokoh Ikhwanul Muslimin ditangkap dan dihukum mati dan ramai dipenjara, beliau mendahului pergerakan untuk menolong isteri, janda dan keluarga pejuang yang telah dibunuh dan dipenjarakan. Walaupun dipenjara, beliau meningkatkan usaha tarbiyyah secara rahsia diketuai oleh pimpinan Ikhwan Muslimin. Dalam tahun 1962, beliau dapat berhubung dengan Sayyid Qutb melalui dua orang adik Sayyid Qutb dan menerima tulisan beliau berkenaan perjuangan Islam dan tafsir al-Quran dan hadith serta syariah Islam. Beliau juga menerima sebahagian dari buku yang dikarang oleh Sayyid Qutb dalam penjara yang kemudian diterbitkan dengan judul Ma’alim Fit-Tariq (Petunjuk Sepanjang Jalan).

Tulisan dan petunjuk daripada Sayyid Qutb di dalam penjara dan juga ayat-ayat al-Quran akan dipelajari dalam satu kumpulan terdiri daripada lima hingga sepuluh pemuda yang berjumpa pada waktu malam di rumah Zainab ataupun tempat lain. Perbincangan, pandangan dan pendapat diutarakan di dalam pertemuan tersebut. Dengan persetujuan Sayyid Qutb dan pimpinan Ikhwan Muslimin, keputusan untuk menjalankan program tarbiyyah selama 13 tahun sepertimana zaman Rasulullah saw di era Mekah. Apabila tempoh ini berakhir, maka studi dan kajian akan dibuat adakah sekurangnya 75% daripada rakyat Mesir sudah yakin dengan keperluan adanya daulah Islam dan membangunkannya. Jika ianya terjadi maka gerak kerja menubuhkan daulah Islam akan dilakukan dan jika belum lagi mencapai tahap tersebut, program pentarbiyahan akan dilakukan semula selama 13 tahun lagi sehingga sehingga rakyat bersedia untuk membina daulah Islam, menerima pakai undang-undang syariah Islam dan menegakkan hukum Islam berpandukan al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw.

Apabila kerajaan Mesir berasa curiga dengan perkumpulan rahsia dan matlamat mereka ini, Ikhwan Muslimin diserbu pada tahun 1965. Ikhwah dan akhawat pergerakan Ikhwan Muslimin semuanya ditangkap dan dipenjarakan. Zainab al-Ghazali adalah salah seorang daripada mereka. Jemaah wanita Ikhwan Muslimin dibubarkan. Beliau dibicarakan bersama sahabiah yang lainnya pada tahun 1966 dan dihukum penjara seumur hidup dengan kerja berat. Satu hukuman yang tidak masuk akal bagi seorang wanita. Namun pada tahun 1971 beliau telah dibebaskan apabila kematian Jamal Abdul Nasir dan Anwar Sadat mengambil alih tampuk pemerintahan. Setelah itu, beliau terus sahaja meneruskan perjuangan beliau tanpa mengenal penat lelah dalam mendaulatkan Islam dibumi Mesir.

Beliau merupakan wanita yang terkemuka setelah jatuhnya khilafah Islamiah di Mesir. Beliau tidak mempunyai anak dan segalanya hidupnya diserahkan kepada perjuangan Islam. Beliau juga menjadi sanjungan dan pendorong kepada perjuangan wanita di seluruh dunia. Beliau dihormati oleh kawan dan lawan, malah disegani oleh tokoh-tokoh ulama’ kerana perjuangannya yang luar biasa.

Zainab al-Ghazali kembali ke rahmatullah pada hari Rabu 3 Ogos 2005 di kala umur beliau 88 tahun. Ternyata umur yang panjang yang dianugerahkan Allah pada beliau telah digunakan tanpa sia-sia sedikitpun, semuanya dikorbankan demi menegakkan agama Allah yang mulia. Beliau terus menjadi idola dakwah kepada pejuang-pejuang Islam di seluruh dunia. Beliau juga menjadi bukti kukuh bahawa sebenarnya Islam mampu membina wanita yang berjuang untuk Islam. Sejarah hidup beliau persis hidup srikandi di teratak Rasulullah saw. Jadi tidaklah salah jika kita menggelarnya sebagai Ummul Mujahidah pada masa kini. Moga Allah mencucuri rahmat yang melimpah ruah kepada beliau dan menjadikan beliau di kalangan para siddiqin, amilin dan mujahidin.

Sumber: Dakwah.Info

May 16, 2009

Teristimewa Buat Adikku: Mardhiah, Adibah & Hanisah

Adikku Mardhiah, Adibah & Hanisah yg kusayang,

Sesungguhnya kejadianmu terlalu indah tercipta daripada tulang rusuk Adam yang bengkok untuk dilindungi dan disayangi, bukannya diciptakan daripada kepala untuk disanjung dan dipuja, bukan pula diciptakan daripada kaki untuk dipijak dan dijadikan hamba sahaya. Lantaran daripada keindahan ciptaanmu itu, kau umpama sekuntum bunga yang mana harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu. Adakah semudah itu kau ingin menyerah diri pada sang kumbang?

Renungkanlah pada keindahan bunga mawar yang unggul terjaga berpagarkan duri sebagai bentengnya. Dari kejauhan keharumannya mencuri perhatian. Kilauan warnanya yang memancar indah menjadi tarikan. Namun, lantaran pagaran duri yang berbisa itu, sang kumbang tertunduk kagum terhdap keindahan yang terjaga hingga ia berfikir beberapa kali sebelum mendekatinya.

Adikku Mardhiah, Adibah & Hanisah yg kukasihi,

Akuilah hakikat kejadian dirimu yang menjadi pelemah keimanan lelaki. Seandainya pakaian malu kau tinggalkan daripada tubuhmu dan perbatasan aurat kau pandang sebarangan, jadilah dirimu hanya sekuntum bunga yang indah tapi sayang tidak berduri. Kau tidak layak dimahkotakan sebagai si mawar berduri. Sesungguhnya Utusan Allah ada mengatakan tentang bahaya dirimu,

"Tidak ada fitnah yang lebih besar setelah wafatku selain daripada fitnah yang berpunca daripada wanita." Adakah kau mahu menjadi penyebab terhadap terhumbannya lelaki ke neraka?

Ingatlah duhai adikku sayang,

Ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya kecuali atas urusan yang diizinkan. Sesuatu yang tertutup itu lebih indah dan berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah. Yang tertutup itu indah! Alangkah baiknya jika kau memelihara keindahan dirimu sebagai hadiah yang kudus, suci, mahal dan berharga buat kumbang terpilih yang telah dijanjikan Allah buatmu.

Indahnya hidup ini andai melayarinya dengan bernaungkan keredhaan Allah, bertunjangkan ilmu dan kebenaran, bersulam akhlak penuh menawan. Sesungguhnya, wanita solehah menjadi idaman insan soleh bernama Adam.

"Wanita yang baik itu adalah untuk lelaki yang baik."

Ya Allah, hiasilah adik-adikku Mardhiah, Adibah & Hanisah dengan keindahan akhlak, kesopanan budi pekerti, kehalusan dalam berbicara dan jadikanlah penyeri syurga-Mu. Ameen.

Dari seorang abang kepada adik-adiknya yang disayangi dan dikasihi..

Diadaptasi dari novel Tautan Hati: Fatimah Sharha Mohd. Noordin
Novelis Sayembara Novel Remaja Jubli Emas DBP 2006


P/S: Abang tergelak bila ingat syarat2 ayah untuk bakal suami korang.. haha

May 13, 2009

IMPIAN Part 2

Sambungan IMPIAN Part 1..

Bismillahhirrahmannirrahim.

Sedikit demi sedikit diri ini mula mahu untuk bergerak. Bergerak untuk menyedarkan para sahabat yang lain bahawa hidup ini bukan sekadar untuk mengejar sekalung ijazah sahaja, malah tanggung-jawab yang lebih dari itu.

Hujung minggu mula dihabiskan untuk mengikuti daurah dan tamrin, sedangkan kawan-kawan di bilik sama ada balik kampung atau duduk beristirehat di bilik. Apabila mengenang saat itu kembali, alhamdulillah Allah membuka hati ana untuk menghabiskan masa hujung minggu dengan daurah dan tamrin daripada duduk berehat sahaja. Kalau tidak, tentu ana tidak menyedari kebesaran nikmat hidayah ini.

Namun, ana juga manusia, Ana tidak terlepas dari melakukan kesalahan, dan sesungguhnya ana lemah apabila diuji. Meskipun sudah bergerak, ana masih leka dan lalai dari segi pengaturan masa. Masa tidak digunakan dengan sebaiknya, malah dihabiskan untuk benda-benda berfaedah.

Meskipun ana menyedarinya dan cuba utk mengubahnya, kelemahan ini kian ketara dari hari ke hari.

Ya, ana pernah futur. Ana akuinya, dan sesungguhnya perasaan apabila futur itu ibarat segala yang ada di dunia ini seperti tidak ada makna lagi. Bak kata pepatah, makan tak kenyang, mandi tak basah dan tidur tak lena. Ana rasa sungguh gelisah, takut, sedih; takut jika memikirkan bila diri ini mati dalam keadaan yang futur.

Alhamdulillah, suatu nikmat berterusan yang diberi oleh Allah kepada ana menjadikan ana bangkit dari kefuturan kepada rasa izzah sebagai seorang Muslim, dan nikmat itu ialah sentiasa komited dengan kehadiran dalam usrah.

Ana tak tau kenapa, tetapi ana sanggup untuk menghabiskan 1-2 jam dengan usrah (yang ana ikut) walaupun esok ana ada test atau quiz. Muka2 akhi Saif, akhi Faiz, akhi Haq, akhi Naufal, akhi Amershukri, akhi Ammar(walaupun sempat sekejap je ngan dia), akhi Azlan, akhi Firdaus, akhi Iqram, akhi Izzat, akhi Wan Anas, akhi Syafiq menjadikan ana bersemangat kembali, ibarat charger bateri yang hampir kehabisan tenaga. Lebih mudah difahami utk dikatakan ana takkan mampu bergerak tanpa kehadiran dan sokongan mereka. Terima kasih ya ikhwah.

Ikhwah, apabila mengenang saat kita mula berusrah bersama, ana sentiasa merasakan manisnya usrah ini. Saat kita sama ber”rehlah” ke Bukit Cerakah sentiasa ana kenang dan abadikan dalam hidup ana. Walaupun objektif rehlah tu tak la tercapai sangat(byk habiskan byk masa dengan memasak & makan), tapi satu perkara yang pasti, ukhuwah kita menjadi sangat rapat, ibarat satu simpulan tali yang teguh.

Saat kita bersama di program Keindahan Bersama-Mu tidak dapat ana lupakan, janji dan lafaz yang kita ikrarkan sentiasa terpahat dalam diri ana. Saat kita menghantar akhi Ammar fly ke Korea, akhi Faiz dan akhi Amer ke US, akhi Saifullah ke Korea, akhi Wan Anas dan akhi Azlan ke Australia, dan akhi Haq ke New Zealand sememangnya tak dapat ana lupakan. Saat2 kita saling berpelukan sebelum antum turun ke balai perlepasan, kesedihannya sangat ana rasakan.

Sesungguhnya doa ana sentiasa bersama kalian ikhwah, agar antum akan terus bergerak, menanam benih-benih ’islam’ di hati mereka yang sekeliling antum. Ana sentiasa berdoa agar antum tidak futur, tercicir atau keluar dari jalan dakwah ini. Ana tak nak lagi ada lagi ikhwah kita yang tercicir, cukuplah sekali kerana perasaan kesedihan itu tak dapat ana gambarkan.

Ya Allah, Engkau mengetahui bahwa hati-hati kami ini telah berkumpul di tempat ini karena mengasihi-MU; bertemu untuk memenuhi perintah-Mu; bersatu untuk memikul beban da'wah-Mu. Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu. Maka eratkanlah ya Allah atas ikatannya, maka eratkanlah ya Allah atas ikatannya, maka eratkanlah ya Allah atas ikatannya, dan kekalkanlah kemesraan di antara hati-hati ini. Tunjukkan kepada hati-hati ini akan jalan-Mu yang haq. Penuhkan hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung padam. Lapangkan hati ini dengan limpahan iman dan keindahan tawakkal kepada-Mu. Hidupkan hati ini dengan ma'rifat tentang-Mu. Dan jika Engkau mentakdirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-MU. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.

Uhibbukafillah ya ikhwah.

May 6, 2009

Analogi Busur dan Anak Panah

Bismillahhirrahmannirrahim.

Macam biasa, suatu ketika dulu, ada seorang anak muda yang mempunyai skill memanah yang sangat hebat. Senang kata dia paling hebat seluruh negara lah dengan ketepatan memanah 99% walaupun dari jauh. Huhu.. Hebat bangat!

Kehebatannya sangat terserlah dan ramai orang yang inginkan dia berkongsi cerita kejayaannya, tekniknya yang hebat dan bagaimana orang ramai boleh mengikut jejaknya.

Bertahun-tahun, kesemua undangan ditolaknya dengan baik. Apabila ditanya kenapa dia enggan memberikan ucapan, dengan ringkas dia menjawab "Saya tak tau nak cakap apa."

Suatu hari, alumni sekolahnya melancarkan kelab memanah yang baru dan dia dijemput untuk memberikan ucapan. Disebabkan rasa terhutang budi dengan sekolah dia, tak dapat la untuk dia menolak undangan tersebut.

Hari untuk memberi ucapan tiba, dengan kehadiran tetamu yang tak terbilang ramainya, datang dari seluruh negara semata-mata untuk mendengarnya berucap.

Tiba masanya untuk memberi ucapan, si pemuda tersebut berdiri, berjalan ke mic dan tersenyum.

"Siapa di sini yang ingin menjadi pemanah?"

Hampir kesemua tetamu mengangkat tangan mereka.

"Bagus! Bagus! Baiklah, dengar nasihat saya ini baik-baik, kerana saya hanya mengatakannya sekali sahaja."

Hampir serentak, kesemua yang berada di dalam dewan tersebut bangun dari tempat duduk mereka (the eagerness to know the secret)

"Nasihat saya kepada anda semua ialah kamu semua pergi ke padang sekarang, ambil busur dan anak panah dan mula memanah."

Lepas tu dia balik ke tempat duduk dia.

La.. tu je ke.. (suara hati hampir semua orang dalam dewan. kut la. Haha)

Seisi dewan senyap-sesenyapnya hatta kalau ada jarum jatuh pun boleh dengar.

Subhanallah. Pemuda tersebut menggunakan ayat yang ringkas tetapi penuh makna. Tapi dia memang betul pun kan? Mulakan langkah anda memanah sekarang.

Don't just say it. Do it!

P/S: Practice makes perfect. Gud luck!!!


 
Copyright (c) 2010 Fakir Muhammad. Design by WPThemes Expert
Themes By Buy My Themes And Cheap Conveyancing.