Pages

Feb 11, 2011

Dakwah perlu serius ke bang?

Bismillah.

Hari tu ana mendengar seorang ikhwah yg meng'quote' kata2 dari ikhwah lain, yg mana dia mengeluarkan satu statement iaitu, "Dalam berdakwah ni tak perlu serius, tapi keseriusan dalam berdakwah tu yg penting" (Hafiz Ramli, Tamrin UB, November 2010).

Sekali-sekala meng'famous'kan org ni best gak.

Persoalannya, berapa ramai di antara kita yg faham KESERIUSAN DALAM BERDAKWAH ni?

Sebelum kita fahami apa yg dimaksudkan dengan keseriusan dalam berdakwah ni, mari kita check, bagaimana dakwah kita.

Seriuskah kita berdakwah jika kita:-
1. Solat subuh berjemaah di rumah pun selalu tinggal/tak buat (apatah lagi solat di masjid)
2. Al-Quran pun jarang kita sentuh, kalau sentuh macam nak tak nak je, setakat baca tapi tak hayati
3. Pakaian selekeh, tempat tinggal pun tak terurus, etc
4. Merosakkan tubuh badan kita dengan merokok
5. Menghabiskan byk masa dengan benda2 lagha berbanding dgn bhn2 ilmiah atau mengingati Allah
6. Tugasan yg diberi tidak disempurnakan (lagi teruk bagi alasan lupa)
7. The list goes on and on....

Oh, mungkin contoh extreme, tapi korang faham kot apa yg cuba disampaikan.

Sesetengah mereka yg mendengar qoute di atas menyangka kita boleh gelak2 dalam berdakwah, boleh bermain-main, tak perlu nak bertegas/serius/muka tegang dalam menyampaikan dakwah.. Bukan salah, cuma bukan itu sahaja maksudnya.

Bukankah sebelum Muhammad itu diangkat menjadi nabi dan rasul, baginda telah ditarbiyah selama 40 tahun oleh Allah? Sampaikan ketika baginda nak pergi ke pesta di kota Mekah baginda ditidurkan oleh Allah. Bukankah Muhammad ketika itu digelar al-Amin, kerana peribadi baginda yg mulia, tak pernah menipu, dan disayangi oleh semua penduduk Mekah?

Bukankah 40 tahun nabi Muhammad ditarbiyah utk melengkapkan peribadi baginda yg unggul, menjadi qudwah hasanah (contoh tauladan) kepada seluruh umat manusia?

Ikwah, bagaimana kita hendak berdakwah kepada org lain sedangkan kita masih belum menunjukkan qudwah hasanah kepada org lain? Bukannya kita perlu sempurna seperti nabi baru kita boleh berdakwah, tapi kalau benda yg 'wajib' pun kita masih tak dapat sempurnakan dgn baik, bagaimana kita boleh menjadi tauladan kepada yg lain?

Dakwah ini gerakannya ke luar, dan kalau di dalam diri kita masih ada karat2 jahiliyah, maka anasir2 jahiliyah jugalah yg akan diterima oleh org lain.

Umpama lampu meja yg terang di sudut bilik yg gelap, dakwah itu nur (cahaya) yg menerangi alam. Kalau terdapat titik gelap di sumber cahaya, maka kelam lah cahaya dan suram lah bilik.

Kesimpulannya, kita kena serius dengan diri dalam melaksanakan tugas2 wajib kita sebelum kita serius dengan org lain.

Wallahualam.

p/s: Another delayed post. Afwan.

0 comments:

 
Copyright (c) 2010 Fakir Muhammad. Design by WPThemes Expert
Themes By Buy My Themes And Cheap Conveyancing.