Pages

Aug 8, 2008

Kenapa Ana Dihidupkan di Dunia Ini?

Sebagai seorang manusia yang dikurniakan akal fikiran untuk befikir, ana pernah terfikir kenapa ana dihidupkan di dunia ini.. adakah sekadar satu kehidupan semata-mata, makan, study, tidur, kahwin, dapat anak, last2 meninggalkan dunia ini? kalau macam tu ana rasa diri ana tak ubah seperti robot.. ya, robot hidup yang menjalani kehidupannya dengan tujuan untuk menikmati sepenuhnya segala kenikmatan di dunia ini..

Habis tu, kenapa ana dihidupkan di dunia ini?? adakah Allah menciptakan ana supaya just sekadar menjadi anak yang baik kepada En. Mohamad Khairi bin Mohamad Ani dan Pn. Fatimah binti Ismail? Juga untuk menjadi abang yang baik kepada Mardhiah, Nur Adibah, Ahmad Nasri, Hanisah dan Ahmad Nazim? Atau menjadi orang yang sentiasa menolong orang lain di dalam kesusahan? Kalau begitu, apakah bezanya peranan ana dalam dunia ini sebagai seorang
Muslim dengan yang bukan non-Muslim? Bukankah ramai juga orang non-Muslim yang membuat semua peranan2 di atas malah ada yang lebih hebat lagi.

Eh, eh.. ana terlompat istilah pulak dari istilah 'manusia' ke 'muslim.' Xpelah, nanti kita bincang pasal hakikat manusia pula. Later~

Seorang rakan non-Muslim yang ana kenal semasa menghadiri kem Pengakap 2001, pernah mengatakan "Hidup ini mesti ada tujuan. Kalau tiada, tiada makna seseorang untuk terus hidup kerana dengan sebab adanya tujuanlah seseorang akan hidup. Kalau awak tengok movie2 dekat pawagam, kenapa hero @ heroin yang teruk kena belasah sanggup bangun balik untuk melawan, itu kerana diorang ada tujuan yang pasti, yang ingin diorang capai. Kalau diorang tak ada tujuan, tak mungkin diorang sanggup gadaikan nyawa untuk capai tujuan tu."

"Tujuan hidup saya ialah berkhidmat kepada ibu-bapa sampai mereka mati dan menjadi manusia yang paling berguna kepada umat manusia. Apa pula tujuan hidup awak?" Soalan bonus tu. Biasalah, sebagai anak muda yang tak baligh lagi, ana pun jawap "Sama macam awak la (sambil tersenyum dan menyambung perkataan 'kot' di dalam hati)." Huhu..

Em, non-Muslim pun ada tujuan hidup dia yang jelas. Bagaimana pula dengan ana?

Dulu, masa awal tahun 2008, berkenalan dengan seorang student INTEC yang akan fly ke Mesir. Masa tu ana dengan Faiz. Dengan tujuan nak me'lasso' dia masuk usrah, so Faiz pun berbasi-basa dengan dia. Rupa-rupanya dia budak KISAS. Ana fikir lagi senang la kan. Tunggu punya tunggu, Faiz masih tak cakap2 juga tujuan asal dia. Em, ana pun apa lagi, sejak tadi asyik dengar je, so ana pun masuk la. Sambil straight to the point (ana memang lebih selesa begini), ana pun tanya dia. "Apa tujuan Allah menciptakan manusia di muka bumi ini? Dia pun dengan tenang menjawap, "Ada 3. Pertama, abid illAllah. Kedua, menjadi khalifah. Ketiga, berdakwah." Wah, dalam hati ana dah yakin dah, lagi senang nak join usrah ni. Tapi bincang punya bincang, dia minta untuk difikirkan dahulu sehari dua. (Tapi akhirnya, selepas dia berbincang dengan kawan2 dia, tak jadi juga. Dia lebih selesa dengan usrah yang sedia ada di INTEC. Tapi ana cakap dekat dia, tak pe lah, banyak orang yang melakukan tarbiyyah, tetapi masing2 mengikut cara yang berbeza. Ana jga pesan, kalau ana ada program, dia blh ikut sebab tarbiyyah bukan untuk disimpan untuk diri sendiri, tetapi untuk diberi dan diamalkan.

Apa-apa hal pun, ikhwah itu ada tujuan hidupnya yang jelas. Bagaimana pula dengan ana?

Setelah 5 tahun merantau dan bermastautin di Selangor, akhirnya ana ketemu juga tujuan hidup ana diciptakan di dunia ini. Walaupun ada usrah di sekolah dulu, tapi masih tak dpt 'the clear picture' lagi. Mungkin salah ana yang tak bersungguh-sungguh. Bak kata orang, hidayah Allah tak akan hinggap di jendela hati yang tertutup. Ada 2 rupanya, berdasarkan dalil2 al-Quran.

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Aku hendak menjadikan khalifah di muka bumi."... (al-Baqarah, 30)

Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku. (az-Zariyat, 56)

Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi-Mu, bertemu dan patuh (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah-Mu. Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari'at-Mu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya. Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini. Tunjukkanlah kepada hati-hati ini jalan-Nya (yang sebenar). Penuhkanlah (piala) hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap. Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman/keyakinan dan keindahan tawakkal kepada-Mu. Hidup suburkan hati-hati ini dengan ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentang-Mu. (Jika Engkau mentakdirkan mati) maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada' dalam perjuangan agama-Mu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini.

"Ya Allah ya tuhanku, aku dambakan mati syahid di jalan-Mu."



Note:
The friend of mine (the non-Muslim guy) was supposed to continue his study abroad, however, because of her mother bad condition, he chose to study just in Malaysia. "Hey, you can succeed everywhere," he said to me. Hebat kan non-Muslim ni?? Bagaimana pula dgn ana??

0 comments:

 
Copyright (c) 2010 Fakir Muhammad. Design by WPThemes Expert
Themes By Buy My Themes And Cheap Conveyancing.