Pages

Dec 8, 2009

Bingkisan Kisah Untuk Sahabat

Assalamualaikum.

Post kali ini ana dedikasikan utk seorang sahabat ana yang sudah lama menyepi. Bukan niat utk memberi nasihat kerana ana sedar siapalah ana utk memberi nasihat kepadanya; cuma ana teringat bahawa Mukmin itu kasih dan kisah akan saudaranya, maka ana rasa bertanggung-jawab utk melakukan sesuatu utk membantu.

Ya akhi,

Jika kemurungan anta adalah kerana suasana jahiliyah lebih kuat,
Tidakkah anta ingat Mus'ab bin Umair juga dihantar ke Madinah ketika pengaruh jahiliyah masih kuat di sana,
Kerana ana yakin keingina terhadap Islam di sana masih tidak hilang,
cuma memerlukan anta mengoptimumkan peluang dan cara.

Jika kemurungan anta adalah kerana suasana dakwah yg menekan,
sehingga membantut segala kreativiti minda dan kelembutan hati anta,
maka ingatlah, Usman bin Affan juga pernah ditekan ketika hujung pemerintahanny,
bersangka baiklah, kerana itu antara sifat penting seorang pendakwah.

Jika kemurungan anta adalah kerana seorang wanita,
sesungguhnya lelaki yg baik utk perempuan yg baik; dan perempuan yg baik utk lelaki yg baik,
dan Allah tahu siapa yg terbaik utk kita.

Jika kemurungan anta adalah kerana anta merasakan beberapa tahun hidup anta adalah sia-sia,
maka ingatlah, setiap perkara yg berlaku adalah ujian, dan ada hikmah di sebaliknya,
kerana Allah tidak menjadikan setiap sesuatu itu sia-sia,
hatta nyamuk dan lalat ada peranannya,
semuanya adalah utk memudahkan anta menjalankan tanggung-jawab anta sebagai khalifah,
kerana mungkin sahaja Allah nak mengajar anta sesuatu, dgn ujian tersebut,
yg Allah tak ajarkan pada kami semua.

Kita kata kita belajar kerana Allah,
maka Allah akan uji kita dgn ujian gagal dalam ujian, mungkin,
kalau kata belajar kerana Allah, utk timba ilmu,
mana yg kita nak capai: kejayaan dalam ujian atau keberkatan dalam ilmu?

Tetapi ya akhi,
jika kemurungan anta adalah kerana gagalnya ana dalam memenuhi janji anta,
utk membantu anta di sana,
maka maafkanlah ana ya akhi,
sesungguhnya ana mempertimbangkan keadaan mengikut marhalah,
bukankah bagus kalau anta di sana dan ana di sini,
supaya perkembangan dakwah itu lebih luas dan tidak tertumpu sahaja,
kerana ana tersangat lah yakin bahawa anta mampu melakukannya.

Ya akhi,
sesungguhnya, kemurungan anta adalah kemurungan kami,
malah kami lebih murung daripada anta,
"di manakah saudara kami?"
tangisan anta adalah tangisan kami,
malah kami lebih banyak menangis daripada anta,
"kenapa kami gagal membantu?"

Maka ya akhi,
janganlah tanggung beban itu seorang diri,
kami bersedia menumpangkan bahu utk anta,
seperti mana apa yg kita buat di Kenangan Bersama Mu dahulu,
sepertimana yg pernah kita janjikan dahulu,
janganlah bersendirian lagi ya akhi,
kerana kami sangat merindui sahabat kami yg dahulu,
bersama-sama menegakkan Islam di muka bumi ini.

Maafkanlah ana atas kesilapan ana,
sesungguhnya ana tidak menjangkakan akan terjadi begini,
kerana ana tak mampu melihat masa depan,
dan kerana ana yakin anta mampu melakukannya bersendirian di sana.

Afwan ya akhi, afwan ya akhi, afwan ya akhi,
Kembalilah,

Sesungguhya, kami sedia menanti.

Aug 10, 2009

Hebatnya Si Cacat

Bismillahhirrahmannirrahim..

Takbir diangkat melebihi paras kepala.. Bacaan dalam solatnya begitu kuat sehingga terganggu kekusyukan jemaah di surau itu. Ana yg sedang berzikir selepas solat sunat qabla asar terfikir berbagai cara2 yg berhikmah utk menegurnya.

Takbir yg keterlaluan sememangnya dilakukan segelintir rakyat Malaysia. Sebut sahaja gaya, macam2 gaya ada. Gaya menyauk, gaya Ultraman dan macam2 gaya lagi. Dikhuatiri gerakan tangan yg berlebihan itu akan membatalkan solat. Ana tak mempunyai ilmu tentang itu, tapi pernah juga mendengar ceramah dari pelbagai ustaz yg menceritakan soal yg sama.

Selesai beliau habis solat, baru ana perasan bahawa tangannya cacat, tidak boleh bergerak seperti manusia normal. Patutlah, guman ana dalam hati.

Tiba2 ibrah kejadian ini menyentak hati ini. Sedangkan si cacat pun sentiasa menjaga waktu solatnya dan berjemaah di surau, inikan pula kita yg normal. Sepatutnya kita wajib lebih hebat lagi.

Kita dikurniakan sepasang tangan utk menyentuh, sepasang kaki utk berjalan, sepasang mata utk melihat, sepasang telinga utk mendengar, akal dan hati utk menilai. Sejauh manakah yg telah kita gunakan deria2 kita utk merasa penciptaan maha hebat Allah? Sejauh manakah kita melihat kebesaran penciptaan Allah? Berfikir dan mengambil ibrah dari penciptaan-Nya? Bukankah anggota2 ini akan ditanya oleh Allah di hari pembalasan kelak sedangkan lidah kita dikunci rapat? Mampukah amalan kita memberi jawapan yg sepatutnya?

Ya Allah, si fulan ini telah melihat yg tidak sepatutnya.

Ya Allah, si fulan ini telah melangkah kaki ke tempat2 maksiat.

Ya Allah, si fulan ini telah mendengar orang2 mengumpat.

Ya Allah, si fulan ini tidak bersyukur dengan nikmat2 mu.

Astaghfirullah.. La illah illa anta. Subhanaka inni kuntum min zolimin.
Tidakkah kita sedar? Tidakkah kita mahu berfikir?

Subhanallah. Maha Suci Allah yg telah menyedarkan hati ini dan menghidupkannya.

Jul 24, 2009

Sekadar Pemberitahuan

Bismillahirrahmannirrahim.

Assalamualaikum kepada semua pembaca. Maafkan diri ini kerana menyepi untuk sekian masa. Ana rasa sangat bersalah terutamanya mereka yg follow blog ini. Ana bukan seseorang yg sering berkongsi kisah keluarga, tetapi disebabkan ia menjadi asbab kepada kelambatan gerak kerja ana, maka terpaksa ana ceritakan untuk menguraikan khilaf2 di hati semua.

Ana diuji dengan ujian yg belum pernah ana hadapi sebelum ini.

"Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang2 yg sabar."

Parents ana dua-duanya dimasukkan ke hospital, bermula dengan ibu ana (23/6) dan kemudian ayah ana (26/6). Tanggungjawab ketua keluarga berpindah kepada adik ana yg kedua (baru habis spm) kerana ana masih di INTEC untuk Summer sem.

Agak kelam-kabut bagi ana kerana ana mengambil killer subjek (bagi ana) iaitu Calculus II, dan ana akan ada test akhir. Maka, habis sahaja exam terus ana balik ke rumah.

Maka, usrah dan daurah termasuklah blog ini terpaksa ana stop sebentar memandangkan adik ana tak mampu menanggung beban tersebut, menjaga ibu-bapanya, menjaga adik-adiknya terutama Nasri sedangkan fitrah wanita bukan perlu memikul beban tersebut. Malah ana bersyukur kerana ada adik seperti Mardhiah kerana sanggup menangguhkan pelajarannya selama satu semester untuk menjaga ibu-bapanya.

Dan dari situ, baru ana tahu betapa susahnya beban sebagai ketua keluarga ini, menjaga ibu-bapa, mententeramkan perasaan adik2, menguruskan hal-ehwal keluarga dan segalanya. Alhamdulillah, adik ana yg bongsu seperti memahami keadaan keluarga. Tidak banyak menangis, malah apabila ditanya mana ibu atau ayah, dia akan menjawab "Sakit."

Alhamdulillah, parents ana dah keluar hospital pada hari yg sama (3/7) tetapi masih kami adik-beradik yg menghantar diorang utk ke hospital dan ke sekolah.

InsyaAllah, gerak kerja ana termasuklah blog ini kembali kepada normal cuma mungkin waqi' yg berbeza. Wassalam.

P/S: InsyaAllah ana akan berlepas ke Rutgers University, New Brunswick, State University of New Jersey waktu 11.30 malam pada 23hb Ogos 2009 di KLIA. Kenduri selamat akan diadakan di rumah opah ana di Bota, Perak pada 8hb Ogos dan jemput sesiapa yg berdekatan untuk hadir.

Jun 4, 2009

Kejayaan Seorang Dai'

Bismillahhirrahmannirrahim..

Memetik kata2 Ustaz Hasrizal dalam bukunya Aku Terima Nikahnya: Bercinta Sampai ke Syurga mengenai erti kejayaan diri,

"Setiap kita mengukur kejayaan pada sejauh mana kejayaan peribadi dapat dipindahkan kepada insan tersayang."

Bagaimana pula dengan seorang dai'? Apakah kayu ukur bahawa seorang dai' itu berjaya?

Kes 1:
A belum mengikuti usrah. Apabila kawannya B mengajak dia ikut usrah dengan menyatakan usrah itu adalah benda yg ter'best' kat dunia nih, so A pun ikut usrah. Apabila mengikuti usrah, A mendapati pengetahuannya mengenai ISLAM bertambah, dari seorang yang jahil kepada yang tahu. (Note: A mengikuti usrah yg 'hidup'.)

Kes 2:
Apabila A menjadi orang yg membawa usrah, A sedaya upaya mentarbiyah anak2 usrahnya. Diajaknya mereka ber'rehlah, berdaurah, ber'tamrin dan bermacam-macam 'ber' lagi. Lalu, menjadilah anak2 usrahnya seorang Muslim yg tahu.

Kes 3:
Apabila anak2 usrah A mula membawa usrah, A mula memantau perkembangan usrah anak2 usrahnya. Segala masalah di'syura'kan bersama, dan segala aktiviti dijelaskan objektif dan kesinambungannya.

Dalam kes pertama, A mengukur kejayaannya apabila mendapati dia lebih baik dari semalam dan dia berubah dari seorang yg jahil kepada yg tahu. Dan kejayaannya itu adalah kayu ukur biasa yg orang umum pegang iaitu apabila hari ini lebih baik dari semalam.

Dalam kes kedua, A mengukur kejayaannya apabila berjaya menghasilkan remaja/rijal yg soleh dari kalangan anak2 usrahnya. Dan bagi naqib A, kejayaannya diukur apabila dia berjaya menjadikan A seorang rijal yg musleh dan mahu bergerak menghasilkan rijal2 seupamanya.

Dalam kes ketiga, A mengukur kejayaannya apabila anak2 usrahnya menjadi rijal2 yg musleh dan mahu bergerak utk mendukung dakwah Islamiyah ini.

Kalau kita perhatikan, ketiga-tiga kes mempunyai satu titik persamaan iaitu orang yg mengajak (dai') menjadi qudwah hasanah (contoh tauladan yg baik) kepada orang yg diajak (mad'u).

Jika tiada qudwatul hasanah dalam diri B (dalam kes pertama), tak akan A akan ikut usrah. Kalau B berakhlak buruk, mesti A akan berkata,

"Perangai pun lebih kurang sama dengan aku je, teruk, ada hati nak ajak aku ikut usrah."

Betul tak?

Jika tiada qudwatul hasanah dalam diri A (dalam kes kedua), tak akan anak2 usrah A akan berasa 'siqah' (betul ke eja nih??) atau percaya dengan A, sampai boleh diajak kemana-mana berhari-hari. Kalau tidak, mesti anak2 usrah A cakap,

"Naqib kita nih betul ke tak, ajak orang je arah pembaikan, tapi dia sendiri keluar dating dengan awek dia."

Mungkin terlalu kontradik, tapi korang tau la kan apa yg ana maksudkan. Nampak tak bagaimana persepsi orang kepada seorang dai'?

Dalam kes ketiga, A dan anak2 usrahnya mestilah mempunyai qudwatul hasanah kepada anak2 usrah mereka, kalau tidak, tak akan menjadilah usrah tersebut apabila kepercayaan hilang dan usrah dipenuhi dengan syak-wasangka.

Firman-Nya:
"Wahai orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Itu sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan.
(as-Saff: 2-3)

Dan kejayaan seorang dai' itu sebenarnya apabila dai' tersebut berjaya membawa pembaikan kepada orang lain (mad'u) , menyentuh hati mereka, sehingga mereka terasa dan YAKIN indahnya Islam, dan mahu bergabung dan bergerak utk perjuangan ini.

Dan kayu ukur tersebut tidak harus sampai di situ sahaja, kerana tujuan sebenar tarbiyah ialah untuk menghasilkan rijal2 yg soleh dan musleh. Dan usrah, qudwah hasanah, tamrin, daurah dan lain2 lagi adalah salah satu wasilah utk tujuan itu.

Bayangkan, dari satu usrah menjadi 2 rijal (soleh & musleh), dan 2 rijal tersebut membawa usrah, lalu menjadi 1+2+2=5 rijal soleh wa musleh. Dan ia akan bertambah-tambah sehingga mencecah .... (sila gunakan series yg anda belajar dalam matematik) sehinggalah akhirnya Islam berjaya tertegak di muka bumi ini dan menjadi qudwah hasanah kepada penduduk dunia iaitu Ustaziatul Alam. Sila rujuk ISK utk penjelasan lanjut. (Tak faham boleh tanya ana.)

Wallahu'alam.

May 27, 2009

Daieyah Zainab al-Ghazali - Permata Dakwah Yang Berkilau Di Era Jatuhnya Islam

Zaynab al-Ghazali bukanlah seperti wanita biasa. Seperti Aisha Abdul Rahman, beliau merupakan rakyat Mesir dan mempertahankan hak-hak wanita Islam berdasarkan apa yang diyakini beliau sebagai fahaman Islam yang betul. Beliau dilahirkan di Al-Bihira pada tahun 1917 di dalam keluarga yang terhormat, keturunan Umar al-Khattab dan al-Hasan bin Ali bin Abi Talib. Ayah beliau juga merupakan lulusan al-Azhar.

Beliau lebih terkedepan sebagai pejuang dan aktivis Islam daripada seorang yang ulama’. Sewaktu mudanya, beliau aktif dalam pergerakan feminis, dan menyertai Kesatuan Wanita Mesir (Egyptian Feminist Union) yang diasaskan oleh Huda as-Syarawi pada tahun 1923. Beliau telah keluar daripada persatuan itu disebabkan tidak bersetuju dengan idea dan landasan perjuangan gerakan pembebasan wanita. Pada umur 18 tahun (1936), beliau mengasaskan Persatuan Wanita Islam untuk menguruskan hal-ehwal dan akitiviti-aktiviti wanita berlandaskan ajaran Islam dan tujuan ke arah Islam.

Ikhwan Muslimin yang diasaskan oleh Hasan al-Banna pada 1928 mempunyai perancangan untuk mengasaskan sayap wanita di dalam pertubuhannya. Hasan al-Banna telah meminta beliau untuk mengetuai bahagian wanita dalam Ikhwan Muslimin. Beliau dan persatuannya menolak tawaran ini tetapi menyatakan persetujuan untuk memberikan kerjasama. Setelah Ikhwan Muslimin dibubarkan pada tahun 1948, Zaynab al-Ghazali telah berbaiah kepada Hasan al-Banna pada tahun 1949 untuk menyokongnya dan bersama memperjuangkan sebuah daulah Islam. Malangnya Hasan al-Banna telah gugur syahid tidak lama setelah itu. Kesedihan hati Zaynab telah tercoret dalam bukunya yang masyhur, Hari-hari Dalam Hidupku. Beliau menyambung perjuangan dan mengotakan baiahnya kepada pemimpin Ikhwan Muslimin yang menggantikan Hasan al-Banna iaitu Hasan al-Hudhaibi. Beliau menyertai dan bersama dengan ahli Ikhwan Muslimin terutama apabila Ikhwan Muslimin diharamkan dan mereka terpaksa bergerak secara rahsia di bawah pemerintahan Jamal Abdul Naser sekitar tahun 1950-1960an. Dalam satu temuramah dirumahnya di Heliopolis, Mesir pada tahun 1981, Zainab al-Ghazali berkata:

“Islam telah menyediakan segala-galanya untuk lelaki dan perempuan. Islam memberikan wanita semuanya-kebebasan,hak ekonomi,hak politik,hak social, hak awam dan juga hak persendirian. Islam telah memberikan hak-hak wanita di dalam keluarga lebih daripada persatuan dan agama lain. Wanita boleh berkata tentang kebebasan wanita dalam masyarakat Kristian,Yahudi dan juga masyarakat pagan, tetapi dalam masyarakat Islam adalah satu kesilapan besar untuk berkata tentang kebebasan wanita. Wanita Muslim perlu mempelajari Islam supaya mereka tahu Islam telah memberikan mereka semua hak-hak mereka.”

Inilah intipati pemikiran Zainab al-Ghazali berkenaan dengan status wanita seperti yang selalu diluahkan dan disampaikan beliau dalam ceramah-ceramah beliau dan juga karya-karya beliau di dalam majalah al-Da’wa, dimana beliau merupakan editor sebuah ruangan untuk pembangunan rumah tangga Muslim yang sebenar. Perkara utama dalam perjuangan beliau adalah pentarbiyahan, iaitu untuk memberi kefahaman Islam di dalam pemikiran wanita, mendidik mereka tentang hak-hak dan tanggungjawab mereka dan mengubah masyarakat untuk membina sebuah daulah Islamiah yang berpandukan al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw.

Zainab al-Ghazali meyakinin bahawa Islam membenarkan wanita untuk bergiat aktif dalam hal social, memegang jawatan, memasuki politik dan juga memberi pendapat. Beliau percaya Islam membenarkan wanita memiliki harta, menguruskan perniagaan dan apa sahaja yang mereka mahu dalam perkhidmatan masyarakat Islam. Beliau berpendapat tugas utama wanita Muslimah ialah menjadi ibu dan isteri. Oleh itu, tiada tanggungjawab lain yang boleh mengatasi tanggungjawab ini. Jika wanita itu mempunyai masa luang untuk menyertai aktiviti kemasyarakatan setelah tugasnya sebagai ibu dan isteri telah dipenuhi, maka dia boleh berbuat demikian kerana Islam tidak melarang perbuatan tersebut.

Zainab al-Ghazali sangat meyakini tanggungjawab agama dan social apabila berkahwin. Pada perkahwinan beliau yang pertama, suami beliau tidak bersetuju untuk membenarkan beliau bergiat aktif dalam perjuangan Islam. Dengan sebab itu, beliau telah meminta cerai daripada suaminya kerana pra-syarat yang diletakkan oleh beliau sebelum berkahwin adalah membenarkan beliau memperjuangkan Islam. Suami beliau yang kedua memahami semangat dan gagasan perjuangan beliau dan melibatkan diri dalam penulisan untuk menyokong beliau dan sama sekali tidak menghalang beliau dari perjuangan. Didalam buku ‘Hari-hari dalam Hidupku’ (Ayyam min Hayati) beliau mengisahkan bagaimana suami beliau walaupun sangat bimbang akan diri beliau tetapi terus menerus menyokong perjuangan suci beliau. Zainab al-Ghazali juga menekankan beliau tidak akan mengabaikan tanggungjawab kepada suami dan keluarga beliau walaupun beliau Amirah sayap wanita Ikhwan Muslimin. Tanggungjawab beliau yang berat itu menyebabkan beliau perlu bekerja pada waktu yang panjang di pejabat beliau dan aktiviti bersama Ikhwan Muslimin. Setelah kematian suaminya yang kedua, beliau masih di dalam penjara. Beliau merasakan tanggungjawabnya terhadap perkahwinan telah selesai dan beliau bebas untuk mengorbankan seluruh masanya untuk perjuangan Islam.

Sebagaimana pejuang-pejuang Islam yang lain, beliau juga kecewa dengan revolusi Mesir 1952 yang didokong mereka pada mulanya dan akhirnya pejuang Islam telah dikhianati oleh Jamal Abdul Naser. Zainab al-Ghazali menyatakan bahawa rejim Jamal Abdul Naser adalah musuh kepada Islam. Setelah beberapa tokoh Ikhwanul Muslimin ditangkap dan dihukum mati dan ramai dipenjara, beliau mendahului pergerakan untuk menolong isteri, janda dan keluarga pejuang yang telah dibunuh dan dipenjarakan. Walaupun dipenjara, beliau meningkatkan usaha tarbiyyah secara rahsia diketuai oleh pimpinan Ikhwan Muslimin. Dalam tahun 1962, beliau dapat berhubung dengan Sayyid Qutb melalui dua orang adik Sayyid Qutb dan menerima tulisan beliau berkenaan perjuangan Islam dan tafsir al-Quran dan hadith serta syariah Islam. Beliau juga menerima sebahagian dari buku yang dikarang oleh Sayyid Qutb dalam penjara yang kemudian diterbitkan dengan judul Ma’alim Fit-Tariq (Petunjuk Sepanjang Jalan).

Tulisan dan petunjuk daripada Sayyid Qutb di dalam penjara dan juga ayat-ayat al-Quran akan dipelajari dalam satu kumpulan terdiri daripada lima hingga sepuluh pemuda yang berjumpa pada waktu malam di rumah Zainab ataupun tempat lain. Perbincangan, pandangan dan pendapat diutarakan di dalam pertemuan tersebut. Dengan persetujuan Sayyid Qutb dan pimpinan Ikhwan Muslimin, keputusan untuk menjalankan program tarbiyyah selama 13 tahun sepertimana zaman Rasulullah saw di era Mekah. Apabila tempoh ini berakhir, maka studi dan kajian akan dibuat adakah sekurangnya 75% daripada rakyat Mesir sudah yakin dengan keperluan adanya daulah Islam dan membangunkannya. Jika ianya terjadi maka gerak kerja menubuhkan daulah Islam akan dilakukan dan jika belum lagi mencapai tahap tersebut, program pentarbiyahan akan dilakukan semula selama 13 tahun lagi sehingga sehingga rakyat bersedia untuk membina daulah Islam, menerima pakai undang-undang syariah Islam dan menegakkan hukum Islam berpandukan al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw.

Apabila kerajaan Mesir berasa curiga dengan perkumpulan rahsia dan matlamat mereka ini, Ikhwan Muslimin diserbu pada tahun 1965. Ikhwah dan akhawat pergerakan Ikhwan Muslimin semuanya ditangkap dan dipenjarakan. Zainab al-Ghazali adalah salah seorang daripada mereka. Jemaah wanita Ikhwan Muslimin dibubarkan. Beliau dibicarakan bersama sahabiah yang lainnya pada tahun 1966 dan dihukum penjara seumur hidup dengan kerja berat. Satu hukuman yang tidak masuk akal bagi seorang wanita. Namun pada tahun 1971 beliau telah dibebaskan apabila kematian Jamal Abdul Nasir dan Anwar Sadat mengambil alih tampuk pemerintahan. Setelah itu, beliau terus sahaja meneruskan perjuangan beliau tanpa mengenal penat lelah dalam mendaulatkan Islam dibumi Mesir.

Beliau merupakan wanita yang terkemuka setelah jatuhnya khilafah Islamiah di Mesir. Beliau tidak mempunyai anak dan segalanya hidupnya diserahkan kepada perjuangan Islam. Beliau juga menjadi sanjungan dan pendorong kepada perjuangan wanita di seluruh dunia. Beliau dihormati oleh kawan dan lawan, malah disegani oleh tokoh-tokoh ulama’ kerana perjuangannya yang luar biasa.

Zainab al-Ghazali kembali ke rahmatullah pada hari Rabu 3 Ogos 2005 di kala umur beliau 88 tahun. Ternyata umur yang panjang yang dianugerahkan Allah pada beliau telah digunakan tanpa sia-sia sedikitpun, semuanya dikorbankan demi menegakkan agama Allah yang mulia. Beliau terus menjadi idola dakwah kepada pejuang-pejuang Islam di seluruh dunia. Beliau juga menjadi bukti kukuh bahawa sebenarnya Islam mampu membina wanita yang berjuang untuk Islam. Sejarah hidup beliau persis hidup srikandi di teratak Rasulullah saw. Jadi tidaklah salah jika kita menggelarnya sebagai Ummul Mujahidah pada masa kini. Moga Allah mencucuri rahmat yang melimpah ruah kepada beliau dan menjadikan beliau di kalangan para siddiqin, amilin dan mujahidin.

Sumber: Dakwah.Info

May 16, 2009

Teristimewa Buat Adikku: Mardhiah, Adibah & Hanisah

Adikku Mardhiah, Adibah & Hanisah yg kusayang,

Sesungguhnya kejadianmu terlalu indah tercipta daripada tulang rusuk Adam yang bengkok untuk dilindungi dan disayangi, bukannya diciptakan daripada kepala untuk disanjung dan dipuja, bukan pula diciptakan daripada kaki untuk dipijak dan dijadikan hamba sahaya. Lantaran daripada keindahan ciptaanmu itu, kau umpama sekuntum bunga yang mana harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu. Adakah semudah itu kau ingin menyerah diri pada sang kumbang?

Renungkanlah pada keindahan bunga mawar yang unggul terjaga berpagarkan duri sebagai bentengnya. Dari kejauhan keharumannya mencuri perhatian. Kilauan warnanya yang memancar indah menjadi tarikan. Namun, lantaran pagaran duri yang berbisa itu, sang kumbang tertunduk kagum terhdap keindahan yang terjaga hingga ia berfikir beberapa kali sebelum mendekatinya.

Adikku Mardhiah, Adibah & Hanisah yg kukasihi,

Akuilah hakikat kejadian dirimu yang menjadi pelemah keimanan lelaki. Seandainya pakaian malu kau tinggalkan daripada tubuhmu dan perbatasan aurat kau pandang sebarangan, jadilah dirimu hanya sekuntum bunga yang indah tapi sayang tidak berduri. Kau tidak layak dimahkotakan sebagai si mawar berduri. Sesungguhnya Utusan Allah ada mengatakan tentang bahaya dirimu,

"Tidak ada fitnah yang lebih besar setelah wafatku selain daripada fitnah yang berpunca daripada wanita." Adakah kau mahu menjadi penyebab terhadap terhumbannya lelaki ke neraka?

Ingatlah duhai adikku sayang,

Ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya kecuali atas urusan yang diizinkan. Sesuatu yang tertutup itu lebih indah dan berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah. Yang tertutup itu indah! Alangkah baiknya jika kau memelihara keindahan dirimu sebagai hadiah yang kudus, suci, mahal dan berharga buat kumbang terpilih yang telah dijanjikan Allah buatmu.

Indahnya hidup ini andai melayarinya dengan bernaungkan keredhaan Allah, bertunjangkan ilmu dan kebenaran, bersulam akhlak penuh menawan. Sesungguhnya, wanita solehah menjadi idaman insan soleh bernama Adam.

"Wanita yang baik itu adalah untuk lelaki yang baik."

Ya Allah, hiasilah adik-adikku Mardhiah, Adibah & Hanisah dengan keindahan akhlak, kesopanan budi pekerti, kehalusan dalam berbicara dan jadikanlah penyeri syurga-Mu. Ameen.

Dari seorang abang kepada adik-adiknya yang disayangi dan dikasihi..

Diadaptasi dari novel Tautan Hati: Fatimah Sharha Mohd. Noordin
Novelis Sayembara Novel Remaja Jubli Emas DBP 2006


P/S: Abang tergelak bila ingat syarat2 ayah untuk bakal suami korang.. haha

May 13, 2009

IMPIAN Part 2

Sambungan IMPIAN Part 1..

Bismillahhirrahmannirrahim.

Sedikit demi sedikit diri ini mula mahu untuk bergerak. Bergerak untuk menyedarkan para sahabat yang lain bahawa hidup ini bukan sekadar untuk mengejar sekalung ijazah sahaja, malah tanggung-jawab yang lebih dari itu.

Hujung minggu mula dihabiskan untuk mengikuti daurah dan tamrin, sedangkan kawan-kawan di bilik sama ada balik kampung atau duduk beristirehat di bilik. Apabila mengenang saat itu kembali, alhamdulillah Allah membuka hati ana untuk menghabiskan masa hujung minggu dengan daurah dan tamrin daripada duduk berehat sahaja. Kalau tidak, tentu ana tidak menyedari kebesaran nikmat hidayah ini.

Namun, ana juga manusia, Ana tidak terlepas dari melakukan kesalahan, dan sesungguhnya ana lemah apabila diuji. Meskipun sudah bergerak, ana masih leka dan lalai dari segi pengaturan masa. Masa tidak digunakan dengan sebaiknya, malah dihabiskan untuk benda-benda berfaedah.

Meskipun ana menyedarinya dan cuba utk mengubahnya, kelemahan ini kian ketara dari hari ke hari.

Ya, ana pernah futur. Ana akuinya, dan sesungguhnya perasaan apabila futur itu ibarat segala yang ada di dunia ini seperti tidak ada makna lagi. Bak kata pepatah, makan tak kenyang, mandi tak basah dan tidur tak lena. Ana rasa sungguh gelisah, takut, sedih; takut jika memikirkan bila diri ini mati dalam keadaan yang futur.

Alhamdulillah, suatu nikmat berterusan yang diberi oleh Allah kepada ana menjadikan ana bangkit dari kefuturan kepada rasa izzah sebagai seorang Muslim, dan nikmat itu ialah sentiasa komited dengan kehadiran dalam usrah.

Ana tak tau kenapa, tetapi ana sanggup untuk menghabiskan 1-2 jam dengan usrah (yang ana ikut) walaupun esok ana ada test atau quiz. Muka2 akhi Saif, akhi Faiz, akhi Haq, akhi Naufal, akhi Amershukri, akhi Ammar(walaupun sempat sekejap je ngan dia), akhi Azlan, akhi Firdaus, akhi Iqram, akhi Izzat, akhi Wan Anas, akhi Syafiq menjadikan ana bersemangat kembali, ibarat charger bateri yang hampir kehabisan tenaga. Lebih mudah difahami utk dikatakan ana takkan mampu bergerak tanpa kehadiran dan sokongan mereka. Terima kasih ya ikhwah.

Ikhwah, apabila mengenang saat kita mula berusrah bersama, ana sentiasa merasakan manisnya usrah ini. Saat kita sama ber”rehlah” ke Bukit Cerakah sentiasa ana kenang dan abadikan dalam hidup ana. Walaupun objektif rehlah tu tak la tercapai sangat(byk habiskan byk masa dengan memasak & makan), tapi satu perkara yang pasti, ukhuwah kita menjadi sangat rapat, ibarat satu simpulan tali yang teguh.

Saat kita bersama di program Keindahan Bersama-Mu tidak dapat ana lupakan, janji dan lafaz yang kita ikrarkan sentiasa terpahat dalam diri ana. Saat kita menghantar akhi Ammar fly ke Korea, akhi Faiz dan akhi Amer ke US, akhi Saifullah ke Korea, akhi Wan Anas dan akhi Azlan ke Australia, dan akhi Haq ke New Zealand sememangnya tak dapat ana lupakan. Saat2 kita saling berpelukan sebelum antum turun ke balai perlepasan, kesedihannya sangat ana rasakan.

Sesungguhnya doa ana sentiasa bersama kalian ikhwah, agar antum akan terus bergerak, menanam benih-benih ’islam’ di hati mereka yang sekeliling antum. Ana sentiasa berdoa agar antum tidak futur, tercicir atau keluar dari jalan dakwah ini. Ana tak nak lagi ada lagi ikhwah kita yang tercicir, cukuplah sekali kerana perasaan kesedihan itu tak dapat ana gambarkan.

Ya Allah, Engkau mengetahui bahwa hati-hati kami ini telah berkumpul di tempat ini karena mengasihi-MU; bertemu untuk memenuhi perintah-Mu; bersatu untuk memikul beban da'wah-Mu. Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu. Maka eratkanlah ya Allah atas ikatannya, maka eratkanlah ya Allah atas ikatannya, maka eratkanlah ya Allah atas ikatannya, dan kekalkanlah kemesraan di antara hati-hati ini. Tunjukkan kepada hati-hati ini akan jalan-Mu yang haq. Penuhkan hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung padam. Lapangkan hati ini dengan limpahan iman dan keindahan tawakkal kepada-Mu. Hidupkan hati ini dengan ma'rifat tentang-Mu. Dan jika Engkau mentakdirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-MU. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.

Uhibbukafillah ya ikhwah.

May 6, 2009

Analogi Busur dan Anak Panah

Bismillahhirrahmannirrahim.

Macam biasa, suatu ketika dulu, ada seorang anak muda yang mempunyai skill memanah yang sangat hebat. Senang kata dia paling hebat seluruh negara lah dengan ketepatan memanah 99% walaupun dari jauh. Huhu.. Hebat bangat!

Kehebatannya sangat terserlah dan ramai orang yang inginkan dia berkongsi cerita kejayaannya, tekniknya yang hebat dan bagaimana orang ramai boleh mengikut jejaknya.

Bertahun-tahun, kesemua undangan ditolaknya dengan baik. Apabila ditanya kenapa dia enggan memberikan ucapan, dengan ringkas dia menjawab "Saya tak tau nak cakap apa."

Suatu hari, alumni sekolahnya melancarkan kelab memanah yang baru dan dia dijemput untuk memberikan ucapan. Disebabkan rasa terhutang budi dengan sekolah dia, tak dapat la untuk dia menolak undangan tersebut.

Hari untuk memberi ucapan tiba, dengan kehadiran tetamu yang tak terbilang ramainya, datang dari seluruh negara semata-mata untuk mendengarnya berucap.

Tiba masanya untuk memberi ucapan, si pemuda tersebut berdiri, berjalan ke mic dan tersenyum.

"Siapa di sini yang ingin menjadi pemanah?"

Hampir kesemua tetamu mengangkat tangan mereka.

"Bagus! Bagus! Baiklah, dengar nasihat saya ini baik-baik, kerana saya hanya mengatakannya sekali sahaja."

Hampir serentak, kesemua yang berada di dalam dewan tersebut bangun dari tempat duduk mereka (the eagerness to know the secret)

"Nasihat saya kepada anda semua ialah kamu semua pergi ke padang sekarang, ambil busur dan anak panah dan mula memanah."

Lepas tu dia balik ke tempat duduk dia.

La.. tu je ke.. (suara hati hampir semua orang dalam dewan. kut la. Haha)

Seisi dewan senyap-sesenyapnya hatta kalau ada jarum jatuh pun boleh dengar.

Subhanallah. Pemuda tersebut menggunakan ayat yang ringkas tetapi penuh makna. Tapi dia memang betul pun kan? Mulakan langkah anda memanah sekarang.

Don't just say it. Do it!

P/S: Practice makes perfect. Gud luck!!!


Apr 29, 2009

IMPIAN Part I

Bismillahhirrahmanirrahim..

Assalamualaikum. This post will be special post for me as I kept wondering weather I should post it or not. This will be an answer for any of my action since I realized the state being the true Muslim.

Salah satu sebab utama kenapa ana berpisah dengan kekasih ana dahulu adalah kerana impian ana.

Teringat ketika ber’sms’ dengan kekasih ana dahulu. [Maaf, bahasa di bawah adalah sangat jiwang bagi ana. Huhu.. Cinta zaman jahiliyah.]

Impian mi ada banyak. Pertama, kalau boleh mi nak bawak ibu dan ayah pergi Mekah dengan duit gaji mi. [macam x kesampaian sebab ibu cadang nak pergi haji tahun depan.]

Kedua, kalau boleh mi nak adik2 mi naik pelamin dulu. [sekarang ni macam ana je kena naik dulu.. huhu.. pengaruh amer and akhi Saif nh.]

Ketiga, kalau boleh mi nak mati dulu sebelum ibu dan ayah. [cukuplah kesedihan di hati bila Tok Wan meninggalkan diri ini.]

Keempat dan paling utama, mi nak dekat akhirat nanti mi dapat tengok wajah(redha) tuhan.

Bila dikenang kembali, ketika ana bermuhasabah semenjak terjebak di alam percintaan jahiliyah suatu ketika dahulu, berpuluh-puluh kali ana bertanya, "Kata nak tengok wajah tuhan, nak dapat redha Allah, Allah redha ke apa yg aku buat ni?"

Dan kerana itulah ana kembali mengejar apa yg telah ia hilang suatu ketika dahulu. Maka, tanggal 1 Januari merupakan hari hijrah diri ini mencari permata yg hilang. Masa tu ada rasa sedih, dan dalam masa yg sama rasa tenang. Lama-kelamaan, tekad itu bertambah kuat dan terus kuat semenjak ana berada di INTEC.

Mengenali akhi Faiz Kamaluddin, org pertama yang membawa ana ke dunia usrah. Bermula dengan ISK oleh Ustaz Salam di Kelab Warga Emas, alhamdulillah ana dapat komited di dalam usrah. Berkenalan dengan akhi Zulkarnain dan akhi Mus’ab, naqib usrah yg pertama. Spring 2008 berkenalan pula dengan akhi Saif yg selamba dan kelakar (hehe), akhi Amer, akhi Ammar Shahrin, akhi Haq, akhi Aza, akhi Azlan, akhi Firdaus, akhi Iqram, akhi Izzat, akhi Wan Anas, akhi Syafiq dan banyak lagi ikhwah2 di serata Malaysia.

Ikhwah-ikhwah semua, kita semua berpahit-lelah bersama utk menjayakan program kita, tidur bersama, makan bersama, sehingga diri ini berasa manisnya usrah. Sehinggakan ana merasa rugi jika tak datang usrah, sehingga ana sentiasa menunggu utk berusrah bersama-sama antum semua. Semua perasaan yg indah-indah ini menguatkan lagi azam ana utk sentiasa mengejar impian ana yang keempat.

Pada awal usrah, walaupun mengikuti usrah, ana masih lagi bermain-main kerana tidak nampak ke mana hala tuju usrah. Namun, setelah mengikuti Shahadatul Haq, maka ana sedar bahawa usrah adalah salah satu wasilah ke arah pembaikan ummat dan kearah mencapai matlamat kita sebagai hamba dan khalifah dan kepentingan utk ana bergerak, bukan hanya menerima, malah wajib memberi.

Maka ana mula mengajak teman sebilik, rakan-rakan, baik sekolah rendah, menengah dan INTEC. Namun terlalu sedikit yg mahu. Disebabkan itu, seboleh-bolehnya ana sentiasa cuba menunjukkan qudwatul hasanah kepada rakan-rakannya, agar amalan ini tetap menjadi usaha terlemah yg mampu ana buat. Namun begitu, diri ini masih lemah, kerap-kali juga ia terleka dan lalai. Alhamdulillah, usrah menjadi pemangkin yang banyak membantu menyedarkan kembali.

Bersambung...

Apr 28, 2009

Ana, Ayah & Penjara

Bismillahhirrahmanirrahim.. Suatu hari, ana bersembang dengan ayah

”Kamu tahu tak, orang2 bijak pandai tu semuanya menulis.”


Habis ayah ingat mi tak menulis la?


Mana ayah tau.


Memang la ayah tak tahu, rumah tak ada internet.


Jangan main tulis je. Nanti kena tangkap masuk penjara.


Kalau masuk penjara pun, mi tak kisah ayah. (dalam hati).


Hahaha.....


Moral:

1. Jangan lawan/kutuk cakap ayah. Terutama bila ana cakap "Memang la ayah tak tahu, rumah tak ada internet." Macam nak imply kan pasang la internet ayah.. huhu..

2. Rajin2 la menulis najmi oi.. (dah tak rajin nak tulis cerpen atau sajak..)

3. Sayangi ayah anda seperti mana anda menyayangi mata, hidung & hati anda. Ayah adalah nikmat, yg hanya disedari kenikmatannya bila ia ditarik. Tak percaya? Nanti bila anda tiada ayah anda akan merasainya.

4. Bab penjara tu nanti la ana sentuh. Hahahaha..


P/S: Ana ngan ayah ana satu kepala. Kami lebih dari anak-ayah. Kami sahabat. Anda pula bagaimana?

Apr 27, 2009

Ana Juga Manusia

Bismillahhirrahmannirrahim.

Kadang-kadang bila memikirkan masalah orang lain, kita terlupa untuk memikirkan masalah kita.

Terlupa kepada muwasafat yang harus kita jaga, terlupa kepada tarbiyah dzatiah yang patut selalu kita buat dan terlupa siapa kita sebenarnya di sisi Allah.

Manusia memang pelupa. Al-Ins = Lupa. Manusia dilahirkan memang fitrahnya yang cepat lupa. Leka dan alpa.

Allah.. Allah.. Allah..

Astaghfirullahhala'zim.

Apr 25, 2009

Anologi Gula-Gula & Anak Kecil

Bismillahirrahmannirrahim..

Hurmm.. Nak dijadikan cerita, ada seorang budak lelaki pergi ke kedai dengan ibu dia. Pekerja kedai tuh nampak budak yg comel nih, so sambil menunjukkan sebuah balang, dia pun cakap la

"Adik, adik boleh ambil gula2 dalam balang ni."

Out of suprise, anak yg comel itu menggelengkan kepalanya.

Pekerja kedai tu terkejut. "Dia budak lagi, kenapa dia tak nak ambil?" fikirnya. Lalu dia memujuk si anak utk ambil gula-gula dalam balang tersebut.

Si ibu terdengar lalu berkata "Sayang, ambillah, pak cik dah bagi."

Yet, the boy refused.

Then, melihatkan keadaan tersebut, pekerja tuh pun mengambil sendiri gula2 tu dan memberikannya kepada si anak.

Si anak itu pulang dengan sebuah senyuman lebar dan tangan yang penuh dengan gula2.

Apabila sampai di rumah, si ibu bertanya

"Sayang, tadi kenapa tak nak ambil gula2 yg pak cik tu bagi?"

Si anak membalas sambil tersenyum "Ibu, tangan saya kecil dan kalau saya yg ambil gula2 tu, saya hanya akan dapat sedikit. Tapi, bila pak cik tu yg bagi, lihat berapa yg saya dapat?"

Moral: Bila kita ambil sesuatu, kita mungkin akan dapat sedikit. Tapi jika Allah, tuhan yg Maha Berkuasa yang memberikannya, dia akan memberikan sesuatu yg tak disangka, yg tak dapat kita bayangkan kita akan dapat.

"Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (al-Baqarah: 216)

Apr 24, 2009

Anologi Pinggan dan Manusia

Bismillahhirrahmanirrahim.

Hurmm, mari kita andaikan 3 individu berbeza meminjam sebiji pinggan daripada Kita.. Selang beberapa tempoh masa, individu pertama memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan bersih cantik tanpa sebarang kecacatan.. Lalu Kita pun terus meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk seperti keadaan asalnya..

Individu kedua pula memulangkan pinggan tersebut dlm keadaannya yang masih kotor; tidak berbasuh.. Pinggan tersebut akan Kita basuh sehingga bersih, kemudian barulah ianya diletakkan di tempat yg sepatutnya..

Individu ketiga pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan pecah bersepai.. Tidak boleh dibezakan lagi bentuknya antara pinggan mahupun serpihan kaca.. Tiada nilainya lagi.. Kita tiada pilihan lain selain menghumbankannya ke dlm tong sampah yg hina..

Begitulah jua halnya dgn Allah Taala.. Jika Kita kembali kepadaNya dalam keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan terus meletakkan Kita di tempat yang baik Dan tempat yg selayaknya bagi Kita.. Iaitu syurga..

Namun jika Kita kembali ke hadratNya dlm keadaan kotor dgn dosa, Allah akan 'basuh' Kita sebersih-bersihnya di dlm api neraka sebelum memasukkan Kita ke dlm syurga..

Tetapi jika Kita kembali kepadaNya dlm keadaan yg rosak imannya, sehingga tidak dpt dibezakan antara iman dengan kufur, maka Allah tidak akan teragak2 utk menghumbankan Kita ke dlm neraka jahannam yang hina buat selama-lamanya, ibarat pinggan yg pecah; tiada nilai lagi..

Semoga bermanfaat..

Apr 17, 2009

Islam Memartabatkan Melayu

Bismillahhirrahmannirrahim.

This is a nice sharing of knowledge. Siapa ada masa boleh hayati. Banyak lagi sebenarnya ilmu berkenaan bahasa ibunda kita ni yg kita sendiri tak tahu. Tanpa Islam, orang melayu tidak bermakna dan seolah2 menjadi bangsa yg kuno sahaja. Hasil kedatangan Islam telah mengangkat martabat orang Melayu di Malaysia dan di kawasan Nusantara.

So we should be proud to be a Muslim more than proud of being a Malay.

Wassalam.

Di antara beberapa bidalan bahasa melayu yang rosak, setelah tulisan jawi ditukar ke rumi adalah:

a. merah padma, bukannya merah padam...merah padma adalah merah samar umpama kelopak teratai (seperti pipi seseorang itu akan 'blush' apabila malu atau 'embarassed'. (Maaf, ya? Sebab tidak dapat cari perkataan bahasa melayu yang sesuai.) Merah padam itu sebenarnya salah dan tidak betul...

b. 'melepaskan batuk di tangga' sebenarnya adalah 'melepaskan bato' di tangga'. Bato' itu adalah alat penyedok yang perlu apabila kita mahu mencucur air ke kaki sebaik tiba di tangga rumah. Jadi maksudnya, buat kerja sambil lewa. Bidalan ini menegur sikap yang sambil lewa, melepaskan alat itu yang sepatutnya diletakkan kembali pada tempayan berisi air, supaya orang lain yang datang kemudian, dapatlah mencuci kakinya pula. Bukan tercari-cari atau mengotorkan tangga sebab mahu ambil bato' itu...

Wujud melayu kerana Islam dan ini terserlah pada tulisan (jawi) dan bahasa komunikasinya.

Bila du'at (pendakwah) datang ke nusantara mereka terpaksa mencari bahasa perantara dakwah yang sesuai. Maka di antara bahasa-bahasa yang maju ketika itu (kurun ke 7 - 13) ialah bahasa Jawa dan sanskrit, Tetapi bahasa-bahasa ini sarat nilai-nilai hindu dan Buddha. Sedang al Quran 'mubin' jelas dan tidak boleh disampaikan dengan makna-makna yang ambiguous. Maka bahasa yang paling murni ketika itu ialah bahasa melayu kerana ia bahasa tahap rendah, tidak ada kosa kata dan perbendaharaan kata yang membawa nilai-nilai falsafat dan keagamaan. Bahasa melayu adalah seperti bahasa Arab kuno - yang miskin dari nilai-nilai agama dan filsafat tdk seperti bahasa Persia, Yunani, Greek dan Romawi.

Lalu bahasa melayu yang miskin itu diperkasa dengan istilah-istilah al Quran. Di antara istilah yang membanjiri bahasa melayu ialah kalimah-kalimah berkaitan aqidah. Istilah iman tidak boleh diterjemahkan ke dalam istilah sedia ada. Iman bukan 'percaya' kerana iman membawa maksud 'tasdiq bil qalbhi, taqrir bil lisan' (membenarkan dengan hati, mengucapkan dengan lisan) dan komponen ketiga yang penting ialah amal bil jawarih (amal dengan anggota badan). Aqidah itu sendiri menjadi sebahagian dari bahasa melayu. Aqidah ialah 'aqaid' atau ikatan. Aqidah bukan sekadar pegangan atau kepercayaan tetapi ikatan yang bersifat hablum minallah dan habluminnas. Dari sinilah datangnya perkataan 'ikat' - dari 'aqaid ataupun aqidah.

Pendakwah Arab/muslim mengamati di dalam bahasa melayu ada perkataan 'takut' - tetapi takut tak boleh boleh digunakan untuk merujuk kepada 'taqwa'. Sebab takut membawa pada perasaan mahu menjauhkan diri. tetapi taqwa membawa seseorang semakin hampir dengan Allah. Maka taqwa pun diterima pakai sebagai istialh bahasa melayu.

Dalam bahasa melayu juga ada istilah berserah atau pasrah. Tetapi pasrah atau berserah boleh membawa maksud berserah kepada nasib tanpa melakukan sesuatu. ia tidak sama dengan tawakkal yang membawa maksud berikhtiar bersungguh-sungguh kemudian menyerahkan segala urusan kepada Allah. Lalu istilah tawakkal pun diadaptasi menjadi istilah bahasa melayu.

Ada beberapa perkataan yang tidak berubah iaitu 'surau' dan sembahyang atau 'seumayang' (Aceh). Surau adalah berhala sembahan orang melayu. Di situ mereka berkumpul untuk acara keagamaan zaman hindu. Gigihnya para pendakwah sehingga mereka menyampaikan Islam di tempat-tempat sembahan orang melayu. lalu surau tadi bertukar menjadi musalla, meunesah, langgar, madrasah pada hari ini. Di dalamnya mereka melakukan upacara 'sembahyang (sembah nenek moyang). Lalu sembahyang tadi bertular menjadi solat. Perkataan sembahyang masih kekal digunakan tetapi membawa maksud solat.

Di dalam solat ada satu perbuatan namanya 'sujud' dan 'ruku'. Di dalam bahasa melayu ada perbuatan tunduk dan 'sembah'. Sujud dan ruku' bukan sekadar tunduk. Tunduk ialah perbuatan menyembah kepada sesuatu - ia boleh jadi tunduk kepada Allah (khalik) boleh juga jadi tunduk kepada makhluk. Di dalam Islam tunduk kepada makhluk adalah syirik. Sedang sujud dan ruku' hanya kepada Allah. Lalu sujud dan ruku' menjadi sebahagian dari istilah bahasa melayu.

Ketika hendak solat mesti bersih dari najis. Najis dan kotoran tak sama. Kotoran tidak semesti najis dan tidak membatalkan solat. Lalu najis menjadi istilah bahasa melayu.

Jika kita lihat orang melayu mempunyai beberapa perkataan untuk menggambarkan perasaan mereka spt - 'marah', 'geram', 'benci', 'suka', 'cinta', 'ghairah' dan sebagainya. Kesemua perasaan ini adalah naluri ataupun instinct untuk kelansungan hidup. Perasaan-perasaan ini jika tidak dikekang boleh mendatangkan kemusnahan hidup kerana ia bersumberkan nafsu. Apabila Islam datang maka diperkenalkan beberapa konsep atau perkataan yang tidak ada dalam kamus kehidupan orang melayu seperti 'sabar', 'ikhlas', 'tawadhu', 'redha', 'syukur'.

Baik, mari kita tanyakan apakah perkataan yang semakna dengan sabar dalam bahasa melayu. Kita tidak akan menemui istilah yang menyamai makna 'sabar'. Kita boleh kata 'tahan kemarahanmu', 'tahan nafsumu', tahan rasa sakit'. Perkataan-perkataan ini tidak membantu. Menahan rasa sakit, menahan rasa marah. menahan kehendak nafsu hanya menambahkan rasa sakit, meningkatkan rasa marah dan menyebabkan nafsu semakin meluap-luap. Tetapi apabila disuruh bersabar, - rasa sakit semakin hilang, rasa marah semakin reda, dan nafsu yang bergejolak semakin tenang. Ini adalah kerana sabar adalah satu kebiasaan jiwa yang redha kepada Allah yang dipupuk seiring dengan solat 'Carilah pertolongan Tuhanmu dengan solat dan sabar - dan itu amat payah kecuali bagi orang-orang yang kyushu'.

Kemudian kita lihat pula perkataan ikhlas - Apakah dia agaknya perkataan yang seakan-akan membawa makna ikhlas dalam bahasa melayu. Nescaya kita tidak akan menemuinya. Kerana setiap perbuatan atau pertolongan dalam budaya melayu sebelum Islam membawa maksud dan tujuan tertentu. Pertolongan diberi dengan niat untuk mendapat imbalan. Tetapi apabila Islam datang, orang melayu dididik supaya ikhlas dalam pemberian, ikhlas dalam pertolongan kerana mengharapkan ganjaran, pahala dan keredhaan Allah SWT.

Bagaimana pula dengan tawadhu'. Tawadhu bukan membawa maksud merendah diri. Budaya merendah diri memang kaya pada orang melayu. Sebab itu ada perkataan 'hamba', 'tuan hamba', 'patik yang hina' (patik ni anak anjing yang baru lahir!), Duli yang Maha Mulia, sembah patik di atas batu jemala (duli ialah debu yang melekat pada kaki raja). Tawadhu tidak bererti tunduk menghina diri. Tawadhu bererti tidak meninggi diri kerana sedar setiap insan adalah dari Adam dan Adam dari tanah. Dan 'tidak ada lelebihan Arab di atas ajam, kelebihan ajam di atas Arab (sabda Rasulullah SAW), Yang paling baik di kalangan kamu ialah yang paling bertaqwa (al-Quran). Dengan adanya sifat tawadhu - raja dan rakyat jadi setaraf, yang mulia ialah yang taqwa kepada Allah. Lalu bertukarlah kata-kata 'pantang melayu derhaka kepada raja' kepada 'raja adil raja di sembah, raja zalim raja di sanggah'.

Ada satu lagi perkataan Arab yang belum menjadi istilah melayu iaitu 'tasammuh'. Perkataan 'tasammuh' ini tidak dimasukkan dalam perkataan melayu kerana mungkin tidak ada keperluan itu dalam sejarah. Tetapi ianya sudah menjadi suatu keperluan pada hari ini.

Sumber: Dr.Hafidzi - penulis buku Jejak Risalah Nusantara

Apr 14, 2009

Tarbiyyah bukan untuk si manja!!!

Sekadar perkongsian yg diambil dari blog Ustaz Salam.

Melihat diri ini, melihat sekeliling, suasana yg tiba2 berubah menjelang final exam, mengingatkan diri betapa lemahnya Ia. Sesungguhnya diri ini sangat membutuhkan tarbiyyah dan jiwa ini sengsara tanpa tarbiyyah, kerana tarbiyyah adalah fitrah, dan roh cenderung kepada fitrah.


Pencerahan bukan untuk orang manja

Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.
Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.
Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.
Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.

Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami,
-yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan.
Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.


-yang cepat mengalah,
-yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak
dengan semua agenda dan upacara-upacara ‘penting’ yang lain.

-yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong

-yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh mengkritik dan menilai
harakah ini dan itu.


Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa’ hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah
ini dan itu, jamaah ini dan itu.

Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last2 minute.

Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.

Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.

Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar
dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena
berpeluh-peluh.


Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan
terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.

Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta,
yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.

Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu.
Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.


Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.
Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus berjalan. Islam akan tetap
berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.


Cuma tanpa pencerahan,
Tanpa tarbiyyah,

Tanpa dakwah

Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.


Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa. Dakwah tak memerlukan anda. Tiada siapa
pun yang rugi tanpa kehadiran anda.

Berbahagialah seadanya.


Ana menghitung diri.

Terlalu kerap menuturkan.

“ana busy.. ana sibuk.. ana penat.. ana letih..”

Adakah ini petandanya ana terlalu manja?

Ya Allah, tabahkan hamba-Mu.

“amanah ini bukan hak milik, tp anugerah dr Nya”

p/s:-
Kalau anda mahu lari dari tarbiyyah, larilah. Kalau anda mengelakkan diri dari tarbiyyah, elaklah seberapa lama yg anda mahu. Tetapi, ingat! Allah tidak semestinya memerlukan anda untuk menegakkan agama-Nya kembali, tetapi anda lah yang memerlukan rahmat-Nya sebagai kunci pintu syurga.

"Jika kamu menolong agama Allah, maka Allah akan menolong kamu dan meneguhkan kedudukan kamu." (Muhammad; 7)

Doakan ana untuk final exam semester ini. Syukran.

Mar 14, 2009

Miqdad bin Amru - Pahlawan, Pemikir dan Pembela Islam.

Miqdad bin Amru radhiallahu 'anhu.

Ketika membicarakan dirinya, para sahabatnya mengatakan: "Orang yang pertama memacu kudanya dalam perang sabil ialah Miqdad ibnul Aswad". Dan Miqdad ibnul Aswad yang mereka maksudkan itu ialah tokoh kita Miqdad bin Amru ini. Di masa jahiliyah ia menyetujui dan membuat perjanjian untuk diambil oleh al-Aswad 'Abdi Yaghuts sebagai anak hingga namanya berubah menjadi Miqdad ibnul Aswad. Tetapi setelah turunnya ayat mulia yang melarang merangkaikan nama anak angkat dengan nama ayah angkatnya dan mengharuskan merangkaikannya dengan nama ayah kandungnya, maka namanya kembali dihubungkan dengan nama ayahnya iaitu Amru bin Sa'ad. Miqdad termasuk dalam rombongan orang-orang yang mula pertama masuk islam, dan orang ketujuh yang menyatakan keIslamannya secara terbuka dengan terus terang, dan menanggungkan penderitaan dari kemurkaan dan kekejaman Quraisy yang dihadapinya dengan kepahlawanan kaum Hawari. Perjuangannya di medan Perang Badar tetap akan jadi tugu peringatan yang selalu semarak di hati umat Islam.

Abdullah bin Mas'ud pernah berkata: "Saya telah menyaksikan perjuangan Miqdad, sehingga saya lebih suka menjadi sahabatnya daripada segala isi bumi ini." Pada hari berlansungnya Perang Badar itu, 1000 tentera Quraisy datang dengan kekuatannya yang dahsyat, dengan semangat dan tekad yang bergelora, dengan kesombangan dan keangkuhan mereka. Pada hari itu Kaum Muslimin sangat sedikit, yang sebelumnya tak pemah mengalami peperangan untuk mempertahankan islam, di Badarlah peperangan pertama yang mereka terjuni bagi membela Islam.

Sementara Rasulullah menguji dan meneliti persiapan para sahabat baginda untuk menghadapi tentara musuh yang datang menyerang, para sahabat diajak untuk proses syura. Para sahabat mengetahui bahwa jika baginda meminta buah fikiran dan pendapat mereka, maka perkara itu dimaksudkan secara bersungguh-sungguh. Setiap seorang dari mereka diminta pendirian dan pendapat yang sebenarnya, hingga bila ada di antara mereka yang berpendapat lain yang berbeza dengan pendapat umum, maka dia lebih baik baginya mengatakan pendapatnya atau akan mendapat penyesalan. Miqdad khuatir kalau ada di antara Kaum Muslimin yang terlalu berhati-hati terhadap perang, lantas sebelum ada yang angkat bicara, Miqdad ingin mendahului mereka, agar dengan kalimat-kalimat yang tegas dapat menyalakan semangat perjuangan dan turut mengambil bagian dalam membentuk pendapat umum. Tetapi sebelum ia menggerakkan kedua bibirnya, Abu Bakar as-Siddiq telah memulakan bicara, dan baik sekali buah bicaranya, hingga hati Miqdad menjadi tenteram karenanya. Setelah itu Umar bin Khatthab menyusul bicara, dan buah pembicaraannya juga baik.

Maka tampillah Miqdad, katanya:

"Ya Rasulullah... Teruslah laksanakan apa yang dititahkan Allah, dan kami akan bersama anda! Demi, Allah kami tidak akan berkata seperti yang dikatakan Bani Israil kepada Musa: "Pergilah kamu bersama Tuhanmu dan berperanglah, biarkan kami duduk menunggu di sini." Tetapi kami akan mengatakan kepada anda: "Pergilah anda bersama Tuhan anda dan berperanglah, sementara kami ikut berjuang di samping anda." Demi yang telah mengutus anda membawa kebenaran! Seandainya anda membawa kami bergerak ke Bark-al-Ghimad sekalipun nescaya kami akan sanggup mengharunginya bersama anda sehingga kita sampai ke sana. Dan kami akan bertempur di sebelah kanan dan disebelah kiri anda, di bagian depan dan di bagian belakang anda, sampai Allah memberi anda kemenangan!

Kata-katanya itu mengalir tak ubah bagai anak panah yang lepas dari busurnya. Dan wajah Rasulullah pun berseri-seri kerananya, sementara mulutnya berkumat-kamit, mengucapkan do'a yang baik untuk Miqdad. Serta dari kata-kata tegas yang dilepasnya itu mengalirlah semangat kepahlawanan dalam kumpulan yang baik dari orang-orang beriman, bahkan dengan kekuatan dan ketegasannya, kata-kata itu pun menjadi contoh teladan bagi siapa yang ingin bicara, menjadi semboyan dalam perjuangan.

Sungguh kalimat-kalimat yang diucapkan Miqdad bin Amru itu mencapai sasarannya di hati orang-orang Mu'min, hingga Sa'ad bin Muadz pemimpin kaum Ansar bangkit berdiri, katanya: "Wahai Rasulullah... Sungguh, kami telah beriman kepadaNya dan membenarkan anda, dan kamu saksikan bahwa apa yang anda bawa itu adalah benar, serta untuk itu kami telah ikatkan janji dan padukan kesetiaan kami! Maka majulah wahai Rasulullah laksana apa yang anda kehendaki, dan kami akan selalu bersama anda! Dan demi yang telah mengutus anda membawa kebenaran, sekiranya anda membawa kami menerjuni dan mangharungi lautan,akan kami terjuni dan harungi, tidak seorang pun di antara kami yang akan berpaling dan tidak seorang pun yang akan mundur untuk menghadapi musuh. Sungguh, kami akan tabah dalam peperangan, teguh dalam menghadapi musuh dan moga-moga Allah akan memperlihatkan kepada anda perbuatan kami yang berkenan di hati anda. Oleh itu, kerahkanlah kami dengan berkat dari Allah."

Maka hati Rasulullah pun penuhlah dengan kegembiraan, lalu sabdanya kepada sahabat-sahabatnya: "Berangkatlah dan besarkanlah hati kalian, sesungguhnya Allah telah menjanjikan aku salah satu dari dua kumpulan. Demi Allah, aku bagaikan sedang melihat kekalahan kaum itu." Dan kedua pasukan pun berhadapanlah. Anggota pasukan Islam yang berkuda ketika itu jumlahnya tidak tebih dari 2 orang, iaitu Miqdad bin Amru dan Zubair bin al-'Awwam, sementara pejuang-pejuang Islam yang lain hanya terdiri dari pasukan pejalan kaki atau pengendara-pengendara unta.

Ucapan Miqdad yang dikemukakan tadi, tidak saja menggambarkan keperwiraannya semata, tetapi juga logikanya yang tepat dan pemikirannya yang dalam. Demikianlah sifat Miqdad. la adalah seorang ahli fikir dan falsafah. Hikmah dan fikirannya tidak saja terkesan pada ucapan semata, tapi pada prinsip-prinsip hidup yang kukuh dan perjalanan hidup yang teguh, tulus dan lurus sementara pengalaman-pengalamannya menjadi sumber bagi pemikiran itu.

Pada suatu hari dia diangkat oleh Rasulullah sebagai amir disuatu daerah. Tatkala ia kembali dari tugasnya, baginda bertanya: "Bagaimanakah pendapatmu menjadi amir?" Maka dengan penuh kejujuran dijawabnya: "Anda telah menjadikan aku menganggap diri diatas semua manusia sedang mereka semua dibawahku. Demi yang telah mengutus anda membawa kebenaran, semenjak saat ini saya tak berkeinginan menjadi pemimpin sekalipun untuk dua orang untuk selama-lamanya.

Miqdad seorang lelaki yang tak mahu tertipu oleh dirinya, tak hendak terpedaya oleh kelemahannya. Dipegangnya jawatan sebagai amir, hingga dirinya diliputi oleh kemegahan dan puji-pujian. Kelemahan ini disadarinya hingga ia bersumpah akan menghindarinya dan menolak untuk menjadi amir lagi setelah pengalaman pahit itu. Kemudian ternyata bahawa ia menepati janii dan sumpahnya itu hingga semenjak itu ia tak pernah mahu menerima jabatan amir.

Miqdad selalu membacakan hadith yang didengarnya dari Rasulullah Sallallahu alaihi wasalam, iaitu: "Orang yang berbahagia, ialah orang yang dijauhkan dari fitnah." Oleh karena jawatan sebagai amir(pemimpin) itu dianggapnya suatu kemegahan yang menimbulkan atau hampir menimbulkan fitnah bagi dirinya, maka syarat untuk mencapai kebahagiaan baginya ialah menjauhi jawatan tersebut.

Di antara manifestasi falsafahnya ialah tidak tergesa-gesa dan sangat hati-hati menjatuhkan putusan atas seseorang. Dan ini juga dipelajarinya dari Rasullah Sallallahu alaihi wasalam yang telah menyampaikan kepada umat Islam: "Bahawa hati manusia lebih cepat berputarnya daripada isi periuk di kala menggelegak."

Miqdad sering menangguhkan penilaian terakhir terhadap seseorang sampai dekat saat kematian mereka. Tujuannya ialah agar orang yang akan dinilainya tidak beroleh atau mengalami hal yang baru lagi. Perubaban atau hal baru apakah lagi setelah maut?

Salah seorang sahabatnya menceritakan: "Pada suatu hari kami pergi duduk-duduk berdekatan Miqdad. Tiba-tiba lewatlah seorang lelaki, dan katanya kepada Miqdad: "Sungguh berbahagialah kedua mata ini yang telah melihat Rasulullah Sallallahu alaihi wasalam! Demi Allah, andainya kami dapat melihat apa yang anda lihat, dan menyaksikan apa yang anda saksikan!"

Miqdad menghampirinya dan mengatakan: "Apa yang mendorong kalian untuk ingin menyaksikan peristiwa yang disembunyikan Allah dari penglihatan kalian, padahal kalian tidak tahu apa akibatnya pada kalian jika kalian menyaksikannya? Demi Allah, bukankah dimasa Rasulullah Sallallahu alaihi wasalam, banyak orang yang ditelungkupkan Allah mukanya ke neraka jahannam! Kenapa kalian tidak mengucapkan pujian kepada Allah yang menghindarkan kalian dari malapetaka seperti yang menimpa mereka itu, dan menjadikan kalian sebagai orang-orang yang beriman kepada Allah dan Nabi kalian."

Suatu hikmah dan falsafah yang dalam tersembunyi di balik bait-bait perkataannya. Tidak seorangpun yang beriman kepada Allah, dan RasulNya yang anda temui, kecuali ia menginginkan dapat hidup di masa Rasulullah dan beroleh kesempatan untuk melihatnya.

Tetapi penglihatan Miqdad yang tajam dan dalam dapat menembusi sesuatu yang tidak terjangkau di balik cita-cita dan keinginan itu. Bukankah tidak mustahil orang yang menginginkan hidup pada masa-masa tersebut akan menjadi salah seorang penduduk neraka? Bukankah tidak mustahil ia akan jatuh kafir bersama orang-orang kafir lainnya? Maka tidakkah ia lebih baik memuji Allah yang telah menghidupkannya di masa-masa telah tercapainya kemantapan bagi Islam, hingga ia dapat menganutnya secara mudah dan bersih?

Demikianlah pandangan Miqdad, memancarkan hikmah dan falsafahnya. Dan seperti demikian pula pada setiap tindakan, pengalaman dan Ucapannya, ia adalah seorang ahli falsafah dan pemikir ulung. Kecintaan Miqdad kepada Islam tidak terkira besarnya. Cinta.. Bila ia tumbuh dan membesar serta didampingi oleh hikmat maka ia akan menjadikan pemiliknya manusia yang tinggi, yang tidak merasa puas hanya dengan kecintaan belaka tapi dengan menunaikan kewajiban dan memikul tanggungjawabnya. Dan Miqdad bin Amru dari jenis manusia seperti ini.

Kecintaannya kepada Rasululiah menyebabkan hati dan ingatannya dipenuhi rasa tanggungjawab terhadap keselamatan yang dicintainya, hingga jika ada kecemasan di Madinah, dengan secepat kilat Miqhad telah berada di ambang pintu rumah Rasulullah menunggang kudanya sambil menghunus pedang atau lembingnya. Sedang kecintaannya kepada Islam menyebabkannya bertanggung jawab terhadap keamanannya, tidak saja dari tipu-daya musuh-musuhnya, tetapi juga dari kekeliruan kawan-kawannya sendiri.

Pada suatu ketika ia keluar bersama rombongan tentara. Komander tentera Islam mengeluarkan perintah agar tidak seorang pun mengembalakan haiwan tunggangannya. Tetapi salah seorang anggota pasukan tidak mengetahui larangan tersebut hingga melanggarnya. Sebagai akibatnya, ia menerima hukuman yang berat yang tidak setimpal dengan kesalahannya. Miqdad melalui di hadapan tentera tersebut yang sedang menangis berteriak-teriak. Ketika ditanya, ia mengisahkan apa yang telah terjadi. Miqdad meraih tangan orang itu, dibawanya kehadapan amir atau komander, lalu diterangkan keadaan sebenar hingga akhirnya tersingkaplah kesalahan dan kekeliruan amir itu. Maka kata Miqdad kepadanya: "Sekarang suruhlah ia membalas keterlanjuran anda dan berilah ia kesempatan untuk melakukan qisas" Sang amir tunduk dan bersedia, hanya si terhukum berlapang dada dan memberinya ma'af.

Penciuman Miqdad yang tajam mengenai pentingnya suasana, dan keagungan Islam yang telah memberikan kepada mereka kebesaran ini hingga seakan-akan ia menyatakan : "Biar saya mati asalkan Islam tetap tertinggi!" Itulah yang menjadi cita-citanya, iaitu kejayaan Islam walau harus dibalas dengan nyawa sekalipun. Dan dengan keteguhan hati yang menakjubkan, ia berjuang bersama sahabat-sahabatnya untuk menzahirkan cita-cita tersebut, hingga selayaknyalah ia beroleh kehormatan dari Rasulullah Sallallahu alaihi wasalam. Miqdad telah menerima ucapan berikut dari baginda: "Sungguh, Allah telah menyuruhku untuk mencintaimu, dan menyampaikan pesanNya padaku bahwa ia mencintaimu".

Ya Allah bangkitkanlah diantara kami dan anak cucu kami Miqdad-Miqdad, seorang pahlawan, pejuang dan pembela AgamaMu. Ameen.


 
Copyright (c) 2010 Fakir Muhammad. Design by WPThemes Expert
Themes By Buy My Themes And Cheap Conveyancing.