Pages

Apr 29, 2009

IMPIAN Part I

Bismillahhirrahmanirrahim..

Assalamualaikum. This post will be special post for me as I kept wondering weather I should post it or not. This will be an answer for any of my action since I realized the state being the true Muslim.

Salah satu sebab utama kenapa ana berpisah dengan kekasih ana dahulu adalah kerana impian ana.

Teringat ketika ber’sms’ dengan kekasih ana dahulu. [Maaf, bahasa di bawah adalah sangat jiwang bagi ana. Huhu.. Cinta zaman jahiliyah.]

Impian mi ada banyak. Pertama, kalau boleh mi nak bawak ibu dan ayah pergi Mekah dengan duit gaji mi. [macam x kesampaian sebab ibu cadang nak pergi haji tahun depan.]

Kedua, kalau boleh mi nak adik2 mi naik pelamin dulu. [sekarang ni macam ana je kena naik dulu.. huhu.. pengaruh amer and akhi Saif nh.]

Ketiga, kalau boleh mi nak mati dulu sebelum ibu dan ayah. [cukuplah kesedihan di hati bila Tok Wan meninggalkan diri ini.]

Keempat dan paling utama, mi nak dekat akhirat nanti mi dapat tengok wajah(redha) tuhan.

Bila dikenang kembali, ketika ana bermuhasabah semenjak terjebak di alam percintaan jahiliyah suatu ketika dahulu, berpuluh-puluh kali ana bertanya, "Kata nak tengok wajah tuhan, nak dapat redha Allah, Allah redha ke apa yg aku buat ni?"

Dan kerana itulah ana kembali mengejar apa yg telah ia hilang suatu ketika dahulu. Maka, tanggal 1 Januari merupakan hari hijrah diri ini mencari permata yg hilang. Masa tu ada rasa sedih, dan dalam masa yg sama rasa tenang. Lama-kelamaan, tekad itu bertambah kuat dan terus kuat semenjak ana berada di INTEC.

Mengenali akhi Faiz Kamaluddin, org pertama yang membawa ana ke dunia usrah. Bermula dengan ISK oleh Ustaz Salam di Kelab Warga Emas, alhamdulillah ana dapat komited di dalam usrah. Berkenalan dengan akhi Zulkarnain dan akhi Mus’ab, naqib usrah yg pertama. Spring 2008 berkenalan pula dengan akhi Saif yg selamba dan kelakar (hehe), akhi Amer, akhi Ammar Shahrin, akhi Haq, akhi Aza, akhi Azlan, akhi Firdaus, akhi Iqram, akhi Izzat, akhi Wan Anas, akhi Syafiq dan banyak lagi ikhwah2 di serata Malaysia.

Ikhwah-ikhwah semua, kita semua berpahit-lelah bersama utk menjayakan program kita, tidur bersama, makan bersama, sehingga diri ini berasa manisnya usrah. Sehinggakan ana merasa rugi jika tak datang usrah, sehingga ana sentiasa menunggu utk berusrah bersama-sama antum semua. Semua perasaan yg indah-indah ini menguatkan lagi azam ana utk sentiasa mengejar impian ana yang keempat.

Pada awal usrah, walaupun mengikuti usrah, ana masih lagi bermain-main kerana tidak nampak ke mana hala tuju usrah. Namun, setelah mengikuti Shahadatul Haq, maka ana sedar bahawa usrah adalah salah satu wasilah ke arah pembaikan ummat dan kearah mencapai matlamat kita sebagai hamba dan khalifah dan kepentingan utk ana bergerak, bukan hanya menerima, malah wajib memberi.

Maka ana mula mengajak teman sebilik, rakan-rakan, baik sekolah rendah, menengah dan INTEC. Namun terlalu sedikit yg mahu. Disebabkan itu, seboleh-bolehnya ana sentiasa cuba menunjukkan qudwatul hasanah kepada rakan-rakannya, agar amalan ini tetap menjadi usaha terlemah yg mampu ana buat. Namun begitu, diri ini masih lemah, kerap-kali juga ia terleka dan lalai. Alhamdulillah, usrah menjadi pemangkin yang banyak membantu menyedarkan kembali.

Bersambung...

Apr 28, 2009

Ana, Ayah & Penjara

Bismillahhirrahmanirrahim.. Suatu hari, ana bersembang dengan ayah

”Kamu tahu tak, orang2 bijak pandai tu semuanya menulis.”


Habis ayah ingat mi tak menulis la?


Mana ayah tau.


Memang la ayah tak tahu, rumah tak ada internet.


Jangan main tulis je. Nanti kena tangkap masuk penjara.


Kalau masuk penjara pun, mi tak kisah ayah. (dalam hati).


Hahaha.....


Moral:

1. Jangan lawan/kutuk cakap ayah. Terutama bila ana cakap "Memang la ayah tak tahu, rumah tak ada internet." Macam nak imply kan pasang la internet ayah.. huhu..

2. Rajin2 la menulis najmi oi.. (dah tak rajin nak tulis cerpen atau sajak..)

3. Sayangi ayah anda seperti mana anda menyayangi mata, hidung & hati anda. Ayah adalah nikmat, yg hanya disedari kenikmatannya bila ia ditarik. Tak percaya? Nanti bila anda tiada ayah anda akan merasainya.

4. Bab penjara tu nanti la ana sentuh. Hahahaha..


P/S: Ana ngan ayah ana satu kepala. Kami lebih dari anak-ayah. Kami sahabat. Anda pula bagaimana?

Apr 27, 2009

Ana Juga Manusia

Bismillahhirrahmannirrahim.

Kadang-kadang bila memikirkan masalah orang lain, kita terlupa untuk memikirkan masalah kita.

Terlupa kepada muwasafat yang harus kita jaga, terlupa kepada tarbiyah dzatiah yang patut selalu kita buat dan terlupa siapa kita sebenarnya di sisi Allah.

Manusia memang pelupa. Al-Ins = Lupa. Manusia dilahirkan memang fitrahnya yang cepat lupa. Leka dan alpa.

Allah.. Allah.. Allah..

Astaghfirullahhala'zim.

Apr 25, 2009

Anologi Gula-Gula & Anak Kecil

Bismillahirrahmannirrahim..

Hurmm.. Nak dijadikan cerita, ada seorang budak lelaki pergi ke kedai dengan ibu dia. Pekerja kedai tuh nampak budak yg comel nih, so sambil menunjukkan sebuah balang, dia pun cakap la

"Adik, adik boleh ambil gula2 dalam balang ni."

Out of suprise, anak yg comel itu menggelengkan kepalanya.

Pekerja kedai tu terkejut. "Dia budak lagi, kenapa dia tak nak ambil?" fikirnya. Lalu dia memujuk si anak utk ambil gula-gula dalam balang tersebut.

Si ibu terdengar lalu berkata "Sayang, ambillah, pak cik dah bagi."

Yet, the boy refused.

Then, melihatkan keadaan tersebut, pekerja tuh pun mengambil sendiri gula2 tu dan memberikannya kepada si anak.

Si anak itu pulang dengan sebuah senyuman lebar dan tangan yang penuh dengan gula2.

Apabila sampai di rumah, si ibu bertanya

"Sayang, tadi kenapa tak nak ambil gula2 yg pak cik tu bagi?"

Si anak membalas sambil tersenyum "Ibu, tangan saya kecil dan kalau saya yg ambil gula2 tu, saya hanya akan dapat sedikit. Tapi, bila pak cik tu yg bagi, lihat berapa yg saya dapat?"

Moral: Bila kita ambil sesuatu, kita mungkin akan dapat sedikit. Tapi jika Allah, tuhan yg Maha Berkuasa yang memberikannya, dia akan memberikan sesuatu yg tak disangka, yg tak dapat kita bayangkan kita akan dapat.

"Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (al-Baqarah: 216)

Apr 24, 2009

Anologi Pinggan dan Manusia

Bismillahhirrahmanirrahim.

Hurmm, mari kita andaikan 3 individu berbeza meminjam sebiji pinggan daripada Kita.. Selang beberapa tempoh masa, individu pertama memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan bersih cantik tanpa sebarang kecacatan.. Lalu Kita pun terus meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk seperti keadaan asalnya..

Individu kedua pula memulangkan pinggan tersebut dlm keadaannya yang masih kotor; tidak berbasuh.. Pinggan tersebut akan Kita basuh sehingga bersih, kemudian barulah ianya diletakkan di tempat yg sepatutnya..

Individu ketiga pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan pecah bersepai.. Tidak boleh dibezakan lagi bentuknya antara pinggan mahupun serpihan kaca.. Tiada nilainya lagi.. Kita tiada pilihan lain selain menghumbankannya ke dlm tong sampah yg hina..

Begitulah jua halnya dgn Allah Taala.. Jika Kita kembali kepadaNya dalam keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan terus meletakkan Kita di tempat yang baik Dan tempat yg selayaknya bagi Kita.. Iaitu syurga..

Namun jika Kita kembali ke hadratNya dlm keadaan kotor dgn dosa, Allah akan 'basuh' Kita sebersih-bersihnya di dlm api neraka sebelum memasukkan Kita ke dlm syurga..

Tetapi jika Kita kembali kepadaNya dlm keadaan yg rosak imannya, sehingga tidak dpt dibezakan antara iman dengan kufur, maka Allah tidak akan teragak2 utk menghumbankan Kita ke dlm neraka jahannam yang hina buat selama-lamanya, ibarat pinggan yg pecah; tiada nilai lagi..

Semoga bermanfaat..

Apr 17, 2009

Islam Memartabatkan Melayu

Bismillahhirrahmannirrahim.

This is a nice sharing of knowledge. Siapa ada masa boleh hayati. Banyak lagi sebenarnya ilmu berkenaan bahasa ibunda kita ni yg kita sendiri tak tahu. Tanpa Islam, orang melayu tidak bermakna dan seolah2 menjadi bangsa yg kuno sahaja. Hasil kedatangan Islam telah mengangkat martabat orang Melayu di Malaysia dan di kawasan Nusantara.

So we should be proud to be a Muslim more than proud of being a Malay.

Wassalam.

Di antara beberapa bidalan bahasa melayu yang rosak, setelah tulisan jawi ditukar ke rumi adalah:

a. merah padma, bukannya merah padam...merah padma adalah merah samar umpama kelopak teratai (seperti pipi seseorang itu akan 'blush' apabila malu atau 'embarassed'. (Maaf, ya? Sebab tidak dapat cari perkataan bahasa melayu yang sesuai.) Merah padam itu sebenarnya salah dan tidak betul...

b. 'melepaskan batuk di tangga' sebenarnya adalah 'melepaskan bato' di tangga'. Bato' itu adalah alat penyedok yang perlu apabila kita mahu mencucur air ke kaki sebaik tiba di tangga rumah. Jadi maksudnya, buat kerja sambil lewa. Bidalan ini menegur sikap yang sambil lewa, melepaskan alat itu yang sepatutnya diletakkan kembali pada tempayan berisi air, supaya orang lain yang datang kemudian, dapatlah mencuci kakinya pula. Bukan tercari-cari atau mengotorkan tangga sebab mahu ambil bato' itu...

Wujud melayu kerana Islam dan ini terserlah pada tulisan (jawi) dan bahasa komunikasinya.

Bila du'at (pendakwah) datang ke nusantara mereka terpaksa mencari bahasa perantara dakwah yang sesuai. Maka di antara bahasa-bahasa yang maju ketika itu (kurun ke 7 - 13) ialah bahasa Jawa dan sanskrit, Tetapi bahasa-bahasa ini sarat nilai-nilai hindu dan Buddha. Sedang al Quran 'mubin' jelas dan tidak boleh disampaikan dengan makna-makna yang ambiguous. Maka bahasa yang paling murni ketika itu ialah bahasa melayu kerana ia bahasa tahap rendah, tidak ada kosa kata dan perbendaharaan kata yang membawa nilai-nilai falsafat dan keagamaan. Bahasa melayu adalah seperti bahasa Arab kuno - yang miskin dari nilai-nilai agama dan filsafat tdk seperti bahasa Persia, Yunani, Greek dan Romawi.

Lalu bahasa melayu yang miskin itu diperkasa dengan istilah-istilah al Quran. Di antara istilah yang membanjiri bahasa melayu ialah kalimah-kalimah berkaitan aqidah. Istilah iman tidak boleh diterjemahkan ke dalam istilah sedia ada. Iman bukan 'percaya' kerana iman membawa maksud 'tasdiq bil qalbhi, taqrir bil lisan' (membenarkan dengan hati, mengucapkan dengan lisan) dan komponen ketiga yang penting ialah amal bil jawarih (amal dengan anggota badan). Aqidah itu sendiri menjadi sebahagian dari bahasa melayu. Aqidah ialah 'aqaid' atau ikatan. Aqidah bukan sekadar pegangan atau kepercayaan tetapi ikatan yang bersifat hablum minallah dan habluminnas. Dari sinilah datangnya perkataan 'ikat' - dari 'aqaid ataupun aqidah.

Pendakwah Arab/muslim mengamati di dalam bahasa melayu ada perkataan 'takut' - tetapi takut tak boleh boleh digunakan untuk merujuk kepada 'taqwa'. Sebab takut membawa pada perasaan mahu menjauhkan diri. tetapi taqwa membawa seseorang semakin hampir dengan Allah. Maka taqwa pun diterima pakai sebagai istialh bahasa melayu.

Dalam bahasa melayu juga ada istilah berserah atau pasrah. Tetapi pasrah atau berserah boleh membawa maksud berserah kepada nasib tanpa melakukan sesuatu. ia tidak sama dengan tawakkal yang membawa maksud berikhtiar bersungguh-sungguh kemudian menyerahkan segala urusan kepada Allah. Lalu istilah tawakkal pun diadaptasi menjadi istilah bahasa melayu.

Ada beberapa perkataan yang tidak berubah iaitu 'surau' dan sembahyang atau 'seumayang' (Aceh). Surau adalah berhala sembahan orang melayu. Di situ mereka berkumpul untuk acara keagamaan zaman hindu. Gigihnya para pendakwah sehingga mereka menyampaikan Islam di tempat-tempat sembahan orang melayu. lalu surau tadi bertukar menjadi musalla, meunesah, langgar, madrasah pada hari ini. Di dalamnya mereka melakukan upacara 'sembahyang (sembah nenek moyang). Lalu sembahyang tadi bertular menjadi solat. Perkataan sembahyang masih kekal digunakan tetapi membawa maksud solat.

Di dalam solat ada satu perbuatan namanya 'sujud' dan 'ruku'. Di dalam bahasa melayu ada perbuatan tunduk dan 'sembah'. Sujud dan ruku' bukan sekadar tunduk. Tunduk ialah perbuatan menyembah kepada sesuatu - ia boleh jadi tunduk kepada Allah (khalik) boleh juga jadi tunduk kepada makhluk. Di dalam Islam tunduk kepada makhluk adalah syirik. Sedang sujud dan ruku' hanya kepada Allah. Lalu sujud dan ruku' menjadi sebahagian dari istilah bahasa melayu.

Ketika hendak solat mesti bersih dari najis. Najis dan kotoran tak sama. Kotoran tidak semesti najis dan tidak membatalkan solat. Lalu najis menjadi istilah bahasa melayu.

Jika kita lihat orang melayu mempunyai beberapa perkataan untuk menggambarkan perasaan mereka spt - 'marah', 'geram', 'benci', 'suka', 'cinta', 'ghairah' dan sebagainya. Kesemua perasaan ini adalah naluri ataupun instinct untuk kelansungan hidup. Perasaan-perasaan ini jika tidak dikekang boleh mendatangkan kemusnahan hidup kerana ia bersumberkan nafsu. Apabila Islam datang maka diperkenalkan beberapa konsep atau perkataan yang tidak ada dalam kamus kehidupan orang melayu seperti 'sabar', 'ikhlas', 'tawadhu', 'redha', 'syukur'.

Baik, mari kita tanyakan apakah perkataan yang semakna dengan sabar dalam bahasa melayu. Kita tidak akan menemui istilah yang menyamai makna 'sabar'. Kita boleh kata 'tahan kemarahanmu', 'tahan nafsumu', tahan rasa sakit'. Perkataan-perkataan ini tidak membantu. Menahan rasa sakit, menahan rasa marah. menahan kehendak nafsu hanya menambahkan rasa sakit, meningkatkan rasa marah dan menyebabkan nafsu semakin meluap-luap. Tetapi apabila disuruh bersabar, - rasa sakit semakin hilang, rasa marah semakin reda, dan nafsu yang bergejolak semakin tenang. Ini adalah kerana sabar adalah satu kebiasaan jiwa yang redha kepada Allah yang dipupuk seiring dengan solat 'Carilah pertolongan Tuhanmu dengan solat dan sabar - dan itu amat payah kecuali bagi orang-orang yang kyushu'.

Kemudian kita lihat pula perkataan ikhlas - Apakah dia agaknya perkataan yang seakan-akan membawa makna ikhlas dalam bahasa melayu. Nescaya kita tidak akan menemuinya. Kerana setiap perbuatan atau pertolongan dalam budaya melayu sebelum Islam membawa maksud dan tujuan tertentu. Pertolongan diberi dengan niat untuk mendapat imbalan. Tetapi apabila Islam datang, orang melayu dididik supaya ikhlas dalam pemberian, ikhlas dalam pertolongan kerana mengharapkan ganjaran, pahala dan keredhaan Allah SWT.

Bagaimana pula dengan tawadhu'. Tawadhu bukan membawa maksud merendah diri. Budaya merendah diri memang kaya pada orang melayu. Sebab itu ada perkataan 'hamba', 'tuan hamba', 'patik yang hina' (patik ni anak anjing yang baru lahir!), Duli yang Maha Mulia, sembah patik di atas batu jemala (duli ialah debu yang melekat pada kaki raja). Tawadhu tidak bererti tunduk menghina diri. Tawadhu bererti tidak meninggi diri kerana sedar setiap insan adalah dari Adam dan Adam dari tanah. Dan 'tidak ada lelebihan Arab di atas ajam, kelebihan ajam di atas Arab (sabda Rasulullah SAW), Yang paling baik di kalangan kamu ialah yang paling bertaqwa (al-Quran). Dengan adanya sifat tawadhu - raja dan rakyat jadi setaraf, yang mulia ialah yang taqwa kepada Allah. Lalu bertukarlah kata-kata 'pantang melayu derhaka kepada raja' kepada 'raja adil raja di sembah, raja zalim raja di sanggah'.

Ada satu lagi perkataan Arab yang belum menjadi istilah melayu iaitu 'tasammuh'. Perkataan 'tasammuh' ini tidak dimasukkan dalam perkataan melayu kerana mungkin tidak ada keperluan itu dalam sejarah. Tetapi ianya sudah menjadi suatu keperluan pada hari ini.

Sumber: Dr.Hafidzi - penulis buku Jejak Risalah Nusantara

Apr 14, 2009

Tarbiyyah bukan untuk si manja!!!

Sekadar perkongsian yg diambil dari blog Ustaz Salam.

Melihat diri ini, melihat sekeliling, suasana yg tiba2 berubah menjelang final exam, mengingatkan diri betapa lemahnya Ia. Sesungguhnya diri ini sangat membutuhkan tarbiyyah dan jiwa ini sengsara tanpa tarbiyyah, kerana tarbiyyah adalah fitrah, dan roh cenderung kepada fitrah.


Pencerahan bukan untuk orang manja

Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.
Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.
Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.
Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.

Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami,
-yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan.
Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.


-yang cepat mengalah,
-yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak
dengan semua agenda dan upacara-upacara ‘penting’ yang lain.

-yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong

-yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh mengkritik dan menilai
harakah ini dan itu.


Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa’ hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah
ini dan itu, jamaah ini dan itu.

Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last2 minute.

Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.

Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.

Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar
dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena
berpeluh-peluh.


Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan
terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.

Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta,
yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.

Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu.
Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.


Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.
Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus berjalan. Islam akan tetap
berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.


Cuma tanpa pencerahan,
Tanpa tarbiyyah,

Tanpa dakwah

Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.


Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa. Dakwah tak memerlukan anda. Tiada siapa
pun yang rugi tanpa kehadiran anda.

Berbahagialah seadanya.


Ana menghitung diri.

Terlalu kerap menuturkan.

“ana busy.. ana sibuk.. ana penat.. ana letih..”

Adakah ini petandanya ana terlalu manja?

Ya Allah, tabahkan hamba-Mu.

“amanah ini bukan hak milik, tp anugerah dr Nya”

p/s:-
Kalau anda mahu lari dari tarbiyyah, larilah. Kalau anda mengelakkan diri dari tarbiyyah, elaklah seberapa lama yg anda mahu. Tetapi, ingat! Allah tidak semestinya memerlukan anda untuk menegakkan agama-Nya kembali, tetapi anda lah yang memerlukan rahmat-Nya sebagai kunci pintu syurga.

"Jika kamu menolong agama Allah, maka Allah akan menolong kamu dan meneguhkan kedudukan kamu." (Muhammad; 7)

Doakan ana untuk final exam semester ini. Syukran.

 
Copyright (c) 2010 Fakir Muhammad. Design by WPThemes Expert
Themes By Buy My Themes And Cheap Conveyancing.