Pages

Oct 10, 2008

Tak Kenal Maka Taa’ruf =)

Ana akhuhum fil Islam Ahmad Najmi bin Mohamad Khairi. Berasal dari tanah, tetapi dibesarkan di Perak selama 12 tahun sebelum merantau ke Selangor untuk menuntut ilmu di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang selama 5 tahun. Sekarang ana menyambung pelajaran dalam bidang bioteknologi di International Education Center (INTEC), UiTM di Seksyen 17 Shah Alam. InsyaAllah, kalau diizinkan tuhan akan merantau pula ke Amerika selama 3 tahun.

Ana seorang anak sulung dari 6 orang adik – beradik. Adik – adik ana bernama Mardhiah (17), Nur Adibah(15), Ahmad Nasri(9), Hanisah (7) dan Ahmad Nazim (1). Ibu dan ayah ana berkerja sebagai guru di sekolah rendah dan sekolah menengah di Perak. Ibu (Fatimah binti Ismail) dan ayah (Mohamad Khairi bin Mohamad Ani) ana berkahwin pada 12 Disember 1988 dan kurang setahun kemudian lahirlah ana sebagai muka Bumi setelah ana berjanji dengan tuhan sebelum roh ditiupkan bahawa ana akan menjadi khalifah di muka Bumi jika dihidupkan. Lalu bermulalah epilog kisah 19 tahun sehingga masa yang ditentukan seorang hamba bernama Ahmad Najmi di atas muka Bumi ini.

Hobi ana ialah 3M iaitu membaca, menulis dan menganalisa. Bukan mengira sebab ana jenis yang malas buat latihan. Akibatnya, subjek – subjek yang memerlukan matematik diaplikasikan dengan tepat dan cermat kelihatan agak jauh dari kecemerlangan. Menurut kata ibu, ana mula membaca pada umur 4 tahun. Mungkin disebabkan genetic prediposition yang diwarisi. Sejak dari itu, mana – mana ana pergi akan ada buku di tangan. Makin lama, ana dah tak selalu pegang buku but i do love to read. Minat menulis pula mungkin diwarisi dari ayah yang merupakan seorang yang suka berkarya dahulu. Nama pena ayah ialah Anak Lanun. Karya – karya ayah banyak ana baca dalam majalah –majalah dahulu dan kebanyakannya menyentuh hati ana (bagi seorang anak kecil ketika itu). Ana pernah membuat cerpen yang bertajuk Awan Ku Bintang Hati tetapi karya ana itu mungkin tak memuaskan hati ana kerana ia agak sama dengan cerpen ayah ana dahulu. Ana selalunya menulis sajak yang menyentuh tentang kehidupan, ketuhanan dan kecintaan seperti Mencari Sirotul Mustaqim, Oh.. I See.., Kasih Bintang, Jika Kau Rindukan Aku dan Kehinaan Seorang Manusia.

Cita – cita ana ialah yang utama ialah untuk menjadi seorang hamba, khalifah, anak, abang, ahli masyarakat dan manusia yang berguna sepanjang hidupnya dan memenuhi tuntutan tujuan ia diciptakan di atas muka Bumi ini. Selain itu, ana berharap apabila ana graduate nanti ana boleh berkerja sebagai seoran geneticist dalam bidang bioteknologi, specific in genetic engineering field. Kalau nak lebih specific, untuk membuat ubat sama ada untuk AIDS/HIV or Malaria, antara dua.

Ayah ana pernah berpesan, kalau ana nak jadi cikgu, ana mest jadi lebih dari cikgu sama ada guru besar atau pensyarah supaya ada keseimbangan dalam keluarga. Dan dia pernah menyatakan tujuannya menghantar ke sekolah agama instead of MRSM Pasir Salak adalah kerana dia mahu ana menjadi whatever I wanna be but in the same time you can be the imam. Jadilah saintis atau apa sahaja asalkan ana kuat pegangan dalam agama. Keluarga ana bukanlah keluarga yang mempunyai fikrah agama yang kuat, tetapi ayah ana mahu yang terbaik untuk ana. Itulah naluri dan kasih seorang ayah. Ana sayang ayah.

Adik ana yang bernama Mardhiah sekarang sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Lambor Kiri di Bota Perak. Hujung tahun ni dia akan menghadapi SPM dan sekarang dia tengah pening kepala kenapalah Kimia tu susah sangat nak hafal. Seorang yang rajin (boleh la), selalu kena kemas rumah, pandai masak, senang menangis (haha), boleh cepat – cepat jadi ibu (belajar dulu!), dan paling liat bila bangun tidur (Haha, kantoi). Biasa la anak gadis zaman sekarang.

Adik ana yang bernama Nur Adibah pula sekarang sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Slim River, Perak. Baru habis PMR dan sekarang dia tengah memperbaiki masalah dalaman dia. Boleh dikatakan dia seorang yang agak kontra berbanding kakaknya tetapi dia seorang yang cantik, sensistif dan mudah marah. Tapi dalam masa yang sama dia masih seorang adik yang baik. Tetapi mungkin masih ada ruang untuk dia memperbaiki dirinya.

Kedua – dua adik ana ni la tempat ana mengadu susah dan payah menjadi seorang abang dan pelajar. Dan di tubuh kedua – dua adik inilah pernah ana melepaskan tumbuk dan tampar kerana kemarahan menguasai jiwa disebabkan kesalahan kecil mereka. Semua itu telah berlalu ketika ana tiada fikrah Islam yang sebenar, tetapi sesuatu yang menyentuh jiwa dan membuatkan ana terharu ialah sehingga hari ini tak pernah sekalipun kedua – dua adik ana ini pernah mengungkit kisah – kisah itu semua. Sememangnya diorang adik yang baik dan ana harapkan mereka dikurniakan suami dan kehidupan yang baik.

Adik ana yang bernama Ahmad Nasri pula ialah seorang kanak – kanak istimewa. Dia diserang demam panas ketika berumur 8 bulan. Setelah beberapa kali naik turun Hospital Ipoh dan diambil air tulang belakangnya, dia disahkan berpenyakit meningitis iaitu penyakit keradangan di selaput otak yang disebabkan jangkitan bakteria. Doktor memberi harapan ada kemungkinan 40% dia akan sembuh. Ayah dan ibu ana beberapa kali berikhtiar unuk menyembuhkan Nasri atau nama yang kami panggil iaitu Selamat. Kami pergi berubat secara tradisional, rawatan refleksiologi, terapeutik dan even tanam dalam pasir. Kadang – kadang dia akan sawan seketika tapi makin hari demi hari, sawannya menjadi kurang teruk. Kalau dahulu pasti mulutnya berbuih – buih tetapi sekarang tidak lagi. Walaubagaimanapun, Selamat masih tidak boleh bangun, duduk dan bercakap. Kalau dia lapar dia akan merengek dan kalau dia suka dia akan gelak atau senyum. Tetapi alhamdulillah, pemakanannya tiada maslah dan itu menyebabkan dia semakin bertambah berat dan menyukarkan kami sekeluarga mengangkatnya untuk mandidan sebagainya. Me and my parents view this as a test from Him. Siapa tahu perancangannya. Mungkin kalau dia sihat ana dan keluarga ana tidak menjadi keluarga yang bahagia seperti sekarang. Mungkin kami akan mengejar keduniaan, siapa tahu? Sebab sifat manusia yang lebih dekat dengan tuhan bila diwaktu susah dan jauh bila diwaktu senang. Tuhan Maha Adil, insyaAllah ada ganjaran disebalik semua ini.

Adik ana yang bernama Hanisah pula sedang belajar darjah 1 di Sekolah Kebangsaan Padang Changkat, Bota Perak, tempat ibunya mengajar dan bekas sekolah ana dahulu. Seorang yang periang, banyak cakap, kadang – kadang mengada – ngada, menghiburkan, dan selalu bergaduh dengan kakak – kakaknya sehingga ia merajuk. Biasalah kena buli dengan diorang berdua. So, ana lah tempat dia mengadu kasih selepas dibuli. Tetapi ada ketika dia membuat sesuatu yang tak disukai dan ana tak boleh tolong la. Siapa suruh buat (haha). Ana tak pernah cubit dia lagi la tapi kalu dia kena cubit dengan kakak dia memang kasihan. Dia ni seorang yang malas sedikit dalam pelajaran, tetapi masa balik cuti bulan 5 hari tu macam dah berubah sedikit. Biasa la budak kecil, mana nak suruh baca buku je kan?

Dan adik ana yang bernama Ahmad Nazim adalah seorang anak kecil yang baru belajar berdiri dan mula untuk berlari. Secara tepat umurnya adalah 1 tahun 9 bulan (31/1/2007). Senyumanya sangat menghiburkan, comel (masa muda je kot..haha), dan tak boleh duduk diam. Ana terpaksa menjaga dia selepas habis sahaja SPM kerana ibu dalam keadaan yang kurang sihat ketika itu, dan terpaksalah ana melupakan niat untuk berkerja untuk babysit budak ni. So, memang tengah – tengah malam memang kena asyik jaga la sebab dia nak susu. Memang suatu pengalaman baru yang tak dapat dilupakan dan mungkin boleh diaplikasikan untuk menjadi ayah mithali (ehem..). Kadang – kadang bila ana balik rumah, dia mengambil masa untuk mengenal ana kembali, tetapi segala rasa penat dan stress di perantauan hilang ketika melihat dia tersenyum. Memang tak sabar melihat perkembangannya kalau ana ada masa untuk balik ke rumah. Dengar dari ibu, dah pandai mencontang dinding rumah. Itulah serba sedikit mengenai ana. Sekian, jazakAllahukhairan.













Ayah dan Ibu..
Mardhiah, Adibah, and ana..
Hanisah and Nazim
Nasri..
Note: Sekadar luahan rindu sementara menghadapi final exam for Fall 2008.. huhu..
Ya Allah, aku sayang mereka ini. Tempatkan kami di bawah lindungan rahmat Mu. Amin.


4 comments:

Anonymous said...

ya Allah,
aku sayang sahabatku ini...
kenapa nta tak pernah cerita semua ni kat ana...
cam baru taa'ruf betul2...

aaa

Fakir Muhammad said...

maaf la akhi.. ana perahsia.. hehe.. so, anta boleh simpan rahsia anta kat ana.. =P

Anonymous said...

salam..ana igtkn ana da knal la anta nie..rupenye x..walaupn kte skelas slame 4 thn kn..hehehe..

sgt tharu bace biodata family anta..
syahdu..hehehe..x tau la myb kalo sentuh bab family nie ana cm trsentuh ckit..hahaha biasela kn naluri khidupn..emm..~~~

ana sbg shabat doakn yg trbaik utk anta n family..smoge antum brada dlm lindungan rahmatNya n bbahgie slalu..amiin..insyaAllah..:)

Fakir Muhammad said...

insyaAllah

 
Copyright (c) 2010 Fakir Muhammad. Design by WPThemes Expert
Themes By Buy My Themes And Cheap Conveyancing.