Pages

Dec 8, 2009

Bingkisan Kisah Untuk Sahabat

Assalamualaikum.

Post kali ini ana dedikasikan utk seorang sahabat ana yang sudah lama menyepi. Bukan niat utk memberi nasihat kerana ana sedar siapalah ana utk memberi nasihat kepadanya; cuma ana teringat bahawa Mukmin itu kasih dan kisah akan saudaranya, maka ana rasa bertanggung-jawab utk melakukan sesuatu utk membantu.

Ya akhi,

Jika kemurungan anta adalah kerana suasana jahiliyah lebih kuat,
Tidakkah anta ingat Mus'ab bin Umair juga dihantar ke Madinah ketika pengaruh jahiliyah masih kuat di sana,
Kerana ana yakin keingina terhadap Islam di sana masih tidak hilang,
cuma memerlukan anta mengoptimumkan peluang dan cara.

Jika kemurungan anta adalah kerana suasana dakwah yg menekan,
sehingga membantut segala kreativiti minda dan kelembutan hati anta,
maka ingatlah, Usman bin Affan juga pernah ditekan ketika hujung pemerintahanny,
bersangka baiklah, kerana itu antara sifat penting seorang pendakwah.

Jika kemurungan anta adalah kerana seorang wanita,
sesungguhnya lelaki yg baik utk perempuan yg baik; dan perempuan yg baik utk lelaki yg baik,
dan Allah tahu siapa yg terbaik utk kita.

Jika kemurungan anta adalah kerana anta merasakan beberapa tahun hidup anta adalah sia-sia,
maka ingatlah, setiap perkara yg berlaku adalah ujian, dan ada hikmah di sebaliknya,
kerana Allah tidak menjadikan setiap sesuatu itu sia-sia,
hatta nyamuk dan lalat ada peranannya,
semuanya adalah utk memudahkan anta menjalankan tanggung-jawab anta sebagai khalifah,
kerana mungkin sahaja Allah nak mengajar anta sesuatu, dgn ujian tersebut,
yg Allah tak ajarkan pada kami semua.

Kita kata kita belajar kerana Allah,
maka Allah akan uji kita dgn ujian gagal dalam ujian, mungkin,
kalau kata belajar kerana Allah, utk timba ilmu,
mana yg kita nak capai: kejayaan dalam ujian atau keberkatan dalam ilmu?

Tetapi ya akhi,
jika kemurungan anta adalah kerana gagalnya ana dalam memenuhi janji anta,
utk membantu anta di sana,
maka maafkanlah ana ya akhi,
sesungguhnya ana mempertimbangkan keadaan mengikut marhalah,
bukankah bagus kalau anta di sana dan ana di sini,
supaya perkembangan dakwah itu lebih luas dan tidak tertumpu sahaja,
kerana ana tersangat lah yakin bahawa anta mampu melakukannya.

Ya akhi,
sesungguhnya, kemurungan anta adalah kemurungan kami,
malah kami lebih murung daripada anta,
"di manakah saudara kami?"
tangisan anta adalah tangisan kami,
malah kami lebih banyak menangis daripada anta,
"kenapa kami gagal membantu?"

Maka ya akhi,
janganlah tanggung beban itu seorang diri,
kami bersedia menumpangkan bahu utk anta,
seperti mana apa yg kita buat di Kenangan Bersama Mu dahulu,
sepertimana yg pernah kita janjikan dahulu,
janganlah bersendirian lagi ya akhi,
kerana kami sangat merindui sahabat kami yg dahulu,
bersama-sama menegakkan Islam di muka bumi ini.

Maafkanlah ana atas kesilapan ana,
sesungguhnya ana tidak menjangkakan akan terjadi begini,
kerana ana tak mampu melihat masa depan,
dan kerana ana yakin anta mampu melakukannya bersendirian di sana.

Afwan ya akhi, afwan ya akhi, afwan ya akhi,
Kembalilah,

Sesungguhya, kami sedia menanti.
 
Copyright (c) 2010 Fakir Muhammad. Design by WPThemes Expert
Themes By Buy My Themes And Cheap Conveyancing.