Pages

Aug 4, 2008

Hijrah Diriku

Pepatah Arab ada mengatakan, "Rosaknya air kerana statiknya, rosaknya pemuda juga kerana statiknya (tidak berbuat apa2 pada masa lapang).

Kalau difikirkan, ada kebenaran di sebalik pepatah tersebut. Seorang teman pernah menceritakan, dahulu apabila dia terlalu sibuk dengan aktiviti kokurikulum di sekolahnya, terlibat dengan banyak events sekolah, prestasi akademiknya di tahap yang baik.

"Mungkin sebab bila aku sibuk sangat, so aku lebih concern utk divide masa belajar, masa utk aktiviti ini, aktiviti itu. Bila masa luang je, aku buat homework atau study. So, aku tak buang masa sangat," katanya.

"Tetapi bila waktu aku tak sibuk, aku mula leka. Kadang-kadang homework tangguh, masa dekat kelas pun main2. So, banyak la subjek yang down grednya," sambungnya.

Hurmm.. Memang tepat kena batang hidung ana. Kalau diimbas kembali, terlalu banyak jawatan yang dipegang sewaktu di sekolah dulu sehingga semua guru kenal dan terlalu banyak la program atau aktiviti yang terpaksa diselenggara terutamanya sewaktu memegang jawatan presiden Pembimbing Rakan Sebaya semasa Form 5.

Bersama Kaunselor PRS: Teacher Syairatul Azlin
Tetapi, bila di INTEC, membuat persedian selama 2 tahun, mula terfikir untuk berehat. Dan disitulah mulanya dalam diam ter'develop'nya sikap bertangguh-tangguh dan rasa malas. Dan kesannya amatlah ana rasakan sehingga sekarang. Namun, dalam beberapa minggu ini, ana cuba untuk mensibukkan diri dengan pelbagai aktiviti2 di INTEC, namun bila sesuatu sudah menjadi kebiasaan, payah untuk dibuang. So, walaupun sibuk, masih tak dapat membahagikan masa dengan baik. Agak merunsingkan dan merumitkan hidup ana.

Namun begitu, ana percaya, kalau kita buat sesuatu ikhlas kerana Allah, Allah pasti membantu kita. Terutamanya apabila kita tahu tujuan kita dihidupkan dan kita berusaha ke arah itu. Janji-Nya, "Wahai orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu, dan meneguhkan kedudukanmu," (Muhammad, 7). Later~

5 comments:

Anonymous said...

yup..btol2..stuju2..sama la..skrg ni pun dah penin2 dah..mcm mana nak bhagi masa nih?? konfius2..ble lebihkan yh ni yg sana terkurang..lebihkan yg sana yg ni terkurang pulak..ish2..sshnya..huh..emm..mgo2 Allah permudahkan..insyaAllah..yakinlah pada ayat-ayatNya..janji-janjiNya..yup..klu kita tolong agama Allah, nati pasti Allah tolong kita balik..Allah tu Maha Adil..Maha Penyayang..Maha Mengetahui..Maha Mendengar..Dia SAYANG semua, semua, semua hamba-hambaNya..cuma kta je yg asyik xambil peduli ngan kasih sygNya..mari masa2 kita muhasabah diri..4 my poor self too..changing 2 be a better person from day to day..insyaAllah.

sisfas said...

salam~

semoga berjaya dalam pnulisan kreatif berdakwah thru blog...

insyaALLAH =)

*karya islamik terus mendapat tempat*

Anonymous said...

Demi masa najmi...

"Barangsiapa yang tidak menyibukkan diri dalam kebaikan nescaya ia akan disibukkan dalam keburukan"

taaruf itu gitu-gitu
takwin itu wajib
natijahnya tanfiz

faham ke.. tak pe boleh discuss ..hheeh

ASBARTS® said...

ish, buatla chatting box...
hehehe...
well, kalau ana, ana akan cari sape2 yang boleh menyibukkan ana...
nta rasa keseorangan kot...

Anonymous said...

erm...ckp psal msa ni..xkn tmbulnya pepatah "msa itu emas" klau x kerana nilainya yg tiada tolak banding...mmg la x nmpak dmta berkilau2 cm emas,..n nilainya ttp bergantung pd bgamna kita mengisinya...septah 2 kata utk renungan bersma..
"masa= Masa Akan Sentiasa Ada"
EHEHEHHE....XD

 
Copyright (c) 2010 Fakir Muhammad. Design by WPThemes Expert
Themes By Buy My Themes And Cheap Conveyancing.