Sambungan IMPIAN Part 1..
Bismillahhirrahmannirrahim.
Sedikit demi sedikit diri ini mula mahu untuk bergerak. Bergerak untuk menyedarkan para sahabat yang lain bahawa hidup ini bukan sekadar untuk mengejar sekalung ijazah sahaja, malah tanggung-jawab yang lebih dari itu.
Hujung minggu mula dihabiskan untuk mengikuti daurah dan tamrin, sedangkan kawan-kawan di bilik sama ada balik kampung atau duduk beristirehat di bilik. Apabila mengenang saat itu kembali, alhamdulillah Allah membuka hati ana untuk menghabiskan masa hujung minggu dengan daurah dan tamrin daripada duduk berehat sahaja. Kalau tidak, tentu ana tidak menyedari kebesaran nikmat hidayah ini.
Namun, ana juga manusia, Ana tidak terlepas dari melakukan kesalahan, dan sesungguhnya ana lemah apabila diuji. Meskipun sudah bergerak, ana masih leka dan lalai dari segi pengaturan masa. Masa tidak digunakan dengan sebaiknya, malah dihabiskan untuk benda-benda berfaedah.
Meskipun ana menyedarinya dan cuba utk mengubahnya, kelemahan ini kian ketara dari hari ke hari.
Ya, ana pernah futur. Ana akuinya, dan sesungguhnya perasaan apabila futur itu ibarat segala yang ada di dunia ini seperti tidak ada makna lagi. Bak kata pepatah, makan tak kenyang, mandi tak basah dan tidur tak lena. Ana rasa sungguh gelisah, takut, sedih; takut jika memikirkan bila diri ini mati dalam keadaan yang futur.
Alhamdulillah, suatu nikmat berterusan yang diberi oleh Allah kepada ana menjadikan ana bangkit dari kefuturan kepada rasa izzah sebagai seorang Muslim, dan nikmat itu ialah sentiasa komited dengan kehadiran dalam usrah.
Ana tak tau kenapa, tetapi ana sanggup untuk menghabiskan 1-2 jam dengan usrah (yang ana ikut) walaupun esok ana ada test atau quiz. Muka2 akhi Saif, akhi Faiz, akhi Haq, akhi Naufal, akhi Amershukri, akhi Ammar(walaupun sempat sekejap je ngan dia), akhi Azlan, akhi Firdaus, akhi Iqram, akhi Izzat, akhi Wan Anas, akhi Syafiq menjadikan ana bersemangat kembali, ibarat charger bateri yang hampir kehabisan tenaga. Lebih mudah difahami utk dikatakan ana takkan mampu bergerak tanpa kehadiran dan sokongan mereka. Terima kasih ya ikhwah.
Ikhwah, apabila mengenang saat kita mula berusrah bersama, ana sentiasa merasakan manisnya usrah ini. Saat kita sama ber”rehlah” ke Bukit Cerakah sentiasa ana kenang dan abadikan dalam hidup ana. Walaupun objektif rehlah tu tak la tercapai sangat(byk habiskan byk masa dengan memasak & makan), tapi satu perkara yang pasti, ukhuwah kita menjadi sangat rapat, ibarat satu simpulan tali yang teguh.
Saat kita bersama di program Keindahan Bersama-Mu tidak dapat ana lupakan, janji dan lafaz yang kita ikrarkan sentiasa terpahat dalam diri ana. Saat kita menghantar akhi Ammar fly ke Korea, akhi Faiz dan akhi Amer ke US, akhi Saifullah ke Korea, akhi Wan Anas dan akhi Azlan ke Australia, dan akhi Haq ke New Zealand sememangnya tak dapat ana lupakan. Saat2 kita saling berpelukan sebelum antum turun ke balai perlepasan, kesedihannya sangat ana rasakan.
Sesungguhnya doa ana sentiasa bersama kalian ikhwah, agar antum akan terus bergerak, menanam benih-benih ’islam’ di hati mereka yang sekeliling antum. Ana sentiasa berdoa agar antum tidak futur, tercicir atau keluar dari jalan dakwah ini. Ana tak nak lagi ada lagi ikhwah kita yang tercicir, cukuplah sekali kerana perasaan kesedihan itu tak dapat ana gambarkan.
Ya Allah, Engkau mengetahui bahwa hati-hati kami ini telah berkumpul di tempat ini karena mengasihi-MU; bertemu untuk memenuhi perintah-Mu; bersatu untuk memikul beban da'wah-Mu. Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu. Maka eratkanlah ya Allah atas ikatannya, maka eratkanlah ya Allah atas ikatannya, maka eratkanlah ya Allah atas ikatannya, dan kekalkanlah kemesraan di antara hati-hati ini. Tunjukkan kepada hati-hati ini akan jalan-Mu yang haq. Penuhkan hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung padam. Lapangkan hati ini dengan limpahan iman dan keindahan tawakkal kepada-Mu. Hidupkan hati ini dengan ma'rifat tentang-Mu. Dan jika Engkau mentakdirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-MU. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.
Uhibbukafillah ya ikhwah.
2 comments:
sgt terkesan dgn post kali ini..
best2!
semoga impian anta akan tercapai, insyaAllah
Post a Comment