Pages

May 16, 2009

Teristimewa Buat Adikku: Mardhiah, Adibah & Hanisah

Adikku Mardhiah, Adibah & Hanisah yg kusayang,

Sesungguhnya kejadianmu terlalu indah tercipta daripada tulang rusuk Adam yang bengkok untuk dilindungi dan disayangi, bukannya diciptakan daripada kepala untuk disanjung dan dipuja, bukan pula diciptakan daripada kaki untuk dipijak dan dijadikan hamba sahaya. Lantaran daripada keindahan ciptaanmu itu, kau umpama sekuntum bunga yang mana harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu. Adakah semudah itu kau ingin menyerah diri pada sang kumbang?

Renungkanlah pada keindahan bunga mawar yang unggul terjaga berpagarkan duri sebagai bentengnya. Dari kejauhan keharumannya mencuri perhatian. Kilauan warnanya yang memancar indah menjadi tarikan. Namun, lantaran pagaran duri yang berbisa itu, sang kumbang tertunduk kagum terhdap keindahan yang terjaga hingga ia berfikir beberapa kali sebelum mendekatinya.

Adikku Mardhiah, Adibah & Hanisah yg kukasihi,

Akuilah hakikat kejadian dirimu yang menjadi pelemah keimanan lelaki. Seandainya pakaian malu kau tinggalkan daripada tubuhmu dan perbatasan aurat kau pandang sebarangan, jadilah dirimu hanya sekuntum bunga yang indah tapi sayang tidak berduri. Kau tidak layak dimahkotakan sebagai si mawar berduri. Sesungguhnya Utusan Allah ada mengatakan tentang bahaya dirimu,

"Tidak ada fitnah yang lebih besar setelah wafatku selain daripada fitnah yang berpunca daripada wanita." Adakah kau mahu menjadi penyebab terhadap terhumbannya lelaki ke neraka?

Ingatlah duhai adikku sayang,

Ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya kecuali atas urusan yang diizinkan. Sesuatu yang tertutup itu lebih indah dan berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah. Yang tertutup itu indah! Alangkah baiknya jika kau memelihara keindahan dirimu sebagai hadiah yang kudus, suci, mahal dan berharga buat kumbang terpilih yang telah dijanjikan Allah buatmu.

Indahnya hidup ini andai melayarinya dengan bernaungkan keredhaan Allah, bertunjangkan ilmu dan kebenaran, bersulam akhlak penuh menawan. Sesungguhnya, wanita solehah menjadi idaman insan soleh bernama Adam.

"Wanita yang baik itu adalah untuk lelaki yang baik."

Ya Allah, hiasilah adik-adikku Mardhiah, Adibah & Hanisah dengan keindahan akhlak, kesopanan budi pekerti, kehalusan dalam berbicara dan jadikanlah penyeri syurga-Mu. Ameen.

Dari seorang abang kepada adik-adiknya yang disayangi dan dikasihi..

Diadaptasi dari novel Tautan Hati: Fatimah Sharha Mohd. Noordin
Novelis Sayembara Novel Remaja Jubli Emas DBP 2006


P/S: Abang tergelak bila ingat syarat2 ayah untuk bakal suami korang.. haha

3 comments:

Anonymous said...

salam..
ckup tenang ana bace hsil nukilan anta nie..
hehehe..emm kdg2 ana alpa juge kn..
kalo dlu kat skolah ad la org nk duk prigt..
skang nie..emm kena pndi cr org utk tarbiyah diri..:)
doakn kami2 nie slalu djage olehNya ye..

Fakir Muhammad said...

waalaikumussalam.
em, sama saja kita semua..

insyaAlah, doakan ana juga.. nway, buku Tautan Hati tuh memang bagus.. =)

Anonymous said...

ana nk tau syarat yg ayah anta kenakn utk calon suami adik2 anta

 
Copyright (c) 2010 Fakir Muhammad. Design by WPThemes Expert
Themes By Buy My Themes And Cheap Conveyancing.