Pages

Feb 25, 2010

Perkara paling penting tapi sering kita lupakan..

Bismillahhirrahmannirrahim..

Niat. Semudah itu sahaja. Perkara paling penting tapi sering kita lupakan.. lepas tu kita bising2.

Kita pergi kedai mamak, niat untuk makan atau bersembang dengan kawan2. Lepas makan kita sambung balik kerja kita.

Kita baca buku2 pelajaran (ya, yang tebal 300 muka surat tu!) untuk mendalami subjek yang kita ambil. Lepas dah 'muak' nak baca, kita tutup buku dan buat kerja lain.

Tapi pernah tak dalam setiap tindakan kita, kita secara sedar dengan akal kita, kita berniat? "Aku pergi kedai mamak, makan 2 keping roti canai, minum teh tarik dan sembang2 dengan kawan," atau "Aku nak baca 10 muka surat hari nih sebab aku tak faham apa yg professor ajar kat kelas."

Oh, jangan salah faham. Ana bukan mengatakan niat itu penting sehinggakan setiap perkara yang kita lakukan perlu kita sedar kita berniat/berhajat. Kenapa? Kadang2 kita tak sedar pun kita dah makan atau kadang2 kita tak sedar pun kita dah menyakitkan hati orang lain.

Minda separa sedar atau subconscious mind, tapi itu cerita lain. SubhanAllah.

Apa yang ana cuba tekankan ialah kita akan diuji berdasarkan apa yang kita niatkan.

"Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu."

Riwayat Imam Bukhari dan Muslim

Andai kata kita mengatakan kita belajar kerana Allah, maka pasti kita akan diuji kerana itu. Andai kata kita berkerja kerana Allah, pasti kita akan diuji kerana itu. Sepertimana kita mengatakan kita beriman kepada Allah, maka Allah pasti akan menguji kita.

"Alif laam mim… Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan ”Kami telah beriman” sedangkan mereka tidak diuji?? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta” (Al-Ankabut: 1-3)

Jika manusia yang berlajar kerana Allah itu sedar dia memang belajar kerana Allah, pasti dia tidak akan meniru atau menipu dalam pelajaran. Jika manusia yang berkerja kerana Allah itu sedar dia memang berkerja kerana Allah, pasti dia tidak akan mengambil rasuah, khianat dan pecah amanah.

Ilmu dan harta itu adalah rezeki yang Allah kurniakan kepada manusia tanpa mengira agama, iaitu tauhid rububiyyah. Bagi muslim pula, setiap rezeki mempunyai berkah, iaitu ia membawa manfaat bukan sahaja kepada orang yang menerima rezeki, tetapi juga orang di sekelilingnya.

Jadi adalah logik jika Allah ingin menguji muslim itu jika apa yang akan dia dapat akan memberi mafaaat kepadanya. Even the smallest matter, if we do it for Allah, He will test it out.

Jadi usahlah mengalah wahai sahabat2 ana sekalian dalam apa yang kita lakukan. Jika anda diuji, itu menandakan Allah masih memberi perhatian kepada hidup anda. Alhamdulillah. Bukankah itu yang kita, muslim, mahukan?

P/S: Berdasarkan pengalaman sendiri. Huhu.. A thought before we end, "even we have 100 reasons to cry, we still have 1000 reasons to keep us smile."

 
Copyright (c) 2010 Fakir Muhammad. Design by WPThemes Expert
Themes By Buy My Themes And Cheap Conveyancing.