Salam~ Lamanya tertangguh post ni. Biasa la, test, aktiviti ini, itu, so, terpaksa tangguh yang ni. Jom bincang pasal hakikat manusia nih.. Like I promise before..
Manusia tercipta dari percantuman air mani yang hina dan ovum di dalam jasad manusia bergelar ibu. Dan ana rasa antum2 semua terutamanya ’future doctor’ lebih tahu dari ana stage2 kehamilan dari percantuman anak benih hingga keluarnya seorang anak Adam di muka bumi.
Tapi, kalau kita tengok, terlalu banyak anak Adam yang lupa akan asal-usul mereka dan kebanyakannya tidak mengetahui hakikat diri mereka sebagai manusia.
So, dari mana manusia berasal? Dan apakah hakikat manusia itu sebenarnya? Mungkin kalau Muslim, kita akan cakap kita berasal dari tanah berdasarkan dalil-dalil al-Quran. Dan mungkin kalau non-Muslim mereka akan bercakap manusia berasal dari 2 benih tadi. (Kalau ada yang nak betulkan cakap ye.)
Tapi apa yang ana nak cakap ialah dimanakah tempat asal kita? Bukankah kita semua secara jelasnya berasal dari syurga? Betul tak? Manusia pertama, nabi Adam alaihi salam bukankah sudah tinggal dulu di syurga sebelum baginda diturunkan ke bumi? So, senang cakap, kita semua tak kira muslim @ non-muslim berasal dari syurga, dan kampung halaman semua manusia yang pernah hidup dari zaman nabi Adam a.s. hingga akhir zaman adalah syurga.
Itu hakikat kita yang pertama. Next post insyaAllah ana bincang hakikat yang lain pulak iaitu mualaf tu, mereka convert masuk Islam ke, atau re-convert? Tak apat panjang2, kerja banyak dekat INTEC nih. huhu..
p/s: Ada sape2 nak tambah atau betulkan?? Sila2.. Ana pun ilmu tak cukup lagi.
0 comments:
Post a Comment