Pages

Feb 19, 2009

Dakwah di Mekah bukan satu kegagalan!!!

Lama tak menulis. Bukan kerana malas, bukan kerana tak ada access internet, tetapi terlalu byk kerja yang lebih penting. Malah, post ni pun post yg tertangguh. Kira2 ada lagi 5 atau 6 post yang tertangguh. Afwan, kelemahan diri ana kerana tak pandai menguruskan masa. Moga dipermudahkan.

Bismillah.

Sekadar memetik dialog yang diucapkan dalam sebuah drama..

"Rasulullah berhijrah ke Madinah sebab usahanya gagal di Mekah."

Benarkah penyataan tersebut?

Mungkin ada yang mengatakan ada benarnya dengan statistik bilangan kaum Arab di Mekah yang memeluk Islam selama 3 tahun dakwah secara sirr(rahsia) hanya seramai 40 orang dan bilangan orang Islam Mekah yang memeluk Islam selepas 10 tahun dakwah secara terang-terangan dianggarkan 313 dan lebih (anggaran bilangan dari perang Badar).

Namun begitu, jangan dikata perjuangan Rasulullah gagal di Mekah. Adakah kita lupa bahawa dengan 313 orang itulah yang menyebabkan bilangan umat Islam meningkat mendadak. Contohnya, dalam haji Wida', bilangan umat Islam yang mendengar khutbah terakhir Rasulullah ialah seramai 124,000 orang. Itu umat Islam yang datang, masih ada lagi yang tidak hadir.

Tidakkah kita tahu, Abu Bakar as-Siddiq pada hari kedua keislamannya, telah mengajak 2 orang sahabatnya memeluk Islam dan pada hari yang ketiganya berjaya mengajak 2 orang lagi memeluk Islam dan 5 sahabat dari 10 sahabat yang dijanjikan masuk syurga masuk Islam kerana ajakannya dengan izin Allah.

Sebenarnya, dakwah Rasulullah di Mekah tidak pernah gagal, kerana dengan dakwah selama 13 tahun itulah yang menyediakan jus atau pati dakwah pejuang2 Islam.

Jus atau pati, apabila dicampur dengan air, merebak ke seluruh ruang zarah. Nila, dengan setitik mampu mem'biru'kan air sebaldi.

So, ubah paradigma anda, ubah sikap anda, hayati sejarah hidup Rasulullah dan refleks sejarah hidup anda sebagai Muslim. Adakah sama apa yang anda buat selama ini dengan golongan salaf(golongan terdahulu)? Adakah anda hidup demi Islam atau anda menyangka Islam adalah untuk anda? Fikir-fikirkan dan belajarlah dan ambillah pengajaran dari sunnah Allah.

0 comments:

 
Copyright (c) 2010 Fakir Muhammad. Design by WPThemes Expert
Themes By Buy My Themes And Cheap Conveyancing.